Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum kadar dividen 2025 bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan keseluruhan sebanyak RM79.6 bilion. KWSP akan terus menumpukan usaha untuk meningkatkan nilai simpanan ahli secara mampan dan menyokong perancangan persaraan mereka.
Dividen kali ini turun sedikit berbanding tahun lepas 2024 iaitu 6.30 percent bagi kedua-dua simpanan. Tapi selagi mana peratusan masih 6 percent ke atas tu kira ok lah.
--
Bagi Simpanan Konvensional, kadar dividen minimum adalah 2.50%. Namun begitu, kadar dividen sebenar adalah berdasarkan prestasi pelaburan konvensional KWSP.
Kadar dividen Simpanan Shariah pula adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
![]() |
| Dividen 6.15% |
Tahun ni lain macam sebab warga threads heboh katanya bakal dividen nanti masuk penuh kat akaun fleksibel padahal takde satu kenyataan pun dari kerajaan yang mengatakan dividen akan masuk ke dalam akaun fleksibel. Tak mungkin ada kejutan untuk masuk ke akaun tersebut sempena hari raya.
