Adab Dalam Group Di Alam Maya
Zaman sekarang sudah terlalu banyak aplikasi mesengger yang menjadikan orang itu jauh tetapi terasa seperti dekat dengan kita. Inilah yang dipanggil era globalisasi dunia tanpa sempadan.
Aplikasi Whatsapp, WeChat, Telegram, Line, Facebook mesengger dan banyak lagi tak perlu nak terangkan lebih lanjut sebab semua orang dah tahu.
Salah satu aplikasi yang popular di Malaysia ialah Whatsapp dan sudah satu benda wajib yang mesti ada dalam smartphone. Lain hal di Korea, aplikasi Line sangat popular di sana, BBM pula popular di Indonesia, Kik popular di kanada dan banyak lagi.
Setiap app mesengger yang dinyatakan mempunyai kelebihan untuk meng-create group dan bilangan ahli dalam group bergantung pada aplikasi.
Aplikasi whatsapp terutamanya, boleh create satu group seramai 50 ahli manakala pada Telegram pula boleh create group seramai 200 ahli.
Adab-adab dalam Group Di Alam Maya
Namun pun begitu, walaupun berada di alam maya tetap ada adab - adabnya. Berikut adalah adab - adab dalam group tidak kira sama ada Whatsapp, WeChat, Telegram, Facebook Massengger dan banyak lagi.
Info adab dalam group ini telah diubahsuai menjadi lebih umum.
- Pada admin group: Sebelum masukkan orang ke dalam group tanya dulu, nyatakan matlamat kumpulan. Kalau setuju baru add.
- Ucap Terima kasih/Syukran/thank you kalau ada orang add kita dalam group.
- Kalau nak leave group sapa lah dahulu ahli group sebelum keluar.
- Juga beritahulah sebab sikit kenapa nak leave, nak berdalih pun korang punya hal jangan tetiba main leave group. Takut ada hati yang terasa apabila leave tanpa memberi sebab.
- Jangan mudah cepat merajuk dan leave hanya kerana 'terasa' dengan perbualan rakan dalam group yang mungkin tanpa sengaja. Diamkan diri buat seketika waktu dan apabila hati sudah reda maka sambunglah berborak atau perbincangan dalam group.
- Kalau ada ahli group postkan sesuatu isu, beri respon sebelum kita nak post atau mahu tukar kepada isu lain.
- Beri support kepada mereka yang tengah berdiscuss dan janganlah pula diam seribu bahasa. Nyatakan tidak setuju kalau isu yang dibangkitkan itu tidak baik.
- Jangan terlampau taksub dengan isu peribadi atau pendapat peribadi
- Elakkan ikhtilaf dan berbantah-bantah yang keterlaluan.
- Mengalu-alukan orang baru @ mereka yang baru sahaja di add masuk dalam group.
- Jangan hantar banyak gambar atau video yang tidak perlu. Penuh nanti kad memori kawan nanti dalam Smartphone.
- Kalau boleh elakkan Percampuran lelaki & wanita. Jika dalam group ada ikhtilat, jagalah batas pergaulan sebagai muslim dan muslimah walaupun hanya di alam maya.
Whatsapp : Ter-Left Group Kerana Smartphone Rosak atau hang
Boleh percaya ke dengan statement seperti itu?. Hasil selidik dengan pertanyaan kepada rakan-rakan media sosial yang berpengetahun dalam bidang IT mengatakan bahawa jawapan seperti itu sekadar alasan.
Seorang itu tidak akan left group melainkan dia menekan butang delete and exit atau leave groupnya sendiri. Pendapat yang lain pula, ter-left berlaku apabila hanya menjadi silent reader selama lebih 2 atau 3 bulan lebih tanpa memberi sapa atau contribution dalam group.
Pendapat ketiga pula mengatakan, umumnya whatsapp akan back up setiap minit secara automatik dan boleh terjadi seorang itu selepas install balik Whatsapp dia lupa untuk tekan butang restore sebaliknya memilih untuk klik No Thanks secara tidak sengaja tanpa memeriksa dengan teliti maka berlakulah ter-left group.
Kata Terakhir Sebelum Keluar Dari Group Whatsapp
Kita left group mesti ada yang terasa hati maka keluarlah dengan cara beradab dengan meminta izin untuk keluar daripada group dengan alasan dan cara yang baik.
contoh : salam, saya [nama korang] nak left group atas sebab [alasan korang]. Mohon maaf kepada semua ahli group ni sekiranya ada yg tak senang dgn msg saya sebelum ni, terkasar bahasa dan menyakitkan hati sesiapa dalam group ni.. Moga group ni terus maju. :D
Dalam satu group tak semuanya satu kepala dengan kita maka hendaklah kita respect satu sama lain. Pentingnya adab dalam group demi menjaga hati ahli masing-masing.
Get notifications from this blog
Terima kasih tua.. Teknologi menjadikan kita kuang sensitif.
ReplyDeleteLagi satu..
Kita terlalu cepat forward mesej tentang hadis nabi tanpa cek kesahihan.
Memang niat baik.. Tapi kalau kita tolong sebar hadis palsu.
Kan dah lain jadinya tu. Hati hati ya kita semua
yg ter leave group lepas update tu info terbaru gak utk akak. baru akak tau. ada jgk logiknya. tapi rasanya akak pernah buat, group still ada cuma semua isi kandungan perbualan lama je dia tak restore.
ReplyDeleteTidak mempunyai akaun whatupp dan sebagainya jadi tidak memahami permasalahan ini. Namun dilihat macam lebih kurang FB jer situasinya.
ReplyDeleteAda pulak adab dan protokolnya ye dalam group ni. Mcm leceh puak. Hehe
ReplyDeleteAda 1 group whatsapp yang member masukkan aku.. Dah lama dah, tak pernah pon aku hantar mesej.. Just jadi silent reader..
ReplyDeletememang patut sangat untuk menjaga adab
ReplyDeletebiar pun di mana saja kita berada
orang sekarang suka nak rasa menang. sebab tu dah takde adab.
ReplyDeletesama-sama tua. hahaha. Benda macam tu patut dielakkan lagi2x benda yang berantai.
ReplyDeleteyap. history conversation tidak disimpan.
ReplyDeleteOwh, tak ada akaun whatsapp ni mesti pakai hp biasa je. hehe
ReplyDeleteMana-mana pun mesti ada adab dan protokolnya. :)
ReplyDeleteAku pun ada tapi aku lebih suka jadi silent reader sebab apa yang diorang discuss aku tak berapa expert.
ReplyDeletejangan sampai hilang adab melayu sudah.
ReplyDeleteYang tu kena banyak beralah..kalau nak menang sampai mati pun tak habis cerita.
ReplyDeleteseperti di alam nyata,begitu la juga di alam maya bukan?sebelum masuk rumah orang minta kebenaran bagi salam dahulu.:-)
ReplyDeleteadab perlu diguna pakai dalam semua keadaan..
ReplyDeleteapakah itu bentuk mendekatkan silaturahmi atau menjauhkan silaturahmi
ReplyDeleteMana-manapun, adab tetap kene jaga.
ReplyDeleteYup..betul tu bro..rasa macam saya pun ada gak buat silap macam ni..emmm
ReplyDeleteselesa pada orang yang saya kenal blogger sanak saudara rakan lama. yg lain ambil masa juga nak pecaya boleh layan biasa je heee
ReplyDeletesetuju sangat sebab kadang2 tu admin main add je..kene orang yang fon dia memory kecik macam saya memang terpaksa left..kalau asyik memanjang dapat vids n pics..
ReplyDeleteYap, betul. Adab di alam nyata dan maya tak banyak beza.
ReplyDeleteAdab dijaga kita juga akan dihormati.
ReplyDeleteMendekatkan lagi sillaturrahim. :)
ReplyDeleteAdab dijaga kita pun disenangi.
ReplyDeleteManusia tak boleh lari kesilapan. kesilapan biar sekali dan tidak berulang-ulang.
ReplyDeleteMemang rimas kalau dapat pic dan vid selalu.
ReplyDelete[…] simpan no telefon admin group senang kalau ada masalah seperti terleft group boleh rujuk pada no admin group untuk dimasukkan […]
ReplyDeleteAku pernah kena tendang dari group sebab tak aktif. Itu pun tak bagi signal awal-awal...hummm
ReplyDeletelagi dahsyat jadi silent reader pun kena tendang.
ReplyDeletebetul tu.. kdang kadangkene jugak jaga hati orang.. jgn suka hati kita je nak buat apa
ReplyDeleteSemak dulu sebelum post hal-hal yg belum tentu benar... kadang ada yg nak jadi keyboard warrior, asal dapat terus aje nak foward. Entah betul entah salah hmmm
ReplyDeleteAssalamualaik warohmatullohi wabarokatuh. Mohon saya di masukkan ke grup alam maya.
ReplyDeleteNama: Murtafiq
Alamat: jepara, Indonesia
Status: Laki- laki
No WA: 085388888580
Betul tu, banyak adab yang perlu diambil, tambah2 yang bercampur lelaki dan wanita..kena jaga tutur kata
ReplyDeleteBetul...kadangkala ramai yg tidak mengikut adab dlam alam maya samada lelaki mahupun perempuan
ReplyDeleteadab memang selau perlu dijaga sebab ianya melambangkan personaliti kita kan
ReplyDelete