Baru je habis tengok kat movie Netflix yang baru keluar iaitu Firebreak sebuah naskah movie dari spanyol dihasilkan oleh Pengarah David Victori
Kalau korang peminat filem yang penuh dengan tekanan dan emosi, filem ni antara yang patut masuk dalam senarai tontonan. Sebabnya filem ini menggabungkan elemen survival, konfilik dalam dan ketegangan yang berterusan dari awal sampai akhir.
Sinopsis Filem Firebreak, Netflix
Filem ini mengisahkan sebuah keluarga iaitu Mara bersama anak perempuannya Lide serta abang ipar bersama keluarganya kembali ke rumah lama Mara kat dalam hutan untuk kemas barang. Mara kemas barang semua sebab nak jual rumah kat situ dan nak tinggalkan kenangan lama bersama suaminya yang telah meninggal kat situ..
Rumah dorang ada jiran tinggal sorang namanya Santiago. Kira dalam kawasan tu ada 2 buah rumah je. Rumah lama Maya dan Santiago.
Dah kemas semua, family ni makan lah dulu tetiba ada serpihan asap kat depan umah dorang. Jadi dorang cepat2x bersiap untuk balik.
Filem ini menjadi intense apabila Mara tak sengaja meninggikan suara ke atas anaknya Lide yang berkeras nak pergi ke hutan untuk ucapkan selamat tinggal macam tu. Tapi Mara tak bagi keluar atas faktor serpihan asap api sudah mula kelihatan kt rumah dorang.
Jadi dorang tak boleh stay lama kat situ, nak berkemas cepat kemudian terus balik kira tak jadi stay malam kat situ.
Anaknya, Lide pun rasa sedih kecewa merajuk semua dan keluar rumah senyap-senyap dan terus pergi ke rumah pondok tak jauh dari rumah dorang. Kat pondok tu Lide keluarkan dan tinggalkan gambar frame kenangan bersama ayahnya kt pondok tu sebagai tanda selamat tinggal.
Dalam pada masa yang sama Mara yang dah bersiap otw nak balik, nak masuk kereta semua tetiba Mara tak jumpa Lide kat dalam rumah dan kawasan rumah tu.
Mara jadi panik habislah sebab kebakaran dah mula merebak, anaknya pula hilang entah ke mana, bila ke pondok, anaknya pula takde. Makin bertembah seriau la kan..
Dah tak pasal-pasal kena libatkan jiran dorang Santiago nak kena cari anak dorang. Dah tolong, tiba kena tuduh pula...
Jadi, anak dorang hilang ni pergi ke mana? Betul-betul hilang ke? Merajuk masuk dalam hutan ke? Jiran ke culik anak dorang?
![]() |
| Firebreak |
Review Movie Firereak, Netflix
Cerita bermula dengan situasi yang kelihatan biasa sebelum keadaan berubah drastik. Apabila bahaya semakin menghampiri, watak utama perlu membuat pilihan sukar sama ada menyelamatkan diri sendiri atau mempertaruhkan segalanya demi anaknya.
Filem ini bergerak dalam tempo yang tegang. Ada babak yang membuatkan penonton rasa sesak nafas, tertanya-tanya apa yang berlaku, dan ada juga momen emosional yang menyentuh tentang nilai kemanusiaan.
Konflik yang dipaparkan bukan sekadar fizikal, tetapi juga psikologi menunjukkan bagaimana manusia bertindak apabila berada di ambang atau diuji bila kehilangan sesuatu..
Kenapa Kena Tengok Firebreak?
1. Ketegangan Konsisten
Tak banyak babak kosong. Hampir setiap adegan membawa impak kepada jalan cerita.
2. Unsur Survival Yang Realistik
Filem ini membuatkan kita tertanya kalau kita berada di tempat mereka, apa yang kita akan buat?
3. Emosi & Hubungan Manusia
Filem ini banyak bermain dengan emosi antara kepercayaan, pengorbanan dan rasa bersalah.
4. Sesuai Untuk Peminat Thriller & Drama Intens
Kalau korang suka filem yang buat jantung berdegup laju dan dalam masa sama buat kita berfikir, ini memang sesuai.
Kesimpulan Filem Firebreak
Firebreak bukan sekadar filem tentang bencana atau survival. Ia adalah kisah tentang bagaimana manusia boleh berubah apabila berdepan dengan tekanan luar biasa lagi-lagi bila melibatkan darah daging sendiri.
Kalau anda mencari tontonan yang tegang, emosional dan ada mesej tersirat, filem ini memang berbaloi untuk ditonton. Saya bagi 4/5 ⭐⭐⭐⭐
