√ Beli Samsung Tab S5e Untuk Tengok Youtube dan Movie Je - Adarain

Beli Samsung Tab S5e Untuk Tengok Youtube dan Movie Je

Ramai lagi ke yang masih guna tab zaman sekrang ni? Tab ni orang pandang sipi2x je sebab smartphone skrang pun dah makin besar gedabak. Tab ni pun biasanya yang pakai tgk pun budak-budak la kan nak belajar sambil tengok youtube..


Sebenarnya dalam peracangan nak beli tab cuma confius nak tab mana satu.. walamak.. macam banyak pula tab kat pasaran ek. haha. brand yang jual tab tak banyak macam xiaomi, huawei dan samsung. So far, itu lah brand besar yang ada jual tab. Brand lain takde lagi kalau ada pun brand cikai2x or merapu.. 

Suvery punya survey aku pun beli Samsung Tab S5e. 

Asalnya nak beli Mi Pad 4 dari Xiaomi tapi takde jual kat kedai kena beli online baru ada.. Tapi disebabkan aku tak sabar nak pakai belilah brand samsung kat kedai.

Samsung Tab S5e
Samsung Tab S5e

Harga Samsung Tab S5e kalau tak silap hari tu beli dalam RM1999, Case dia pula kalau ori dalam RM400 lebih macam tu. Harga yahudi kalau samsung ni. haha

Specs Samsung Tab S5e


Apa yang buat aku tertarik dengan Tab s5e adalah

  •  sAMOLED display dengan 2560X1600 resolution. Screen memang puas hati kalau tengok Netflix. Memang clear habis.. 
  • Quad Speaker by AKG. Tak pernah dengar nama AKG tapi sound dia memang padu dan kuat giler. 
  • Tab ni nipis dan berat 400g shj. Ringan sangat macam pegang smartphone kalau tak pakai case..kalau pakai case ori yang magnet tu jadi berat la jawabnya. 
  • Battery 7040 mah. 15 jam boleh pakai. 
  • Charging 18wt. Kira ok la laju la gak.. kira 1-2 jam dah penuh. 
  • Boleh call dan letak simkad. 
Kekurangan Tab s5e

Kekurangan Samsung Tab S5e adalah cip pemprosesan hanyalah 670 Snapdragon dengan ram 4gb shj. Kira tab dari segi perfomance sekadar pertengahan la. Jadi akan ada lag or slow kalau nak buka applikasi.. Nak tab high end boleh beli Tab S5 atau S6.

Tak recommend untuk buat kerja seharian. Boleh stress korang nanti kalau nak buka banyak app.. Main game berat kat tab ni pun tak digalakkan macam mobile legend. Kalau sekadar nak tengok cerita Netflix ke Hbo go ke youtube kat tab tu boleh la.

Aku beli tab pun buat tengok movie kat Netflix, Hbo go dengan Youtube. Sambil kerja sambil tengok movie..tengok senyap2x la krang bos marah plak. haha.  selebihnya tengok gambar kat cloud je dan app lain sekadar sampingan je kalau smartphone habis battery boleh tengok kat tab pula.

Kalau korang tengah mencari tab boleh la survery2x dulu dari segi kualiti.. Brand yang ada jual Tab official Malaysia macam Samsung dengan Huawei. Kalau Xiaomi tab jenis tak official ada kat Malaysia tapi boleh boleh beli import tab ni. Warranty pun warranty kedai import sana la. Banyak seller jual tab import untuk xiaomi ni.. Pandai2xlah korang cari. 

Get notifications from this blog

1 comment

  1. saya pun tengah cari device utk tgk movie dan youtube je. sebab jarang tgk tv. boleh la layan malam malam sebelu tido

    ReplyDelete