Sekalung tahniah diucapkan kepada dato Siti Nurhaliza yang telah dianugerakan sebagai penerima Anugerah Biduan Negara 2024. kira ini adalah salah satu penghormatan yang tertinggi buat siti nurhaliza sepanjang beliau berkarier dalam bidang nyanyian.
sumber dari Instagram Siti Nurhalzia |
Ucapan Siti Nurhaliza menerusi media sosial
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi di atas kepercayaan untuk saya menerima anugerah ini.
Ini adalah sumbangan kecil saya dalam bidang seni budaya khususnya seni suara untuk terus menjaga, memelihara warisan dan cerminan jiwa bangsa kita ini.
Sehingga kini Siti nurhaliza masih mengekalkan popularitinya dan masih digelar penyanyi no.1 Malaysia. Meskipun dengan kehadiran penyanyi baru yang berkebolehan siti nurhaliza masih terus utuh dengan perjalanannya dalam dunia seni dan juga perniagaan.
Siti nurhaliza telah melancarkan lebih 20 lebih album dengan lebih 200 buah lagu, telah mengadakan lebih dari 60 buat konsert dalam dan luar negara, telah memegang anugerah Malaysia Book of Records sebanyak 2 kali dan antara 500 muslim berpengaruh dunia sebanyak 10 kali untuk kategori seni.
Hanya Empat Terima Anugerah Biduan Negara
Untuk rekod, hanya 4 orang pernah menerima Anugerah itu iaitu Puan Sri Saloma pada 1978, Datuk Ahmad Jais pada 2002, Datuk Sharifah Aini pada 2006 dan Tan Sri S.M Salim pada 2013
Anugerah Biduanita Negara adalah anugerah tertinggi Seni Malaysia dan diiktiraf oleh YDPA