Showing posts with label Chappie 2015. Show all posts
Showing posts with label Chappie 2015. Show all posts

Monday, 9 March 2015

Movie Chappie : Watak Robot Yang Sangat Comel

Confius nak pilih movie mana nak tengok sama ada The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water atau Movie Chappie sebab movie keluar serentak. Last-last pilih Movie Chappie.

Sinopsis Movie Chappie


Movie Chappie ini mengisahkan pada masa akan datang di mana robot droid akan membantu polis untuk menjaga keamanan negara. Kebanyakan tugas akan dilakukan oleh droid polis sendiri untuk menangkap penjenayah.


Nama Chappie ialah salah satu nama dari dari robot droid scout 22 yang sepatutnya dilupuskan tetapi dihidupkan kembali oleh Deon (Pencipta Droid Polis) untuk dijadikan bahan kajian terbaru di mana Deon telah menemui sesuatu yang akan mengubah sejarah dunia robot.


Deon telah menemui sesuatu yang mampu membuatkan robot mampu berfikir dan mempunyai perasaan seperti manusia.


Movie Chappie  Watak Robot Yang Sangat Comel


Nama Chappie telah diberikan oleh salah seorang penjenayah perempuan yang bernama Yolandi dan Chappie telah menganggap Yolandi sebagai mommy dan Ninja sebagai papa.


Movie Chappie  Watak Robot Yang Sangat Comel (3)


Chappie telah diajar oleh Ninja untuk menjadi gansgter tetapi mendapat tentangan oleh Deon kerana mengajar perkara yang jahat.


Dalam pada masa yang sama, Vincent Moore yang juga pereka robot sangat cemburu kerana mendapat pujian daripada bos serta mendapat dana yang tinggi untuk droid polis.




[caption id="attachment_3595" align="aligncenter" width="700"]Movie Chappie  Watak Robot Yang Sangat Comel Dari kiri Vincent, Yolandi & Ninja dan Deon kanan sekali[/caption]

Vincent telah mencuri satu alat kajian terbaru Deon dalam kepala Chappie dan cuba memusnahkan kesemua droid polis. Dengan tujuan ketiadaan droid polis milik Deon membolehkan robot milik vincent dapat diaktifkan dengan serta merta.



Review Movie Chappie


Movie Chappie telah diarahkan oleh Neill Blomkamp yang sebelum ini pernah menghasilkan movie Stargate (1997), District 9 dan Elysium.


Movie Chappie ni sangat best untuk ditonton selepas movie Kingsman sebab mempunyai unsur nilai kasih sayang dan watak Chappie yang sangat lucu.


Movie Chappie  Watak Robot Yang Sangat Comel


Chappie yang telah dihasilkan oleh Deon telah menjadi kanak-kanak yang baru hendak mengenal dunia tapi sangat pintar menangkap sesuatu perkara dan gelagat Chappie pasti korang akan ketawa.


Disebalik watak Chappie yang lucu terselit beberapa babak yang sedih di mana Chappie telah ditinggalkan oleh Ninja di suatu tempat dan telah dibuli oleh gangster.


Movie Chappie  Watak Robot Yang Sangat Comel (3)


Chappie telah diajar untuk menjadi gangster tetapi sentiasa berprinsip untuk tidak melakukan jenayah hasil didikan Deon. Kenapa Chappie diajar untuk jadi gangster dan bukannya polis? Tu kena tengok sendiri.


Walaupun Chappie berpewatakkan seperti budak-budak tapi Chappie berjaya menemui salah satu cara di mana mampu memindahkan dirinya kepada robot yang lain memandangkan Chappie akan kehabisan bateri dan bateri tersebut adalah permenant yang tidak boleh di recharge mahupun ditukar ganti.


Babak last sekali dalam movie Chappie memang sangat mengarut? kenapa mengarut tu kena tengok sendiri.



Best ke tak Movie Chappie?


Movie chappie sangat best dengan babak yang mencuit hati diselit pula dengan babak sedih dan babak last movie Chappie adalah unexpected yang akan berlaku. 4/5 bintang untuk Movie Chappie.