Sunday 21 September 2014

Soalan Bocor Tapi Tak Cemerlang Juga

Akhirnya telah tertangkap beberapa orang cikgu bagi membantu kes soalan bocor UPSR beberapa hari yang lalu. Semoga cikgu berkenaan dapat memberi kerjasama dan dikenakan hukuman yang setimpal jika disabitkan kesalahan. So, lepas ini diharap pada masa akan datang tidak ada lagi cubaan berani membocorkan soalan dengan sewenang-wenangnya.

Sudahlah membebankan pelajar yang menduduki UPSR malah guru-guru dan ibu bapa juga resah dengan keadaan macam ini memandangkan kebocoran soalan secara umum adalah kali pertama terjadi di Malaysia.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Jangan Sangka Soalan Bocor Akan Beri Keputusan Cemerlang


Tapi soalnya bukan isu cikgu yang membocorkan soalan ini, tapi berkenaan dengan soalan memang dah bocor tapi pelajar tetap tak cemerlang.
Korang pernah mengalami seperti itu atau kawan-kawan korang mungkin mengalama situasi sama juga?

Tak kiralah soalan ujian biasa bulanan, kuiz dan peperiksaan percubaan. Cikgu dah bagi soalan bocor yang sendiri korang dah sedar tapi korang tetap keputusan yang sama.

Cikgu Takkan bagi soalan direct


Kadang-kadang cikgu/pensyarah dah bagi soalan bocor dengan memberi gambaran tentang soalan tersebut dengan menambah beberapa soalan yang tidak masuk dalam exam.

Cikgu/pensyarah tak akan bagi soalan secara direct, mereka sebagai pengajar pasti akan memberi pilihan seperti contoh 6 bab/tajuk daripada 12 bab dalam buku teks dan hanya 4 bab/tajuk sahaja yang masuk dalam exam makanya pelajar perlu membaca kesemuanya 6 bab/tajuk tanpa membaca keseluruhan buku teks. Senangkan dapat macam pengajar macam itu?

Kalau pelajar malas memang akan baca hanya 4 bab sahaja tanpa membaca 2 bab yang lain hasil rumor rakan lain yang mengatakan 4 tajuk ini berpotensi masuk exam.

Kalau pelajar rajin memang akan baca 6 bab yang diberi malah lagi advance membaca beberapa bab yang lain kerana ditakuti pengajar tersebut hanya trick pelajarnya.  Takut lain masuk, lain keluarnya dalam exam nanti. Maka dari situ, pelajar ini membuat persediaan rapi menghadapi exam.


SOALAN BOCOR yang diberikan oleh pengajar tidak mampu memberikan pelajar keputusan yang cemerlang kalau tak ada USAHA. Dah bagi soalan bocor tetapi masih lagi dengan keputusan yang sama dan bagaimana pula jika tidak ada soalan bocor yang diberikan? Pasti keputusan lebih teruk dari biasa.

Pada pelajar yang malas or sedang-sedang je, nak tak nak USAHA tu kena ada walaupun korang dapat soalan bocor. Jangan ingat korang boleh senang-lenang, kadang-kadang pengajar sahaja trick pelajar nak tahu sama ada study yang lain atau pun tidak. Jangan sampai terganga mulut sambil menggaru kepala menjawab exam nanti. LAST, jangan percaya sangat pada rumor-rumor soalan bocor dari rakan-rakan korang.

37 Comments

Dulu pernah ditarget soalan yang bakal keluar, Alhamdulillah result ok sangat. Tapi itu target sendiri jew bukan bocor. Kalau bocor, sepatutnya cemerlang gemilang la kan ^_^

Soalan dalam kubur, dah lama bocor, belum tentu kita pun boleh jawab dengan lancar.

Nak tak nak..kena study maa..

Baru puas hati dengan result sendiri.

Sangat setuju. Ingat je dulu masa belajar bab ni smpi sini tapi takde pun berubah. yang penting usaha. Start dari awal, masa dlm belajar dan latihan In sha Allah

Main target-target soalan ni pun bahaya gak tapi ikut nasiblah. kalau mengena tu kira rezeki kalau tak masuk memang malang la jawabnya

Betul, soalan yang sudah lama bocor.

hehe, sama je perubahan, lain orang lain nasibnya. Bukan rezekikan masa tu nak tak nak masa dulu sebenarnya kena usaha banyak je.

Ibarat duit banyak tapi tak pernah cukup... hasil pembelajaran tu mcm tak berkat je kan... wallahualam..

Cemerlang hanya pada keputusan periksa tetapi dalam hidup pasti akan gagal. Allah itu maha adil!

dulu kat universiti lecturer pun ada juga bagi sikit2 soalan bocor, pun takleh score juga. hahah

SURUH BUAT OPEN BOOK TEST AJE KAN SENANG.. :)

Macam- macam hal tahun nih.. . Harap kementerian dapat lakukan sesuatu agak tidak berulang lagi..

Huhu ... apa2 sekali pun, sesuatu yang kita usahakan secara betul, hasilnya lebih berkat dan memuaskan. Sudah banyak kes pelajar yang biasa2 sahaja dapat 5A kerana soalan bocor ni. Berjaya ke sekolah kluster, SBP etc tapi duduknya tak sampai 3 bulan sudah kena tendang sebab ternyata tak layak pun.

sedih dengan soalan bocor
lagi sedih bila semangat dan usaha turut bocor

yang pastinya kene belajar bersungguh, baru faham dan tahu tentang semua perkara, dari sasarkan soalan dan hafal jawapan

Sudah seharusnya belajar lebih baik, untuk hasil baik! Salam!

memang setuju sangat ni, yg penting kena usaga sungguh2.

memang banyak menyusahkan bila soalan bocor. Usaha sendiri lebih baik dan puas hati

Tadi baru baca n komen kat satu blog sorang cikgu ni pasal soalan bocor ni... tapi betulla... soalan bocor tapi tak cemerlang juga, sebab kalau ramai budak dapat 5a hasil soalan bocor ni pon, hanya meningkatkan kuantiti je... kualiti budak2nye tahap tu jugak la kan?

Contoh mudah lah nak bagi ni. Soalan bocor dah lama bagi untuk jawab dalam kubur nanti tapi ramai jugak yang tak boleh jawab dengan cemerlang. Hehehehe

Kena study bru betul etika seorg pelajar...lagipun, kita belajar bukan nk lulus upsr jer..kn?

semoga lepas2 ni takkan jadi lagi perkara sebegini.
kesian sgt kat budak2

haah.. lainla kalo cikgu tu memang sebijik-bijik kasi soalan bocor untuk exam, barula boleh score hehehe, mcam penah ku alami dulu (-,-)

Dulu spm memang selalu target soalan apa yg keluar...nasib baik semuanya ok..

Zaman sekolah memang famous buat soalan target.

Hehe sebab tak berkat kot? :p Yang penting study jelah dengan ikhlas ye

Susah-susah next time exam, biarlah open book aje..

Inilah akibatnya kalo sistem pendidikan terlampau mengejar A jer. Benda nie macam dadah gak, kalo xder permintaaan xder la tawaran.

budak2ni kalau cakap "mungkin" keluar final...tetap xbelajar... kalau cakap "sure" baru study

Ye la kot, mungkin boleh jadi. :D

haha, boleh juga, kalau tak lulus juga teruk juga tu. :D

Pelajar suka kalao perkara yang akan kuar exam, kalu mungkin tu biasa budak study last2x minute. :D

baru baru ni masuk berita guru guru tersebut tak bersalah...tapi apa menyebabkan org jadi desperate sgt nak bocorkan soalan upsr?

mungkin definasi pelajar cemerlang zaman sekrang ni cuma bertumpu pada kejayaan peperiksaan sahaj, sedangkan akhlak tidak dititik berat, kebolehan kerkominikasi, bersosial..dll.. wallahualam

Saat ini sudah sangat sering terjadi soal-soal ujian bocor kepada guru maupun siswa. Hasil ujian semata-mayta saja yang dikejar tanpa memikirkan budi pekerti siswa.