Buka blog tapi tak ada benda nak buat, maka aku godek-godeklah sedikit pasal statistik blog aku yang tak seberapa. Kemudian jumpa pula keyword 'berjalan-jalan ke Bahrain'. Rasa bangga pula nama sendiri adalah nama negara sebenarnya.
Aku tahu pasal kewujudan negara Bahrain ketika aku belajar di sekolah menengah dalam tingkatan kedua. Pada masa itu belajar bahasa arab, sedang belajar ada seorang cikgu ni sebut nama aku ada dalam al-quran yang mempunyai maksud yang tersendiri. Pada masa yang sama cikgu beritahu nama aku ada dalam senarai nama Negara arab antara yang paling kaya di dunia iaitu BAHRAIN.
Maksud Bahrain Ada Tiga:
Arab
Bahrain - dua laut
Melayu & English
Bah - Banjir
Rain - Hujan.
Kebiasaanya, cikgu mesti soal dalam kelas seperti ini:
Negara apa yang banjir dahulu selepas itu hujan?
Sah-sah memang aku dah tahu jawapannya nama aku.
Mata Wang Negara Bahrain
Tak pernah terlintas dalam senarai aku percutian ke Bahrain. Perjalanan sahaja ke sana dah makan masa 8 jam setengah itu belum campur lagi dengan mata wang di sana berbanding dengan mata wang kita.
Mata wang di sana lebih tinggi berbanding di negara kita.
1 Bahraini Dinar - RM 8.77
Bayangkan kalau makan MCD dengan harga BHD 4.90, mahu nak lebih RM32 duit kita. Jangan ingat mata wang Dollar lebih mahal dari kita. Ada lagi yang lebih tinggi daripada mata wang kita, nak-nak pula sekarang mata wang kita jatuh.
Tidak hairanlah, banyak pelancong kita datangnya dari negara arab kerana mereka sangat berkemampuan untuk bercuti di negara kita yang mempunyai mata wang yang lebih rendah.
Bendera Dan Ibu Negara Bahrain
Bendera negara bahrain sangat simple iaitu warna merah dan putih sahaja. Tak tahu pula di sebalik makna bendera tersebut. Ibu negara Bahrain adalah Manama yang merupakan bandar terbesar di Bahrain.
[caption id="attachment_1600" align="aligncenter" width="512"] sumber dari google.com[/caption]
Perdana Menteri Bahrain
Kebanyakan mereka yang menjawat perdana menteri di negara Arab adalah dari golongan keluarga Istana sendiri. Begitu juga dengan jawatan Perdana Menteri Bahrain dari kalangan diRaja iaitu Khalifah bin Sulman al-Khalifah (197- sehingga kini). sumber rujukan dari wikipedia
Tempat Menarik Di Bahrain
Berikut adalah beberapa tempat yang menarik setelah dilakukan carian pada google.com. Banyak yang memberi kata-kata positif dalam percutian ke Bahrain di salah satu laman web forum.
1. The Tree of Life
[caption id="" align="aligncenter" width="560"] sumber dari http://www.vacation-rentals.com/[/caption]
Pokok yang diberi nama kehidupan merupakan oasis hijau. Terletak di tengah-tengah padang pasir. Pokok ini telah dijadikan sebagai mercu tanda sejarah buat negara Bahrain kerana keajaiban semula jadi yang telah hidup selama 400 tahun.
2. Bahrain World Trade Center, Manama
3. Al Fateh Grand Mosque, Manama
4. Bahrain International Circuit (Fungsi sama seperti Sepang, Malaysia)
5. Barbar Temple
6. Weekend di Pulau Hawar
7. Dolphin Park and show
8. Bab Al Bahrain, Manama.
Untuk ketahui lebih lanjut, boleh rujuk di sini
Kesimpulan
Bagi mereka yang berkemampuan untuk pergi bercuti ke negara yang lebih jauh apa salahnya. Sekali-sekala dapat juga meluaskan pengalaman dalam percutian.
48 Comments
Untung nama Nahrain ya..nway kita pernah tulis entry pasal the tree of life tu. Quite menarik actually...
Nice ni... untung ada nama dengan sesuatu yg berkaitan dengan dunia. Lagi best kalau ada seo contest berkata kunci Bahrain...layak untuk menang hihi
tahniah dah jejakkan kaki ke Bahrain, satu pengalaman hebat dan berharga, kongsikanlah lagi...heee
untung nama bahrain.
siap keyword berjalan ke bahrain pun masuk..hehe
Simplenye bendera diorang..tapi mesti ada maksud2 tertentu tu kan..Haha suke2 bah dulu baru hujan..pandai cikgu u buat lawak..
Banjir dulu baru hujan...itu perkara ajaib sebenarnya. Apa agaknya sejarah diberikan nama tuan sebagai Bahrain, teringin juga nak tahu.
Nahrain? sedap pula nama tu.haha saya pun ada terbaca dulu kat blog saudari.
haha, belum tentu menang kalau guna nama sendiri.
haha, nama biasa-biasa je.
memang simple, puas google disebalik warna bendera tersebut tak jumpa-jumpa. cikgu saya memang buat kelakar, almost kalau masuk kelas baru atau jumpa cikgu baru mesti buat soalan yang sama.
tak pasti pula sejarah kenapa di namakan Bahrain. Selama ini pun, tak pernah tanya parent. Agak mungkin terjumpa dalam at-quran, ambil dari nama rakan ataupun memang sengaja ambil dari nama negara.
kena kumpul duit utk pergi ke luar negara yg punya mata wang tinggi
banyak pengalaman serunya ga
hihihi macam kelakar pun ada
ngeh2 wah2 :P untunglah nnt nad try2 cek ada x nama kita pulak ! heeee :)
aku jarang dapat peluang nak keluar negara macam gini. paling kuat pun takat spore je la.
owh baru saya perasan..
bahrin... nama owner blog ni sama dgn kawasan bahrin. seo tu bro :)
teka-teki pasal negara bahrain tu mmg popular dulu..
Lepas tgk kat google map, baru aku perasan yg Bahrain ni xdelah besar mana dan dia terputus dgn negara middle east yg lain. just like singapore...
haha ada part kelakar pulak aku baca artikel ni.
terima kasih kepada mak ayah tu bagi nama yang unik, teringin nak jalan kesana. kalaulah bro boleh jadi pemandu pelancong, kan best :D
simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
kelakar ke?. haha.
ok, cuba try cari, hehe, mana tahu ada ke kan. Tak nama negara, nama bandar pun jadilah.
Singapura aku tak pernah jejak lagi, sekadar tengok dari pinggir johor bahru
bukan bahrin tapi Bahrain. :)
Memang popular dulu zaman saya sekolah rendah.
Memang tak besar mana kira macam pulau yang agak terpinggir.
ada part kalako ke?..haha
Nak jadi pemandu pelancong bukan senang. Penat tu.
bila lagi nak pergi melancong ke bahrain?
mudah mudahan dapat pergi hehe
tuh dia...untunglah nama sendiri dalam keyword... x pasal-pasal boleh belajar sejarah bahrain di sini..eheh
bah + rain...itu memang kelakar..ehehe..aku baru tau teka teki tu..:P
Nanti share pulak makanan femes dengan negara arab tu yea....
INSYA ALLAH. Mudah-mudahan.
Dapat info baru tentang Negara Bahrain
biasanya semua orang dah tahu dengan soalan tu.
Mmg terasa la bangga sket kalo nama kita ni sama dgn nama tempat kan. nama bahrain sama dgn nama negara..nama mak sama dgn nama sebuah lagenda. Punnnn bangga jugek. :)
aah nama pun sama dengan Mahsuri di Langkawi.
tinggi juga nilai matawangnya..
wah.. mahal betul duit bahrain ye... isk2
mahal tak mahal kan.
Boleh JV dengan Bahrai Tourism nih hahaha
Tak mampu den nak ke sana. haha
so, bila lah Bahrain nak ke Bahrain?
hang supportla. haha
Assalam
Subhanallah. Mudah - mudahan ada berkatnya nama negara Timur Tengah itu dengan En Bahrain. Ingat Arabia ingat En Bahrain :)
menarik betul nama Bahrain nie kan.......nama membawa maksud yg pelbagai
Menarik kot. hehe.
Wahhh boleh tahan ekk ingatan bro..leh ingt lagi tu masa tingkatan dua pnya cerita..heje