Showing posts with label manama. Show all posts
Showing posts with label manama. Show all posts

Sunday, 16 February 2014

Berjalan-Jalan Ke Negara Arab Paling Kaya Iaitu Bahrain

Buka blog tapi tak ada benda nak buat, maka aku godek-godeklah sedikit pasal statistik blog aku yang tak seberapa. Kemudian jumpa pula keyword 'berjalan-jalan ke Bahrain'. Rasa bangga pula nama sendiri adalah nama negara sebenarnya.

Aku tahu pasal kewujudan negara Bahrain ketika aku belajar di sekolah menengah dalam tingkatan kedua. Pada masa itu belajar bahasa arab, sedang belajar ada seorang cikgu ni sebut nama aku ada dalam al-quran yang mempunyai maksud yang tersendiri. Pada masa yang sama cikgu beritahu nama aku ada dalam senarai nama negara arab antara yang paling kaya di dunia iaitu BAHRAIN.

Negara Bahrain
Gambaran negara Bahrain

Maksud Bahrain Ada Tiga:

Arab
Bahrain - dua laut

Melayu & English
Bah - Banjir
Rain - Hujan.

Kebiasaanya, cikgu mesti soal dalam kelas seperti ini:
Negara apa yang banjir dahulu selepas itu hujan?
Sah-sah memang aku dah tahu jawapannya nama aku.

Mata Wang Negara Bahrain

Tak pernah terlintas dalam senarai aku percutian ke Bahrain.  Perjalanan sahaja ke sana dah makan masa 8 jam setengah itu belum campur lagi dengan mata wang di sana berbanding dengan mata wang kita.

Mata wang di sana lebih tinggi berbanding di negara kita.

1 Bahraini Dinar - RM 8.77

Bayangkan kalau makan MCD dengan harga BHD 4.90, mahu nak lebih RM32 duit kita. Jangan ingat mata wang Dollar lebih mahal dari kita. Ada lagi yang lebih tinggi daripada mata wang kita, nak-nak pula sekarang mata wang kita jatuh.

Tidak hairanlah, banyak pelancong kita datangnya dari negara arab kerana mereka sangat berkemampuan untuk bercuti di negara kita yang mempunyai mata wang yang lebih rendah.

Bendera Dan Ibu Negara Bahrain

Bendera negara bahrain sangat simple iaitu warna merah dan putih sahaja. Tak tahu pula di sebalik makna bendera tersebut. Ibu negara Bahrain adalah Manama yang merupakan bandar terbesar di Bahrain.

Perdana Menteri Bahrain

Kebanyakan mereka yang menjawat perdana menteri di negara Arab adalah dari golongan keluarga Istana sendiri. Begitu juga dengan jawatan Perdana Menteri Bahrain dari kalangan diRaja iaitu Khalifah bin Sulman al-Khalifah (197- sehingga kini). sumber rujukan dari wikipedia

Tempat Menarik Di Bahrain


Berikut adalah beberapa tempat yang menarik setelah dilakukan carian pada google.com. Banyak yang memberi kata-kata positif dalam percutian ke Bahrain di salah satu laman web forum.

1. The Tree of Life

Pokok yang diberi nama kehidupan merupakan oasis hijau. Terletak di tengah-tengah padang pasir. Pokok ini telah dijadikan sebagai mercu tanda sejarah buat negara Bahrain kerana keajaiban semula jadi yang telah hidup selama 400 tahun.

2. Bahrain World Trade Center, Manama
3. Al Fateh Grand Mosque, Manama
4. Bahrain International Circuit (Fungsi sama seperti Sepang, Malaysia)
5. Barbar Temple
6. Weekend di Pulau Hawar
7. Dolphin Park and show
8. Bab Al Bahrain, Manama.

Kesimpulan


Bagi mereka yang berkemampuan untuk pergi bercuti ke negara yang lebih jauh apa salahnya. Sekali-sekala dapat juga meluaskan pengalaman dalam percutian.