Showing posts with label maze runner 2015. Show all posts
Showing posts with label maze runner 2015. Show all posts

Friday, 11 September 2015

Maze Runner The Scorch Trials 2015

Movie Maze Runner The Scorch Trials yang ditunggu akhirnya sudah pun berada di pawagam sejak semalam iaitu 10 September 2015. So apa yang best kesinambungan dari The Maze Runner yang pertama?


Kita terjah dulu sinopsis Maze Runner: The Scorch Trials



Sinopsis Maze Runner: The Scorch Trials


Selepas keluar dari The Maze, Thomas and the geng telah di bawa ke satu tempat perlindungan di dalam bangunan. Thomas rasa ada suatu yang tidak kena dalam bangunan tersebut dan Aris kenalan baru di dalam bangunan tersebut telah menunjukkan sesuatu yang tidak di sangka.


Maze Runner The Scorch Trials 2015


Terus Thomas tanpa fikir panjang mengajak geng-geng lain untuk keluar dari bangunan tersebut dan mencari tempat pelindungan lain yang lebih baik.


Berjayakah Thomas keluar dari bangunan tersebut dan berjayakah Thomas and the geng mencari tempat perlindungan lain? Pergi tengok kat wayang kalau nak tahu jawapannya



Review Maze Runner The Scorch Trials


Movie ni ada aksi larian padu dan sedikit menyeramkan walaupun pada permulaannya agak slow skit.


Maze Runner The Scorch Trials


Perkara yang tak di sangka dalam movie ni adalah kewujudan Zombie yang dipanggil dalam movie ni  sebagai Crank. Crank wujud dikatakan berpunca dari masalah alam semula jadi dan kepanasan global.


Thomas salah satu pemuda yang mempunyai imun yang mampu memberi ketahanan kepada mereka yang dijangkiti oleh crank tetapi tahan hanya untuk beberapa bulan sahaja. Penawar masih dalam kajian. Next movie mungkin ada penawarnya berdasarkan tajuk next Movie iaitu The Death Cure.


Babak seram bila mana Thomas and the geng dikejar crank di dalam bangunan yang gelap di tambah lagi dengan babak seram dengan aksi kejar-mengejar di bawah tanah Thomas bersama Brenda.


Perkara yang tak disangka apabila salah seorang dalam geng tersebut mengkhianati dengan memberi lokasi mereka kepada musuh.


So apa kesudahnnya? kena tunggu next movie la jawabnya. haha



Best ke tak Maze Runner: The Scorch Trials 2015 ?

Ada yang memberikan ulasan yang negative dalam movie ini dan kemungkinan mereka terlalu mengharap kesinambungan kali ini terlalu tinggi dan hasil agak meghampakan.  Salah satu blog yang memberikan ulasan negative tentang movie ini adalah AWANI


Tak taulah diorang nak yang best tu macam mana. haha


Bagi pandangan aku sendiri, movie ni totally memang best movie ni walaupun movie ni bersambung. Bagi 4/5 bintang