Dapat Kad OKU Bukan 'Pass' Percuma Untuk Guna Petak Parkir Khas

Tertarik dengan satu artikel dari Syakir Zainol berkenaan dengan pendedahan Kad OKU dengan Keistimewaan parking di petak parkis khas untuk OKU.

Dapat Kad OKU Bukan 'Pass' Percuma Untuk Guna Petak Parkir Khas


"Wahhh, best lah kau dah boleh parking keta kat petak OKU," kata seorang kawan saya sejurus beliau tengok kad OKU baru saya yang cantik kaler pink begemerlapan ini.

Selain beliau, ada ramai lagi kawan saya yang sangka asal bergelar OKU je boleh dapat keistimewaan parking di petak parkir OKU.

Sebenarnya tidak ya.

Berdasarkan Akta Orang Kurang Upaya 2008, terdapat 7 kategori OKU yang diiktiraf di Malaysia (Pendengaran, Penglihatan, Pertuturan, Fizikal, Pembelajaran, Mental & Pelbagai).

Hanya pemegang kad OKU Fizikal, atau pemandu kenderaan yang bawa pemegang kad OKU Fizikal saja yang boleh parking di petak parkir OKU.

Kenapa?

Petak parkir OKU ni direka khas dengan saiz yang lebih luas (biasanya 3.6 meter lebar berbanding 2.4 meter untuk petak biasa). 

Lebar tambahan tu bertujuan untuk membolehkan pintu kereta dibuka sepenuhnya bagi memudahkan urusan keluar masuk kerusi roda, penggunaan ramp, atau alat bantuan berjalan.

Bagi individu OKU Pendengaran macam saya ini, secara amnya tak ada lah masalah mobiliti yang memerlukan ruang tambahan tersebut.

Tambahan, untuk parking kenderaan di petak parkir OKU secara sah, kenderaan tu mestilah menayangkan sticker OKU rasmi (simbol kerusi roda) yang dikeluarkan oleh JPJ.

Siapa yang layak tampal sticker OKU ni? 

Hanya OKU Fizikal yang memandu sendiri, atau pemilik kenderaan yang bawa penumpang OKU Fizikal.

OKU Pendengaran seperti saya macamana? 

JPJ ada keluarkan pelekat simbol "telinga" untuk dilekatkan pada cermin kenderaan bertujuan untuk beri isyarat kepada pengguna jalan raya lain bahawa pemandu ada masalah pendengaran. 

Walaupun turut sama ada pelekat OKU, pelekat OKU Pendengaran ini tak datang dengan kelebihan untuk parking di petak parkir OKU.


Dapat Kad OKU Bukan 'Pass' Percuma Untuk Guna Petak Parkir Khas
Sumber: Gambar hiasan dijana oleh AI. 
Perbandingan petak parkir OKU 3.6 meter dan petak biasa 2.4 meter dengan simbol pelekat kenderaan JPJ yang berbeza.

Ada juga kawan saya yang kata (bergurau), "Alah, bukannya orang tau beza pun OKU apa."

Jika kita lihat dari sudut integriti, parking di petak OKU tanpa keperluan mobiliti sebenarnya menafikan hak mereka yang memerlukan (seperti OKU pengguna kerusi roda).

Bayangkan seorang OKU pengguna kerusi roda terpaksa parkir di petak biasa yang sempit. 

Akibatnya, dia tak boleh keluar dari kereta sebab pintu tak boleh nak buka habis. 

Zalim dan menganiaya, kan?

Jadi tak mengapalah tak dapat parking petak parkir OKU, bukanlah sesusah mana pun nak parking di petak parking yang biasa.

Walaupun sampai sekarang masih misteri kepada saya kenapa ramai orang tiba waktu nak cari petak parkir je mereka akan perlahankan volume radio kereta supaya lebih mudah nak melihat.

Kesimpulan Kad OKU dan Parkis Khas

Secara keseluruhannya, Memiliki kad OKU tidak bermakna seseorang itu secara automatik layak menggunakan petak parkir khas. Hak tersebut bergantung kepada keperluan mobiliti individu.

Petak parkir OKU direka lebih luas (3.6m) bukan untuk keselesaan semata-mata, tetapi untuk keperluan teknikal seperti keluar-masuk kerusi roda atau penggunaan alat bantuan jalan.

Isu ini bukan sekadar soal undang-undang, tetapi soal moral. Mengambil hak mereka yang memerlukan bantuan mobiliti adalah satu tindakan yang boleh menganiaya orang lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form