Lama tak makan kat Muar ni pun adik yang bawa katanya tempat makan ni sedap sampaikan berkali-kali pergi. Tanyalah dia macam mana boleh tahu tempat ni.. dia pun explain time tu katanya, Tangkak takde air, jadi dorang pun keluarlah cari makan sambil-sambil tu cari lah google maps tempat makan viral sekali jumpa OSB Cafe kat Muar.
Jadi dia pun ajak saya makan sekali kat sini alang-alang balik kampung. Nama kedai OSB Cafe atau nama penuh adalah Official Street Burger (OSB). Kafe ini terletak sekitar Jalan Sultan Ibrahim, Kampung Baharu, 84000 Muar, Johor.
Cafe dia pun seberang jalan jadi parking kereta pun sebelah jalan je lah. Masa tu sampai dalam pkul 9 malam. Masa tu tak ramai orang lagi ingatkan memang tak ramai orang. Bila dah 9.30 malam macam tu baru ramai orang datang.
![]() |
| Signboard OSB Cafe Muar |
Dari segi waktu operasi, beberapa posting rasmi OSB Cafe kat Facebook menyatakan kafe ini beroperasi sekitar 5.30 petang hingga 11.30 malam setiap hari,
Apa Yang Menarik kat OSB Cafe Muar?
Menarik tentang Cafe ni dia macam konsep outdoor santai dan dia punya tempat pun macam rumah tapi yang dah direnovate jadi kedai macam tu.
Kemudian dia punya makanan more westen style macam burger, Spaghetti, Roti John dan juga Nasi Lemak dengan pelbagai pilihan macam ayam crispy atau sotong crispy.
Ini antara gambar yang kami order. Ada nasi lemak, waffle, dengan Roti John
![]() |
| Waffle |
![]() |
| Burger Signature |
![]() |
| Nasi Lemak Sotong Crispy |
![]() |
| Roti John |
Kesimpulan OSB Cafe Muar
Secara keseluruhan, Semua makan yang kitorang order memang sedap sampai habis licin kitorang makan. Puas hati dengan portion makanan yang disediakan dan dari segi layanan pun memang terbaik.
Cuma dari segi harga mkanan tu terpulang kepada pendapat masing-masing. Harga boleh kata standard cafe medium pricey. Cadangan, hopefully next time ada fresh brew coffee macam latte dan capuccino baru lagi enjoy lepak santai kat sini. hehe
Cafe ni sesuai untuk korang nak makanan wester waktu malam dengan lebih santai dan mengenyangkan. Kalau korang berada kat Muar atau sekitarnya tercari-cari tempat makan malam dengan menu burger, roti John dan western food, cafe ni korang boleh masukkan dalam list korang sebagai port wajib makan kat Muar nanti..




