Monday 5 May 2014

Jenis Puasa Yang Perlu Diketahui

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Tidak beberapa lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Puasa di bulan Ramadhan adalah perkara wajib yang dilakukan bagi umat Islam seluruh dunia yang telah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T. Di samping itu, saya ingin memberikan sedikit informasi kepada pembaca untuk mengenali jenis - jenis puasa iaitu puasa wajib, puasa haram, puasa sunat dan puasa makruh.


Jenis Puasa Yang Perlu Diketahui



Maksud Sebenar Puasa


Dari segi bahasa: Menahan diri daripada sesuatu
Dari segi Syarak: Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari yang dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredaan ALLAH S.W.T

Puasa boleh dilakukan bagi mereka yang beragama Islam, baligh, berakal, sihat tubuh badan, bermukim dan suci dari segala haid dan nifas bagi wanita.

Jenis - Jenis Puasa


Puasa Wajib



  • Berpuasa pada bulan Ramadhan

  • Puasa nazar - Sekiranya dalam nazarnya adalah puasa dan termakbul sesuatu hajat seperti berjaya dalam peperiksaan wajib berpuasa

  • Puasa Kaffarah - Membayar denda kerana melanggar syarat-syarat berpuasa seperti bersetubuh dengan isteri pada waktu siang pada bulan Ramadhan. Puasa yang dikenakan ialah selama 60 hari berturut-turut.


Puasa Haram



  • Hari Raya Aidilfitri - 1 Syawal

  • Hari Raya Aidiladha - 10 Zulhijjah

  • Hari Tasyriq - Tiga hari (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

  • Hari Syak - Hari yang diragui antara 30 syaaban atau sudah masuk 1 Ramadhan.


Puasa Sunat



  • Puasa enam hari pada bulan Syawal selepas aidilfitri. Lebih afdal puasa secara berturut-turut.

  • Hari Isnin dan Khamis setiap minggu.

  • Hari Asyura - 10 Muharram

  • Puasa 9 Zulhijjah - Sempena wuquf di Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan haji pada tahun itu.

  • Puasa hari 13, 14, dan 15 setiap bulan.

  • Puasa hari 28, 29 dan 30 setiap bulan.

  • Puasa Nisfu Syaaban - 15 syaaban.


Puasa sunat bagi isteri perlu meminta keizinan daripada suami. Tambahan lagi, kalau ada rakan-rakan yang ajak makan bersama maka seboleh-bolehnya terimalah ajakan tersebut untuk makan bersama, ini bermakna batalkan puasa sunat tersebut. Ini kerana menjaga hati kawan adalah penting. Puasa sunat jikalau dibatalkan tidak mendatangkan dosa.


Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!



Puasa Makruh



  • Puasa hari jumaat secara berasingan - Contoh tidak didahului oleh puasa hari khamis sebelumnya atau sabtu sesudahnya.

  • Puasa 15 sehingga 30 syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 syaaban dan tiba-tiba sampai 15, 16, 17 dan seterusnya ia inging berpuasa sunat.

  • Berpuasa secara terus menerus sepanjang tahun.


Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

11 Comments

Terima kasih di atas perkongsian info... Apabila membaca entri ini baru saya teringat, hari ni sebenarnya saya nak berpuasa sunat bulan Rejab.. Tapi dah terlajak makan pula... hehehe

puasa banyak kebaikkannya, rajin2 lah berpuasa yo

Thanks Bahrain..Kadang-kadang kita terlepas pandangkan. Selamat berpuasa ya...

Terima kasih bro kongsikan..saya pun kadang2 tu tak ingat gak..jadi confius..haha

yaaa...benerrr...rejab ni puasa banyak2 ye..saya tak mula lagi ni puasa ..hikhik

Ramadhan Greeting to Muslim Blogger. Syukur Alhamdulillah! Welcome Ramadhan 1435H/2014M the best season for offering good deeds and gaining reward.
"Puasa itu adalah Ramadhan, Ramadhan itu nikmat, nikmat itu rahmat, rahmat itu berkat, berkat itulah ikhlas, ikhlas itu berserah diri, berserah diri itu, mengembalikan segala kenikmatan nikmat diri kepada Allah s.w.t"
Persiapkan diri dan jiwa untuk menyambut ketibaan bulan kesempatan yang tiada taranya, Ramadhan serba istimewa dan amat dirindui.

Salam Ramadhan to Muslim Blogger. Syukur Alhamdulillah! Welcome Ramadhan 1435H/2014M the best season for offering good deeds and gaining reward.
"Puasa itu adalah Ramadhan, Ramadhan itu nikmat, nikmat itu rahmat, rahmat itu berkat, berkat itulah ikhlas, ikhlas itu berserah diri, berserah diri itu, mengembalikan segala kenikmatan nikmat diri kepada Allah s.w.t"
Kepada sesiapa yang belum mendapatkan Imsakiah Ramadhan 1435/2014 Malaysia boleh Muatturun sepenuhnya di Laman Saya (Click Pada Nama). Persiapkan diri dan jiwa untuk menyambut ketibaan bulan kesempatan yang tiada taranya, Ramadhan serba istimewa dan amat dirindui.