Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, 13 April 2020

10 kesalahan ketika Berpuasa di Bulan Ramadhan

Mungkin ramai yang tak sedar yang ada beberapa kesilapan yang mungkin kita selalu buat sepanjang bulan Ramadan.

10 kesalahan ketika Ramadhan


Berikut adalah 10 kesalahan ketika Ramadhan yang umat Islam lakukan:

Tidak sahur
  •  Puasa orang yahudi dengann orangg Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.
Sahur terlalu awal
  • Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.

Terlebih tidur 
  • lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

Berbuka secara buffet sampai buncit
  •  ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

Membazar hingga membazir
  • lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan
  • bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr
  • Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

Puasa tapi tak solat
  •  pahala puasa pending , sebab tak solat. Ayoyo!

Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
  • bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

Gagal upgrade  iman selepas lalui Ramadhan
  • ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
10 kesalahan ketika Berpuasa di Bulan Ramadhan
sekadar gambar hiasan. 


Sunday, 13 January 2019

Member Selalu Tengok Video Porno dan Kesannya

Benda ini banyak berlaku time belajar di universiti maupun di kolej. Di alam remaja ini kebanyakkan ingin mencuba sesuatu yang baru yang kadangkala membawa perkara yang baik dan kadangkala ianya boleh membawa keburukkan. Selain ketagihan merokok, ketagihan menonton video porno juga semakin menjadi suatu kebiasaan buat remaja zaman sekarang.

Member Selalu Tengok Video Porno dan Kesannya
sekadar gambar hiasan
Rakan sebilik selalu sangat melihat video-video porno dan kita sebagai membe macam berat mulut nak tegur sebabnya melibatkan perasaan seseorang. Takut timbul putus kawan dan malu.

Jadi persoalannya sekarang ialah apakah kesannya terhadap amalan dan ibadah kita melihat video porno dan bagaimana untuk mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku?

Ini adalah Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan:

Haram melihat aurat orang lain apatah lagi yang lucah atau porno. 

Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧﴾

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Mu’minun: 5-7)

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi  di dalam bukunya Al-Taubah Ilallah telah menukilkan tulisan Ibn Qayyim dalam al-Jawab al-Kafi li Man Saala al-Adawa’ al-Syafi berkenaan kesan dan pengaruh maksiat. Antaranya ialah:

  • Terhalang dari mendapat ilmu
  • Terhalang dari rezeki yang murah
  • Merasa jauh dari rahmat Allah
  • Merasa terpinggir dari hubungan sesama manusia
  • Segala urusan menjadi sukar dan sulit
  • Hati menjadi gelap
  • Terhalang dari melakukan ketaatan
  • Boleh memendekkan umur seseorang
  • Mengheret kepada kemungkaran yang lain
  • Melemahkan ransangan ketaatan
  • Merasa bangga dengan maksiat
  • Mendapat penghinaan dari Allah
  • Menganggap kecil terhadap maksiat kepada Allah
  • Kesan buruk maksiat terhadap semua makhluk yang bernyawa
  • Menyebabkan kehinaan di kalangan manusia
  • Boleh melemahkan akal fikiran
  • Menyebabkan hatinya tertutup dan mati
  • Boleh mengundang banyak laknat
  • Terhalang dari mendapat doa Nabi dan Malaikat
  • Melemahkan perjalanan hati kepada Allah
  • Boleh menghilangkan banyak nikmat
  • Boleh mengabaikan diri sendiri
  • Merasakan kehidupan seolah-olah menjadi sempit


Untuk mengelakkan perkara tersebut, hendaklah memberi nasihat, peringatan di samping melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Gantikan amalan tersebut dengan membaca al-Quran atau mendengar ceramah agama yang bermanfaat. Elakkan duduk bersendirian dan cuba bersahabat dengan sahabat yang boleh membawa ke arah kebaikan. Wallahua'lam


Wednesday, 15 June 2016

Sunnah Yang Diremehkan Ketika Ramadhan

Kini sudah masuk hari yang ke-10 kita berpuasa dan berharap dapat meneruskan ibadah puasa sampai habis dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Ada sedikit info tentang sunnah yang diremehkan ketika ramadhan antaranya seperti berikut :


1. Mengakhirkan Sahur
Disunnahkan bagi orang yang hendak berpuasa untuk makan sahur. Nabi S.A.W bersabda (maksudnya) "Sahur adalah makanan yang penuh berkah, oleh kerana itu, janganlah kalian meninggalkannya sekalipun hanya dengan minum seteguk air. Kerana Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat berselawat kepada orang-orang yang makan sahur" (HR Ahmad)

Sunnah Yang Diremehkan Ketika Ramadhan

2.Menyegerakan Berbuka
Nabi S.A.W bersabda maksudnya "Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka" (HR Bukhari & Muslim


3.Berdoa ketika Berbuka
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud " Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka, doa orang yang dizalimi" (HR Tirmidzi & Ibnu Hibban)


4.Berbuka dengan Rutab atau Kurma atau Air
Anas bin Malik R.A berkata " Rasulullah S.A.W biasanya berbuka dengan rutab (Kurma Basah) sebelum menunaikan solat. jika tidak ada rutab, maka beliau berbuka dengan tamar (tamar kering). Dan jika tidak ada yang demikian Baginda berbuka dengan seteguk air" (HR Abu Daud & Ahmad)


5.Memberi makan pada orang yang berbuka
Rasullullah  S.A.W bersabda (maksudnya)" Siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangu pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun. (HR at-Tirmidzi, Ibnu Majah & Ahmad)


==


Itulah serba sedikit sunnah yang diremehkan atau jarang diamalkan oleh umat Islam terutamanya golongan muda dan bujang. Diharap kita sama2x alert dengan perkara ini dapat meningkatkan sunnah2x yang ada supaya mendapat berkah dari-NYA. amin~.

Tuesday, 30 June 2015

Kadar Rasmi Bayaran Zakat Fitrah 2015 Setiap Negeri

Kadar Rasmi Bayaran Zakat Fitrah 2015 / 1436H Setiap Negeri : Umat Islam yang berkemampuan adalah diwajinkan untuk menunaikan Zakat Fitra seperti yang telah termaktub dalam rukun Islam yang ke- empat.


Afdhalnya bayaran zakat boleh dibuat bermula pada awal bukan Ramadhan dan selewatnya sebelum Syawal.


Zakat yang terkumpul akan diagihkan kepada golongan yang Fakir, miskin, anak yatim, amil, Muallaf, Riqab, Gharimin, orang yang berjuang, berusaha melakukan aktiviti untuk menegakkan serta meninggikan agama Allah dan Ibnus Sabil.


Kadar Rasmi Bayaran Zakat Fitrah 2015 Setiap Negeri



Kadar Rasmi Bayaran Zakat Fitrah 2015 Setiap Negeri


Berikut adalah kadar Rasmi Bayaran Zakat Fitrah 2015 / 1436H Setiap Negeri:

  • Perlis - 6.50

  • Kedah - 7.00

  • Pulau Pinang - 7.00

  • Perak - 7.00

  • Selangor - 7.00

  • Negeri Sembilan - 6.50

  • Melaka - 6.70

  • Johor - 5.00/8.00*

  • Pahang - 7.00 7.00

  • Terengganu - 7.40 / 6.80 / 4.60*

  • Kelantan - 7.00

  • Sarawak - 6.50

  • Sabah - 7.00

  • (WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan - 7.00


Cara Membayar Zakat Fitrah



  • Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing

  • Bayaran zakaat juga boleh dibuat menerusi kaunter/booth bayaran Zakat di pusat membeli belah.


Panduan Lengkap Cara Bayar Zakat Fitrah Di Bulan Ramadhan boleh klik [DISINI]

Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah



  1. Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

  2. Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

  3. Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

  4. Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

  5. Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.


Semoga ibadah kita dibulan Ramadhan diterima oleh-NYA. Jangan lupa untuk bayar Zakat bagi menunaikan kewajipan serta meringankan beban bagi mereka yang memerlukan

Thursday, 7 August 2014

Adab Dalam Group Di Alam Maya

Zaman sekarang sudah terlalu banyak aplikasi mesengger yang menjadikan orang itu jauh tetapi terasa seperti dekat dengan kita. Inilah yang dipanggil era globalisasi dunia tanpa sempadan.

Aplikasi Whatsapp, WeChat, Telegram, Line, Facebook mesengger dan banyak lagi tak perlu nak terangkan lebih lanjut sebab semua orang dah tahu.

sumber gambar dari google

Salah satu aplikasi yang popular di Malaysia ialah Whatsapp dan sudah satu benda wajib yang mesti ada dalam smartphone.  Lain hal di Korea, aplikasi Line sangat popular di sana, BBM pula popular di Indonesia, Kik popular di kanada dan banyak lagi.

Setiap app mesengger yang dinyatakan mempunyai kelebihan untuk meng-create group dan bilangan ahli dalam group bergantung pada aplikasi.

Aplikasi whatsapp terutamanya, boleh create satu group seramai 50 ahli manakala pada Telegram pula boleh create group seramai 200 ahli.


Adab-adab dalam Group Di Alam Maya


Namun pun begitu, walaupun berada di alam maya tetap ada adab - adabnya. Berikut adalah adab - adab dalam group tidak kira sama ada Whatsapp, WeChat, Telegram, Facebook Massengger dan banyak lagi.

Info adab dalam group ini telah diubahsuai menjadi lebih umum.


  1. Pada admin group: Sebelum masukkan orang ke dalam group tanya dulu, nyatakan matlamat kumpulan. Kalau setuju baru add.
  2. Ucap Terima kasih /Syukran/thank you kalau ada orang add kita dalam group.
  3. Kalau nak leave group sapa lah dahulu ahli group sebelum keluar.
  4. Juga beritahulah sebab sikit kenapa nak leave, nak berdalih pun korang punya hal jangan tetiba main leave group. Takut ada hati yang terasa apabila leave tanpa memberi sebab.
  5. Jangan mudah cepat merajuk dan leave  hanya kerana 'terasa' dengan perbualan rakan dalam group yang mungkin tanpa sengaja. Diamkan diri buat seketika waktu dan apabila hati sudah reda maka sambunglah berborak atau perbincangan dalam group.
  6. Kalau ada ahli group postkan sesuatu isu, beri respon sebelum kita nak post atau mahu tukar kepada isu lain.
  7. Beri support kepada mereka yang tengah berdiscuss dan janganlah pula diam seribu bahasa. Nyatakan tidak setuju kalau isu yang dibangkitkan itu tidak baik.
  8. Jangan terlampau taksub dengan isu peribadi atau pendapat peribadi
  9. Elakkan ikhtilaf dan berbantah-bantah yang keterlaluan.
  10. Mengalu-alukan orang baru @ mereka yang baru sahaja di add masuk dalam group.
  11. Jangan hantar banyak gambar atau video yang tidak perlu. Penuh nanti kad memori kawan nanti dalam Smartphone.
  12. Kalau boleh elakkan Percampuran lelaki & wanita. Jika dalam group ada ikhtilat, jagalah batas pergaulan sebagai muslim dan muslimah walaupun hanya di alam maya.

Whatsapp : Ter-Left Group Kerana Smartphone Rosak atau hang

Boleh percaya ke dengan statement seperti itu?. Hasil selidik dengan pertanyaan kepada rakan-rakan media sosial yang berpengetahun dalam bidang IT mengatakan bahawa jawapan seperti itu sekadar alasan.

Seorang itu tidak akan left group melainkan dia menekan butang delete and exit atau leave groupnya sendiri. Pendapat yang lain pula, ter-left berlaku apabila hanya menjadi silent reader selama lebih 2 atau 3 bulan lebih tanpa memberi sapa atau contribution dalam group.

Pendapat ketiga pula mengatakan, umumnya whatsapp akan back up setiap minit secara automatik dan boleh terjadi seorang itu selepas install balik Whatsapp dia lupa untuk tekan butang restore sebaliknya memilih untuk klik No Thanks secara tidak sengaja tanpa memeriksa dengan teliti maka berlakulah ter-left group.


Kata Terakhir Sebelum Keluar Dari Group Whatsapp

Kita left group mesti ada yang terasa hati maka keluarlah dengan cara beradab dengan meminta izin untuk keluar daripada group dengan alasan dan cara yang baik.


contoh : salam, saya [nama korang] nak left group atas sebab [alasan korang]. Mohon maaf kepada semua ahli group ni sekiranya ada yg tak senang dgn msg saya sebelum ni, terkasar bahasa dan menyakitkan hati sesiapa dalam group ni.. Moga group ni terus maju. :D

Dalam satu group tak semuanya satu kepala dengan kita maka hendaklah kita respect satu sama lain. Pentingnya adab dalam group demi menjaga hati ahli masing-masing.

Monday, 21 July 2014

Pelita Semakin Berkurangan

Apabila menjelang hari raya di bulan Syawal pasti setiap kampung sudah mula memasang pelita bagi memeriahkan suasana pada waktu malam dan juga menyambut hari yang mulia.

Kebanyakkan pelita pasang di kawasan luar bandar berbanding di bandar kerana risiko memasang pelita di kawasan bandar seperti rumah teres amat tinggi dan boleh berlaku kebakaran tanpa disedari.

lain pula halnya di kawasan luar bandar iaitu di kampung. Halaman di kawasan kampung biasanya luas dan risiko kebakaran rumah itu kurang dan jarang kita dengar rumah kampung terbakar gara-gara pelita melainkan dalam filem dan drama-drama melayu.

Pelita semakin dilupakan?

Punca Pelita Semakin Berkurang


Pada tahun ini, saya mula perasan pelita di kawasan kampung tidak banyak kelihatan dan hanya beberapa rumah sahaja yang memasang pelita.

Apakah yang menjadi punca utama pelita semakin kurang dipasang dalam kawasan kampung?

Mungkinkah kenaikan minyak diesel menjadi punca menyebabkan kekurangan pelita dipasang di kawasan kampung ataupun terlalu sibuk dengan urusan hal masing-masing menyebabkan tiada pelita dipasang. Kemungkinan lain tentang kesedaran penduduk kampung berkenaan dengan hukum memasang pelita


Hukum Memasang Pelita


Hukum memasang pelita merupakan satu bida'ah di mana Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah mengamalkan sebelum ini. Pelita yang dipasang 7 hari sebelum menjelang syawal telah dipersoalkan kerana pelita hanya dipasang pada 7 hari sebelum menjelang syawal dan bukan sejal awal Ramadan lagi.

Amalan ini dianggap sebagai karut dan perlu dihentikan dengan segera jikalau ada masih ada sesetengah umat Islam yang mengamalkan mengikut pandangan Ustaz Abu Hassan.


Pasang pelita Sebab Nak Main Mercun


Rumah saya di kawasan kampung dan kebiasaannya pelita akan dipasang apabila hendak bermain mercun ketika saya masih kecil. Ketika itu, gembira bukan main kepalang apabila sepupu-sepapat hadir bersama dan membawa banyak mercun. Keadaan itu sememangnya meriah dengan bunyi bising pelbagai mercun.

Sekarang dah besar dan minat untuk bermain mercun semakin berkurangan berbanding masa kecil dahulu. Meriam sekarang sudah tidak lagi kedengaran di kampung mungkin muda-mudi sekarang tengah leka bermain gajet masing-masing.

Dulu tak banyak kes kecederaan bermain mercun dan sekarang semakin banyak kes budak-budak terputus jari dan tangan gara-gara mercun. Lebih hebat lagi mampu membuat mercun sendiri.

Zaman Berubah kepada ke arah Lampu solar Lip-Lap

Salah satunya mungkin ramai yang dah beralih kepada lampu elektronik atau lampu solar. Harga pun mampu milik sekarang dan boleh bertukar warna. Lagi meriah dan berwarna-warni pada waktu malam.

Yang penting, zaman dulu lebih banyak memberi memori manis di bulan Ramadhan kalau nak dibandingkan dengan sekarang. :)

Monday, 23 June 2014

Hadith Palsu Menjelang Ramadhan

Ramadhan bakal menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti ramai yang tidak sabar dengan kedatangan Ramadhan yang dinantikan setiap tahun.

Pada setiap tahun, perkara sama yang pasti akan berlaku iaitu penyebaran hadith palsu yang disebarkan oleh orang ramai tanpa usul periksa. Perkara ini bukan sahaja berlaku apabila menjelang bulan Ramadhan sahaja, malah Rejab dan Syaaban juga turut disebarkan.

Sekadar gambar hiasan

Sebagai contoh hadith palsu:


"Rajab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku.”


Hadith tersebut adalah palsu kerana  salah satu perawi yang bernama Abu Bakr An-Naqqasy sering memalsukan hadith yang tidak bersandarkan pada Nabi Muhammad S.A.W.



Hadith Palsu - Fadhilat Tarawih Pada Malam Pertama Hingga Malam Ke-30


Beberapa hari yang lepas, kebetulan pada masa itu tergerak hati untuk mendengar tazkirah sempena Ramadhan yang bakal menjelma di surau.


Apa yang mengejutkan, penceramah tersebut menceritakan tentang fadhilat Terawih pada malam pertama hingga malam ke-30 walaupun tidak semua penceramah itu berikan namun secara khusus diberikan fadhilat terawih 10 malam terakhir.


Hadith berkenaan dengan fadhilat Terawih pada malam pertama hingga malam ke-30 adalah palsu dan haram untuk mempercayainya di samping itu ianya juga bererti suatu pengkhianatan kepada syariat Islam itu sendiri.

Bagaimana hadith palsu boleh wujud, boleh rujuk pada hafizfirdaus.com


“Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (riwayat Imam Muslim).


Sebenarnya terdapat banyak hadis lain yang sahih daripada Nabi SAW tentang kelebihan ibadah dan kelebihan bulan Ramadhan ini sendiri. Antaranya sabda Nabi SAW,


“Abu Hurairah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan kerana iman dan mengharap keredhaan Allah maka diampuni dosa-dosa yang telah lalu”. (riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadith ini adalah sohih dan boleh dipraktikkan serta disebarkan kepada orang ramai tentang kelebihan menghidupkan malam-malam Ramadhan.


Berikut adalah perawi-perawi hadith sohih yang boleh dipercayai iaitu Imam Muslim, Imam Bukhari, Imam Ibnu Majah dan Imam Tarmizi. Ada banyak lagi tapi keempat-empat nama ini sudah cukup sinonim dan sebati dengan kita.


Thursday, 5 June 2014

Bergurau Ada Batasnya Dan Fikir Dulu Sebelum Bercakap

Rata-rata ramai di antara kita termasuklah diri kita pernah bergurau senda sesama kita. Seronok bila kita dapat bergurau senda bersama rakan-rakan dan saudara, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan sedikit tekanan negatif.

sekadar gambar hiasan

Namun pun begitu, bergurau ada batasnya. Dalam tak sedar ada gurauan yang mungkin boleh menyakitkan rakan-rakan kita. Paling besar dalam tak sedar mungkin ada beberapa gurauan yang mungkin menjadi kafir dalam tak sedar.


Contoh-Contoh Dialog Menjadi Kafir Dalam Tak Sedar


  1. Nabi Yusof smart, aku smart lebih sikit dari nabi. (jatuh kafir).

  2. Tak payah la simpan-simpan janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah sangat,

  3. Berselerak je muka aku tgk. (jatuh kafir).

  4. Zaman nabi mana ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)

  5. Hudud dah tak sesuai zaman ni bro. (jatuh kafir)

  6. Senyum la sikit, muka masam je, dah macam malaikat Munkar Nankir dah aku tgk. (jatuh kafir)

  7. Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)

  8. Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)

  9. Emm.. kalau murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)

  10. Aku murtad dah, Eh! Gurau je, gurau je... (jatuh kafir)

  11. Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" - Kitab Fiqhul Akbar - Karangan Imam Syafie.


Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yangg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.


Contoh Syirik kecil


Situasi Pertama


  • Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata. "Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.

Situasi Kedua


  • Azlie bertanya kepada Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad menjawab, "Dah, semalam."

Bergurau ada Batasnya

Perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu. Kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan? Maka selepas ini perkara ini dapat disebarkan dan tidak menjadi bahan gurauan dalam perbualan tertutamanya dalam Islam. Sumber 'Usrah' TV119 .

Monday, 5 May 2014

Jenis Puasa Yang Perlu Diketahui

Tidak beberapa lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Puasa di bulan Ramadhan adalah perkara wajib yang dilakukan bagi umat Islam seluruh dunia yang telah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T. Di samping itu, saya ingin memberikan sedikit informasi kepada pembaca untuk mengenali jenis - jenis puasa iaitu puasa wajib, puasa haram, puasa sunat dan puasa makruh.

Jenis Puasa Yang Perlu Diketahui
sekadar gambar hiasan

Maksud Sebenar Puasa


Dari segi bahasa: Menahan diri daripada sesuatu
Dari segi Syarak: Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari yang dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredaan ALLAH S.W.T

Puasa boleh dilakukan bagi mereka yang beragama Islam, baligh, berakal, sihat tubuh badan, bermukim dan suci dari segala haid dan nifas bagi wanita.

Jenis - Jenis Puasa

Puasa Wajib


  • Berpuasa pada bulan Ramadhan

  • Puasa nazar - Sekiranya dalam nazarnya adalah puasa dan termakbul sesuatu hajat seperti berjaya dalam peperiksaan wajib berpuasa

  • Puasa Kaffarah - Membayar denda kerana melanggar syarat-syarat berpuasa seperti bersetubuh dengan isteri pada waktu siang pada bulan Ramadhan. Puasa yang dikenakan ialah selama 60 hari berturut-turut.

Puasa Haram


  • Hari Raya Aidilfitri - 1 Syawal

  • Hari Raya Aidiladha - 10 Zulhijjah

  • Hari Tasyriq - Tiga hari (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

  • Hari Syak - Hari yang diragui antara 30 syaaban atau sudah masuk 1 Ramadhan.

Puasa Sunat


  • Puasa enam hari pada bulan Syawal selepas aidilfitri. Lebih afdal puasa secara berturut-turut.

  • Hari Isnin dan Khamis setiap minggu.

  • Hari Asyura - 10 Muharram

  • Puasa 9 Zulhijjah - Sempena wuquf di Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan haji pada tahun itu.

  • Puasa hari 13, 14, dan 15 setiap bulan.

  • Puasa hari 28, 29 dan 30 setiap bulan.

  • Puasa Nisfu Syaaban - 15 syaaban.

Puasa sunat bagi isteri perlu meminta keizinan daripada suami. Tambahan lagi, kalau ada rakan-rakan yang ajak makan bersama maka seboleh-bolehnya terimalah ajakan tersebut untuk makan bersama, ini bermakna batalkan puasa sunat tersebut. Ini kerana menjaga hati kawan adalah penting. Puasa sunat jikalau dibatalkan tidak mendatangkan dosa.

Puasa Makruh


  • Puasa hari jumaat secara berasingan - Contoh tidak didahului oleh puasa hari khamis sebelumnya atau sabtu sesudahnya.

  • Puasa 15 sehingga 30 syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 syaaban dan tiba-tiba sampai 15, 16, 17 dan seterusnya ia inging berpuasa sunat.

  • Berpuasa secara terus menerus sepanjang tahun.

Semoga dapat dimanfaatkan bersama.