Showing posts with label perniagaan. Show all posts
Showing posts with label perniagaan. Show all posts

Wednesday, 16 October 2019

Macam Mana Nak Mulakan Perniagaan?

Nak mula berniaga? Follow ini dulu :

Macam Mana Nak Mulakan Perniagaan?
sekadar gambar hiasan

Langkah Mudah Mulakan Perniagaan



1 - Daftar perniagaan anda di SSM. Kosnya sekitar RM 60 ke atas. Letak nama untuk jangka masa panjang, jangan spesifik, contohnya Syafiq Cendol. Nanti tiba-tiba nak berniaga benda lain, nama tu dah tak sesuai. Letak la Syafiq Terus Maju Gemilang Enterprise. Sekadar cadangan.

2-  Buka akaun bank. Jangan kedekut nak letak deposit. Jangan fikir nak guna akaun simpanan sedia ada. Akaun semasa adalah khas untuk berniaga. Jangan campur aduk duit bisnes kejap masuk simpanan, kejap masuk semasa.

3- Berniaga kena ada catatan. Duit masuk duit keluar semua kena rekod. Resit kena ada dan failkan. Jadi orang yang berkira-kira. Sebab apa? Sebab tujuan utama berniaga nak cari keuntungan. Macam mana nak tahu untung ke tak kalau kau tak urus betul-betul. Silap haribulan kena tambah modal. Untung entah ke mana.

4- Setiap bulan buat rumusan jualan. Kira stok kira hutang pemiutang & semak samada ada ketirisan atau tidak. Dari rumusan kau boleh nampak hala tuju bisnes tu. Nak buat loan ke, nak tambah staf ke, nak kurangkan had hutang kepada pelanggan ke, semua boleh berdasarkan rumusan ni.

5- Cukup tahun, kira la zakat perniagaan. 2.5% bukan hak kita. bayar zakat ke pusat zakat. Dapat resit, simpan untuk rebate cukai pendapatan pulak. Habis tahun, cari akauntan untuk uruskan ke LHDN. Bayar upah akauntan & bayar cukai jika kena bayar.

6- Apa lagi nak ajar? Ini langkah-langkah paling mudah dan ringkas dah. Kena buat, kena ikut, kalau tidak, memang sampai sudah korang takkan tahu berapa untung berapa rugi, berapa zakat & cukai kena bayar.

boleh rujuk di fb ini Syafiq Suhaimi & CO.

Sunday, 7 April 2019

Sejarah kebangkitan Bank Islam Selepas Hampir Muflis

Siapa yang ikuti laporan kewangan untuk tahun ini, banyak syarikat di senarai awam, agensi hatta GLC kerajaan termasuk Khazanah mencatatkan prestasi kewangan yang lemah dan mengalami kerugian...

Dalam banyak-banyak GLC dan Syarikat di senarai awam, hanya satu Syarikat perbankan yang mencatatkan keuntungan melebihi RM 1 billlion buat kali pertama bagi tahun kewangan 2018, malah telah mencatatkan keuntungan paling tinggi dalam sejarah penubuhan, nak tahu Syarikat apa? Iaitu BIMB (Bank Islam)...

Tahun kewangan yang lepas Bank Islam mencatat keuntungan lebih RM 700 juta dan pendapatan dividen 37 sen sesaham, manakala, tahun ini 2019 diumumkan keuntungan RM 1.07 billion bersamaan dividen 40 sen sesaham...

Mungkin ramai tidak mengenali siapa arkitek di sebalik prestasi kewangan dan pemulihan Bank Islam... Siapakah dia? Dia adalah Datuk Seri Zukri Samat yang hari ini dilantik sebagai CEO Tabung Haji... Bayangkan Tabung Haji ada kepentingan dalam Bank Islam, tetapi prestasinya berbeza...


Datuk Seri Zukri Samat

Siapa yang ikuti sejarah Bank Islam... Mungkin ramai yang pasti terkejut dengan prestasi Bank Islam, pada tahun 2005 dan 2006... Bank Islam telah mencatatkan kerugian terkumpul lebih RM 1.8 billion... pada tahun 2005 sebanyak RM 500 juta manakala pada tahun 2006 sahaja Bank Islam kerugian RM 1.3 billion... Bank Islam boleh dikatakan hampir muflis atau berkubur seperti Bank Bumiputera...

Ketika itu ramai dari pendeposit... Pelabur yang lari dari Bank Islam... Dan ketika itu lah datangnya Datuk Seri Zukri Samat memperkenalkan pelan pemulihan Bank Islam... Dia dilantik CEO Bank Islam... Ketika Itu Bank Islam dibebani dengan masalah hutang tidak berbayar NPL...

DS Zukri ini ada pengalaman memulihkan syarikat bermasalah, kerana dia datang dari Syarikat Danaharta yang hari ini dikenali sebagai Prokhas yang diletakkan di bawah MoF... Kejayaan Danaharta dahulu memulihkan aset dan Syarikat bermasalah mendapat pujian Bank Dunia... Dan wakil Bank Dunia sendiri tidak mempercayai model pemulihan itu diterajui oleh anak Melayu Muslim... Orang Malaysia...

Jadi tidak hairan lah aset-aset, dan semua instrumen kewangan Tabung Haji yang bermasalah hari ini diletakkan di bawah SPV... Sememangnya itulah kepakaran dan latar belakang CEO Tabung Haji hari ini... Malah Pengarah dan CEO dalam Prokhas itu sendiri mereka pernah bersama dalam Danaharta...

Siapa yang memahami sejarah bagaimana Bank Islam dipulihkan sehingga mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah Bank Islam... Mereka pasti yakin dengan prestasi kewangan Tabung Haji... Hari ini mereka boleh gelak, ketawa dan sinis bila CEO Tabung yang sama mengumumkan dividen hanya 1.25%, iaitu dividen terendah dalam sejarah Tabung Haji...

Dan aku yakin... Masalah Tabung Haji tidak lah sebesar Bank Islam.. Kalau lah Tabung Haji ini sebuah Syarikat disenarai awam... Dah lama aku menambah pelaburan dan saham Tabung Haji di Bursa Saham...

Dengan latar belakang CEO Tabung Haji hari ini dan sejarahnya memulihkan Bank Islam... Tidak mustahil suatu hari nanti, Tabung Haji pula akan mencatat keuntungan dan dividen (Hibah) tertinggi dalam sejarah...