Review Movie Seram Janur Ireng pemula Sebelum Sewi Dino

Time weekend tak tahu nak tengok apa tengok la kat Netflix jumpa satu movie seram yang menarik kat Indonesia iaitu Janur Ireng. Teringin nak tengok kat wayang dulu tapi takde member nak ajak tengok wayang jadi tunggulah Netflix keluar. 

Sumber gambar dari google dan hasil janaan AI

Antara sebab saya nak sangat tengok cerita ni adalah kaitan dengan movie Sewi Dino. Sebelum ni saya tengok movie Sewi Dino kat wayang. Kalau bagi review movie tu memang meremang tengok dia punya seram, nak kena mandikan orang yang kena rasuk tu tak boleh sesuka hati. Kena mandikan dengan penuh tata tertib dia, salah tata tertib memang habislah, orang kena rasuk tu boleh jadi lebih kuat.  

Berbalik kepada Janur Ireng pula cerita pasal pemula sebelum terjadinya peristiwa Sewi Dino.

Apa Itu Janur Ireng? 

Janur Ireng itu adalah satu sihir tertinggi yang digunakan sebagai simbol kematian, kutukan, dan bencana hitam yang tidak dapat dielakkan sebaik sahaja ia "dihantar" kepada mangsa.

Filem ini mengisahkan tentang Sabdo dan Intan sebagai adik-beradik yang hidup susah selepas kehilangan ayah. Kemudian, rumah dorang terbakar dan mereka dibawa tinggal di rumah pak cik mereka iaitu Arjo Kuncoro yang kaya dan berpengaruh. 

Awalnya, hidup dorang nampak lebih baik tapi lama-kelamaan Sabdo mula sedar rumah itu penuh dengan rahsia, ritual pelik dan gangguan mistik. 

Rupa-rupanya kedatangan adik-beradik  ada kaitan dengan konflik lama keluarga kuncoro derta ilmu Janur Ireng yang mampu menghancurkan satu keturunan

Sabdo dipaksa terlibat dalam ritual ilmu hitam sebagai Canguk Sono, manakala Intan pula mahu dijadikan Ranum keluarga Kuncoro.

Belum sempat Intan menjadi Ranum, dah kena rasuk terkena sihir dari keluarga Atmojo. Intan kena rasuk sebab dia dijadikan “alat” dalam perang ilmu hitam keluarga Kuncoro dan Atmojo. 


Janur Ireng atau Sewi Dino Lagi Seram?


Janur Ireng lebih ngeri dan tak seram sangat berbanding Sewu Dino yang lebih seram. Jika Sewu Dino banyak bermain dengan misteri dan suasana, Janur Ireng lebih banyak memaparkan pembantaian keluarga secara mistik, visual yang menjijikkan (gore) dan sisi gelap manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi harta dan kuasa.

Ceritanya berkisar tentang persaingan antara keluarga-keluarga besar (Trahtujuh) yang memiliki perjanjian dengan kuasa ghaib. Dalam Janur Ireng, fokus diberikan kepada tragedi berdarah yang menimpa keluarga Kuncoro dan bagaimana "Janur Ireng" dijadikan simbol kematian atau tanda sumpahan maut yang dihantar kepada musuh.

Terdapat tujuh keluarga (Trahtujuh) elit dan berpengaruh yang memegang kuasa mistik di tanah Jawa. Janur Ireng mendedahkan rahsia-rahsia gelap tentang bagaimana perjanjian dengan syaitan ini diwarisi dan apakah harga yang perlu dibayar oleh setiap ahli keluarga.

Kesimpulan Janur Ireng

Filem ni sebenarnya cerita tentang asal-usul sumpahan dan perebutan kuasa dalam keluarga elit Trah Tujuh/Trah Pitu (Tujuh Keluarga Besar) sebelum kejadian dalam Sewu Dino.

Sabdo dan Intan bukan “diselamatkan” oleh keluarga Kuncoro, tapi dimanipulasi dan dijadikan alat untuk ritual ilmu hitam. Keluarga yang nampak kaya, berkuasa dan terhormat rupanya penuh rahsia, pengkhianatan, santet, dan pengorbanan demi kekalkan kuasa keturunan.

Ketamakan keluarga terhadap kuasa dan harta boleh menghancurkan generasi sendiri. Ilmu hitam dalam cerita ni bukan cuma elemen seram, tapi simbol bagaimana dendam, manipulasi dan perebutan kuasa diwariskan dari satu keturunan ke keturunan lain.

Janur Ireng ni bukan sekadar movie hantu kena rasuk, tapi kisah tragik tentang dua beradik yang terperangkap dalam permainan gelap keluarga besar yang sanggup korbankan sesiapa saja demi kuasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form