Movie Maze Runner The Scorch Trials yang ditunggu akhirnya sudah pun berada di pawagam sejak semalam iaitu 10 September 2015. So apa yang best kesinambungan dari The Maze Runner yang pertama?
Kita terjah dulu sinopsis Maze Runner: The Scorch Trials
Sinopsis Maze Runner: The Scorch Trials
Selepas keluar dari The Maze, Thomas and the geng telah di bawa ke satu tempat perlindungan di dalam bangunan. Thomas rasa ada suatu yang tidak kena dalam bangunan tersebut dan Aris kenalan baru di dalam bangunan tersebut telah menunjukkan sesuatu yang tidak di sangka.
Terus Thomas tanpa fikir panjang mengajak geng-geng lain untuk keluar dari bangunan tersebut dan mencari tempat pelindungan lain yang lebih baik.
Berjayakah Thomas keluar dari bangunan tersebut dan berjayakah Thomas and the geng mencari tempat perlindungan lain? Pergi tengok kat wayang kalau nak tahu jawapannya
Review Maze Runner The Scorch Trials
Movie ni ada aksi larian padu dan sedikit menyeramkan walaupun pada permulaannya agak slow skit.
Perkara yang tak di sangka dalam movie ni adalah kewujudan Zombie yang dipanggil dalam movie ni sebagai Crank. Crank wujud dikatakan berpunca dari masalah alam semula jadi dan kepanasan global.
Thomas salah satu pemuda yang mempunyai imun yang mampu memberi ketahanan kepada mereka yang dijangkiti oleh crank tetapi tahan hanya untuk beberapa bulan sahaja. Penawar masih dalam kajian. Next movie mungkin ada penawarnya berdasarkan tajuk next Movie iaitu The Death Cure.
Babak seram bila mana Thomas and the geng dikejar crank di dalam bangunan yang gelap di tambah lagi dengan babak seram dengan aksi kejar-mengejar di bawah tanah Thomas bersama Brenda.
Perkara yang tak disangka apabila salah seorang dalam geng tersebut mengkhianati dengan memberi lokasi mereka kepada musuh.
So apa kesudahnnya? kena tunggu next movie la jawabnya. haha
Best ke tak Maze Runner: The Scorch Trials 2015 ?
Ada yang memberikan ulasan yang negative dalam movie ini dan kemungkinan mereka terlalu mengharap kesinambungan kali ini terlalu tinggi dan hasil agak meghampakan. Salah satu blog yang memberikan ulasan negative tentang movie ini adalah AWANI
Tak taulah diorang nak yang best tu macam mana. haha
Bagi pandangan aku sendiri, movie ni totally memang best movie ni walaupun movie ni bersambung. Bagi 4/5 bintang.
9 Comments
Nice review..
Wah movie ni pun ada kaitan dengan pemanasan global ye?kreatif..
lebih kurang macam tulah. :D
memang kaki wayangla awok nk ye? kepada yg berkesempatan mohle ke pawagam berhampiran
hehe, aah sis. memang kaki wayang. :D
bagi aku, cite maze ni dah kira best la.
bukan senang orang nak buat cerita pasal lari-lari nih.
Filem ni ada peminatnya sendiri. Ramai je yang bagi review positive pasal citer ni
boleh cuba pi tengok la nanti
saya baca novel ni dulu. dengar cerita jalan cerita filem lain sikit. tak sabar keluar brrip. hoho