Showing posts with label Bangi. Show all posts
Showing posts with label Bangi. Show all posts

Wednesday, 22 January 2025

Pengalaman Makan Darsa Fried Chicken di Bangi

Tular makanan fried chicken yang mendpaat perhatian kat media sosial lagi-lagi kat Tiktok iaitu Darsa Fried Chicken. Jadi bila tau nak buka cawangan nak buka kat Bangi memang teringin lah nak try rasa sampai viral orang beratur nak makan brand ni kan.. 

Bila baru buka kat Bangi ni memang comfirm beratur la nak order makan. Jadi macam saya memang tak terburu-buru nak makan sana. Saya tunggu dalam 1 -3 bulan macam tu baru saya pergi. Saya pergi pun waktu malam time weekday tak ramai orang datang. 

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
banner Darsa Fried Chicken


Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
Menu yang ada kat Darsa

Masa nak order boleh kata semua ada cuma kentang habis..Menu dia kalau tengok biasa-biasa sahaja tak ada yang unik untuk dipesan. Tapi Darsa Cola punya tu sedap betul air dia.. 

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
Kaunter Darsa Fried Chicken

Konsep dia sama macam biasa order dan bayar dulu baru tunggu turn dapat makanan. Ayam memang besar. comfirm kenyang makan. 

Cuma depan kaunter takde tempat duduk makan, nak makan sama ada kat luar ataupun kat atas. Kurang mesra warga emas atau OKU. Sebab meja kat luar agak limit. nak naik atas kena naik tangga. Kesian yang kalau pakai weelchair ataupun warga emas. 

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
Hasana Set Rice Plate (RM18.00)

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
Nasi yang dibungkus. 

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
member punya set..sama.. Hasana set juga

Makan Darsa Fried Chicken di Bangi
saya punya set. 

Selepas kitorang rasa makan kat Darsa Fried Chicken boleh saya simpulkan rasanya hanyalah biasa-biasa sahaja takde faktor wow rasanya. Bolehlah sekadar mengenyangkan perut. Gorengan ayam tu tak kick la ni pendapat peribadi lah. Kalau macam kfc gorengan ayam tu rasa rempah-rempah dia tu.

Tapi bila rasa gorengan ayam Darsa ni tak rasa rempah-rempah dia. Kalau ada rempah pun tak umpph.. tak cukup kuat lah. goreng pakai tepung biasa macam tu lah.. 

Tuesday, 24 December 2024

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim di Bangi?

Dapat tau pasal kedai makan Rahman Lao pun melalui sosial media tiktok yang promote pasal makanan cina ini terus rasa tetiba nak terjah makan kat sini. Dah lama tak makan makanan cina. Last makan makanan cina pun makan kat Bacc Seafood kat Bangi Avenue.

Rahman Lao
Rahman Lao Baru buka katanya 1 bulan lebih

Tempat Rahman Lao ni pun senang dan tempat dia ni memang popular dah beberapa tahun sebabnya siang tempat dia ada jual Bawal Power Sempoi cuma tak tahu la plak malamnya ada jual masakan cina. Kalau tanya orang Bangi memang tahu lah Bawai Sempoi Bangi. Memang penuh pack ramai orang makan kat sini time lunch. Boleh tengok review Bawal Power Sempoi kat [SINI] 

 Rahman Lao Masakan Cina Muslim
( Lokasi Yang Sama Dengan Bawal Power Sempoi ) 
Jalan Taman Sentosa 
Desa Sentosa Fasa 2 
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
Area Teras Jernang.

Kitorang datang lepas maghrib macam tu sebab takot ramai orang datang. Dan bila sampai tu nasib baik tak ramai orang lagi makan kat sini dan duduklah mana-mana tempat sambil menu nnti dorang sediakan. Tinggal kita pilih menu je. Menu pun ada banyak pilihan, kalau tak tahu pilih pun dia ada set-set yang dorang dah sediakan. 

Macam kami ada 4 orang jadi kami malas nak fikir makan apa, kitorang ambil je Set Muafakat kalau tak silap boleh makan 3-4 orang.

Ini adalah antara menu yang ada kat Set Muafakat (3-4 orang). Air pun dapat untuk 4 orang minum. Harga dalam RM150 macam tu. 


Rahman Lao Dapur Cina Muslim
Siakap Miang

Rahman Lao Dapur Cina Muslim
Tomyam Campur

Rahman Lao Dapur Cina Muslim
Puku Paku dengan Ayam Sweet & Sour

Rahman Lao Dapur Cina Muslim
Sotong Goreng

Rahman Lao Dapur Cina Muslim
Ayam Sweet & Sour

Rahman Lao Dapur Cina Muslim
Pucuk Paku

Pucuk paku tu first time makan dalam keadaan sejuk tak tahu la style dia macam tu ke atau dia lupa nak panas kan ke.. Tapi memang sejuk macam baru keluar peti ais macam tu. Rasa dia bila makan campur dengan lauk lain sedap juga tak rasa pelik. So, memang sedap 

Lauk yang lain tu memang sedap dan habis licin makan cuma bila makan tu rasa makan makanan Thai takde rasa macam makan makanan cina. Ini apa yang saya rasa lah tak tahu la orang lain makan memang betul rasa makanan Cina. Mungkin sebab ada tomyaam kot tu yang rasa Thai. Biasa cina femes dengan sup-sup ni. 

Overall, Tempat dia macam biasa luas, senang cari tempat, mesra oku macam wheelchair. Makanan pun sedap dan harga bagi saya sendiri sedikit mahal tapi berbaloi dengan makanan yang kita dapat.