Beberapa hari yang lepas saya bersama mak dengan adik beradik yang lain telah pergi ke Ho Chi Minh City Vietnam. Ini first time saya dengan adik beradik pergi ke Vietnam manakala mak saya sudah tiga kali ke Vietnam.
maaf gambar tak ada disebabkan pemindahan blog.
Siapa yang tak seronok kalau dapat pergi ke Vietnam kan?
Destinasi kami ke Vietnam adalah di Ho Chi Minh City yang merupakan bandar terbesar di Vietnam dan ibu negara kepada Vietnam adalah Hanoi. Tujuan kami ke sana tak lain tak bukan ialah bershopping. :D
![]() |
sumber gambar dari google |
Perjalanan dari Kl ke Ho Chi Minh City mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit dengan menaiki penerbangan Air Asia.
Kami bergerak dari Kl ke Ho Chi Minh City dalam pukul 2.00pm dan sampai ke sana pukul 5.oopm. Waktu di Vietnam lambat satu jam dari waktu Malaysia lebih kurang macam waktu di Indonesia.
Penginapan dan Makanan di Ho Chi Min City Vietnam
Kami menginap di Hotel Hoang Hai Long 2 selama 3 hari 2 malam. Kawasan di situ senang nak cari makanan yang halal, dekat dengan kawasan membeli belah dan tempat tersebut adalah sangat popular di kalangan pelancong Malaysia. Boleh cari hotel tersebut yang berada di District 1.
Hotel yang kami book ni pun ada menyediakan serapan dan makanannya halal tapi kami ragu-ragu pula so kami tak serapan kat hotel tersebut. Kami mengambil keputusan untuk serapan di kedai yang berhadapan dengan hotel kami.
Banyak restaurant yang menyediakan makanan halal seperti kedai Hjh Basiroh (ada aircond), Kedai Hj Osman dan kedai 1 Malaysia.
Cumanya, makanan halal agak mahal di sana contohnya makan nasi goreng sahaja dah dikenakan RM 8. Dah sampai Vietnam korang mesti kena minum kopi susu ais, memang terbaik punya minuman. :D Minuman paling popular kat sana. Rugi kalau tak try.
Biasanya, kami selalu makan kat restaurant Hjh Basiroh walaupun mahal tapi makanannya boleh tahan sedap siap ada aircond lagi. :D Jangan lupa makan kuih bingka ubi kayu dan juga mertabak kat Hjh Basiroh sebab memang sangat sedap!.
Sekali makan pasti nak lagi sebagai pembuka selera siap kami minta bungkus 2 kek kuih bingka untuk dibawa pulang ke Malaysia dengan harga 1 kek bingka RM38.
Tempat Shopping yang best di Ho Chi Minh City Vietnam
Banyak tempat menarik untuk shopping kat sana tetapi sebelum itu bagaimana dengan mata wang kat sana?
Ok, pasal mata wang kat sana korang jangan risau sebab kebanyakkan kedai di sana menerima mata wang Malaysia iaitu RM ataupun dollar USD nak pakai mata wang Vietnam (Dong) pun boleh.
Cumanya, korang just tukar mata wang ke Dong dengan jumlah yang sedikit sahaja untuk tambang teksi nanti dari airport station ke tempat penginapan korang di Vietnam nanti.
Ben Thant Market
Tempat ini berada di kawasan yang berada di dalam bangunan dan penuh dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti kain, cenderamata, pelbagai kopi, baju, seluar jeans, selipar dan banyak lagi. Ada pasar basah dalam bangunan tu juga tapi tak banyak.
Cuma nak beritahu pandai-pandailah korang minta tawar sampai harga murah yang berbaloi dengan harga yang korang nak beli. Jangan terima je harga yang diberikan kadang-kadang harga yang diberikan tidak masuk akal.
Pada waktu kemuncak dalam pukul 5pm atau 6pm dalam Ben Thant ramai peniaga mengambil inisiatif mendesak pembeli untuk membeli barangan dengan cara memegang tangan atau memeluk badan korang.
Peniaga kat sana pandai cakap bahasa Melayu. Bila kita minta dengan harga kita pandai peniaga sana cakap 'terkejut gila ' :D ada yang cakap 'abang sayang'. Trick peniaga sana nak menarik perhatian kita untuk beli barangan mereka di sana. :D
Dekat sini je dah nak cecah RM300 saya belanja siap kopi pun beli. Harga mahal sedikit dari Night market.
Night Market
Night market yang berhampiran dengan Ben Tanth ni lebih kurang macam pasar malam di Malaysia tapi lebih bersih di Night market Ho Chin Minh City dengan pelbagai barangan seperti di Ben Tanth dan harga pun lebih murah dari barangan Ben Tanth.
Di night market, banyak yang kami beli antaranya kami beli baju sukan pelbagai jenama seperti adidas sebab design baju sukan kat sana sangat cantik dan murah.
Saigon Square pun dikatakan antara tempat famous untuk shopping tetapi harga susah nak tawar menawar dan ada yang fixed price. So, kami tak pergi ke sana.
Kesimpulan Di Ho Chi Minh City Vietnam
Rasanya itulah saje la yang saya dapat kongsikan dengan korang tentang pengalaman berada di Ho Chi Minh City Vietnam.
Bandar yang penuh sesak dengan penduduk kemudian penduduk sana banyak meenggunakan kenderaan motorsikal dengan memakai kopi kaledar comel ala kura-kura serta memakai mask.
Orang kat sana makan kalau diperhatikan hanya makan nasi ber-sup campur dengan sayur-sayuran so no wonderlah kulit diorang cantik dan flawless serta kurus.
Kalau korang rasa nak bercuti pastu nak shopping sekali bolehlah pergi ke sini Ho Chi Minh City Vietnam. Kalau korang nak shopping beli kain-kain rasanya better pergi Jogjakarta sebab kain batik sana sangat cantik dan murah. :D
Korang ada pengalaman di Ho Chi Minh City Vietnam? Bolehlah kongsi di bahagian komen di bawah.