Mesti korang kalau dah order tetiba lupa salah alamat..terpakai alamat rumah lama pula padahal dah pindah rumah baru jadi kena pakai alamat rumah baru. Kadang banyak simpan alamat.. alamat parent lah, alamat adik beradik lah, alamat mentua dan macam-macam lagi lah..
Tapi korang jangan risau sebab proses penukaran alamat penghantaran kat Shopee selepas pesanan dibuat takde lah rumit sangat. Tapi berganting pada status order lah. Ini adalah panduan lengkap untuk melakukannya:
Syarat Utama Pertukaran Alamat Di Shopee
Korang hanya boleh tukar alamat jika:
- Pesanan masih dalam status "To Ship" (Untuk Dihantar).
- Seller belum mengatur penghantaran (Shipment belum di-arrange atau tracking number belum keluar).
- Korang hanya boleh tukar alamat sekali sahaja bagi setiap pesanan.
Kos penghantaran bagi alamat baru mestilah sama dengan alamat lama. Kalau tak, kos akan berubah, sistem biasanya tidak membenarkan pertukaran.
Cara Tukar Address Shipping Shopee
- Buka aplikasi Shopee dan pergi ke tab Me.
- Klik pada bahagian To Ship.
- Pilih pesanan (order) yang anda ingin tukar alamatnya.
- Skrol ke bawah sehingga bahagian Delivery Address.
- Klik butang Change Address Delivery (jika butang ini tiada, bermakna pesanan sudah diproses untuk penghantaran).
- Pilih alamat baru yang telah disimpan atau klik Add a new address.
- Klik Confirm.
![]() |
| sekadar gambar hiasan |
Jika Butang "Change" Tiada (Sudah Diproses/Dihantar)
Jika butang Change tidak kelihatan, ini bermakna seller sudah arrange shipment, mencetak slip penghantaran atau barang sudah berada di tangan kurier.
Apa yang korang boleh buat:
Batalkan Pesanan (Cancel Order): Ini adalah cara paling selamat. Pilih alasan "Change of delivery address". Selepas dibatalkan, korang boleh buat pesanan semula dengan alamat yang betul. (Pastikan seller belum hantar barang).
Boleh chat seller kat Shopee, Maklumkan kat seller dengan segera. Walaupun seller tidak boleh tukar alamat dalam sistem, mereka mungkin boleh membatalkan pesanan bagi pihak anda atau menahan barang tersebut.
Hubungi Kurier ini kalau bernasib baik lah. Sebab kadang benda ni agak melecehkan pihak kurier bila time peak iaitu musim parcel tengah banyak. Parcel boleh kena return. Tapi why not kalau nak cuba..
Kalau barang sudah status "Shipped", korang perlu menghubungi perkhidmatan pelanggan kurier tersebut (J&T, Shopee Xpress, NinjaVan, dll.) untuk melihat jika mereka boleh membuat penghantaran ke alamat baru (re-routing).
Item dah shipped (dah hantar), kalau korang chat seller pun dorang bukan boleh buat apa pun sebab kurier ni bukan bawah kuasa dorang.. dorang pun nanti contact kurier juga.
Sekarang kurier Shopee dah tak guna whatsapp, dorang guna chat kat shopee macam chat kt seller juga.
Jadi nak tak nak kena contact kurier sendiri. Macam shopee boleh chat kat kurier korang sebelum ni yang hantar kat rumah korang. Boleh tanya dorang untuk re-route.
Biasanya, sebelum hantar dorang akan mesej kat shopee dulu untuk buat penghantaran time tu lah korang mesej untuk request buat penukaran alamat.
Sebagai seller pula memang tidak ada alternatif untuk menukar alamat pembeli secara manual dalam sistem Shopee. Jika pembeli meminta anda menukar alamat, cara terbaik adalah minta dorang melakukan langkah di atas atau membatalkan pesanan dan beli semula.
