SARA ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian meliputi lebih 100,000 barangan asas dalam 14 kategori di lebih 10,000 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one-off mulai 9 Februari 2026.
Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak secara automatik. Ini juga termasuk bagi penerima SARA yang sedia ada.
![]() |
| Senarai yang dibenarkan |
Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
Tiada permohonan diperlukan.
14 Kategori Barangan yang Diluluskan
- Beras
- Roti
- Biskut
- Tepung
- Bahan Perasa - Sos, Kicap, Gula, Garam
- Produk Penjagaan Diri - Ubat Gigi, Tuala Wanita, Sabun, Lampin Bayi
- Keperluan Sekolah - Pakaian Seragam, Kasut, Beg Sekolah, Alat Tulis
- Barangan Kebersihan Rumah - Sabun pencuci baju, pinggan mangkuk dan lantai
- Telur
- Minyak Masak
- Mi Segera
- Minuman - Susu, Teh, Kopi, Susu bayi
- Makanan dalam Tin - Sardin, Tuna
- Ubat-ubatan yang diluluskan oleh KKM
Langkah-Langkah Membeli Barangan
- Pilih Barangan Keperluan - Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk Mykad dulu untuk pengesahan - Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan - Juruwang mengimbas setiap barang yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad - Penerima bantuan membuat bayaran menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit untuk Semakan - Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
![]() |
| Langkah Membeli Barangan melalui Sara |

