Showing posts with label hospital pakar telinga. Show all posts
Showing posts with label hospital pakar telinga. Show all posts

Friday, 14 February 2014

Kisah Aku Dalam Masalah Pendengaran

Lambat Bercakap Berpunca Dari Masalah Pendengaran

Masa zaman kecil dahulu, aku mula start bercakap ketika aku masuk darjah satu di sekolah kebangsaan. Itupun, selepas 6 bulan ketika aku darjah satu baru boleh bercakap dengan sepenuhnya seperti orang lain.

Lambat bercakap ada kaitan dengan pendengaran.

Kisah Aku Dalam Masalah Pendengaran
sekadar gambar hiasan

Parent mula sedar aku ada masalah pendengaran apabila aku tidak mendengar ketika aku sedang khusyuk menonton televisyen dan pada masa yang sama parent aku panggil nama aku berulang-kali.

Sejak itu, aku melakukan check up secara bulanan bersama doktor pakar telinga di salah satu Klinik swasta Kluang, Johor bahru sehingga aku tingkatan lima.


Sebenarnya aku ada masalah pendengaran tetapi aku still masih boleh dengar apa yang orang cakap. Cumanya, pendengaran aku bukanlah 100% seperti orang lain.


Selepas Doktor pakar telinga di kluang bersara terus aku cari alternatif lain dengan menyambung check up di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pula. 

Aku dapat rasakan yang masalah pendengaran aku semakin teruk sejak aku belajar di universiti. Appointment untuk check-up dengan pihak Hospital Muar pun macam tak berjalan dengan baik.


Nak Bedah Tapi Tak Jadi


Ada sampai tahap memang kena bedah, bila dah buat tarikh semua untuk pembedahan tiba-tiba tak jadi pula. Kes ni dah dua kali berlaku di hospital yang sama. Kemudian aku minta doktor untuk berjumpa dengan ketua doktor bahagian Otolaryngology.

Bila di bincang dengan ketua doktor tesebut, barulah aku tahu tak ada yang pakar dalam masalah aku dalam hospital Muar.

Marah tak marah aku tapi pendam je la mampu dengan doktor tersebut. Rasa dipermainkan kejap bedah kejap tak jadi kemudian keadaan pendengaran pun masih sama sahaja. Aku nak jumpa doktor pakar bukan doktor biasa.


Jalan Penyelesaian Di Hospital Sultan Ismail


Dr tersebut terus buat surat untuk berjumpa doktor yang benar-benar pakar telinga di Malaysia yang berada di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Ini adalah kali pertama aku dengar nama Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru. Kalau sebelum ini, bila dengar pasal hospital di Johor bahru mesti orang johor especially macam aku akan terbayang pada Hospital Sultanah Aminah sahaja.

Apabila temu janji sudah tiba, terus datang ke johor bahru untuk ke Hospital Sultan Ismail berjumpa dengan Doktor Pakar.

Sememangnya Doktor yang aku jumpa di Hospital Sultan Ismail memang pakar dalam bahagian telinga. Hampir masalah tentang telinga aku di ceritakan satu persatu. Kes aku adalah kes pertama di Johor Bahru dan kes kedua di Malaysia menurut Doktor tersebut.

ALHAMDULILLAH, jumpa jalan penyelesaian. INSYA ALLAH, dalam jangka masa pendek akan dilakukan pembedahan telinga di bahagian kiri dahulu pada hujung bulan ini. Pembedahan pertama akan dilakukan ketika dalam sedar tetapi akan diletakkan ubat bius nanti. Pembedahan pertama tidak terlalu serius.

Untuk jangka masa panjang akan dilakukan sekitar bulan April kerana telinga bahagian kanan agak teruk sedikit yang memerlukan pengesahan dari kerajaan dahulu untuk membeli alat yang akan dimasukkan ke dalam telinga sebelum melakukan pembedahan kali kedua.

Doakan semoga segala urusan berjalan dengan lancar.