Showing posts with label pkp. Show all posts
Showing posts with label pkp. Show all posts

Saturday, 20 June 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Intipati khas untuk PKPP iaitu Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan 

1. Task Force Operasi Pematuhan

- 69,119 pemeriksaan telah dilaksanakan bagi memantau & menguatkuasa pematuhan SOP PKPP manakala pada 17 Jun 2020 sebanyak 72,333 pemeriksaan telah dilaksanakan

- 3,821 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan melibatkan 16,360 anggota & 3,670 pasukan dengan 16,584 anggota pada hari sebelumnya
 
- PDRM telah menahan 15 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 7 daripadanya direman, 3 diberi jaminan polis & 5 telah dikenakan kompaun

- Antara kesalahan ingkar arahan PKPP pada 17 dan 18 Jun 2020 termasuk aktiviti di pusat karaoke dan hiburan keluarga (5 kes) aktiviti di pub dan kelab malam (25), aktiviti refleksologi atau urut (10) dan aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial (77)

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Terus Patuhi PKPP


2. Kawalan Sempadan Negara

-  Dari 1 Mei sehingga semalam, seramai 910 PATI dan 158 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama lorong-lorong tikus. Turut ditahan 21 individu yang disyaki penyeludup serta 18 buah kapal

- PDRM telah membuat 70 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara berbanding 68 sekatan jalan raya pada hari sebelumnya & memeriksa 42,202 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus

- PDRM telah berjaya menahan 26 warganegara asing semalam dan 9 lagi pada hari sebelumnya di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen
 
- Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyeludupan masuk PATI

3. Kuarantin Wajib

- Dari 10 sehingga 18 Jun 2020, seramai 3,303 orang telah pulang ke tanah air melalui pintu KLIA. 3,289 daripadanya telah diperintahkan untuk menjalani home quarantine dan 14 orang lagi telah dibawa ke hospital

- Pada 17 Jun 2020, seramai 429 orang telah tiba di KLIA dari UAE, Qatar, Hong Kong, Maldives, China, Indonesia & Brunei. 428 individu telah diperintahkan menjalani home quarantine manakala 1 individu dibawa ke hospital

4. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

- Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 8,633 operasi sanitasi merangkumi 134 zon & 8,360 operasi pada hari sebelumnya di 133 zon
 
- Semalam, 94 operasi sanitasi meliputi 60 Zon di 13 buah negeri antaranya Sarawak (22), Sabah (12) & Perak (7)

5. Hal Ehwal Imigresen

- Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju pada 17 Jun 2020 pembentangan berkenaan kemasukan rakyat asing ke Malaysia

- Bagi ekspatriat Kategori EP1, Professional Visit Pass dan Residen Pass Talent yang melibatkan pengurusan tertinggi seperti Pengarah Urusan Syarikat, mereka dibenarkan untuk masuk ke Malaysia dengan tanpa perlu memohon kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terlebih dahulu

- Mereka perlu menjalani saringan COVID-19 di negara asal sebelum berlepas ke Malaysia atau menjalani saringan sejurus tiba di pintu masuk negara

- KKM sedang memperhalusi senarai negara Zon Hijau, yang mana individu yang bertolak dari negara di senarai Zon Hijau tidak perlu menjalani proses kuarantin wajib 14 hari. Namun, mereka perlu memuat turun dan menggunakan Aplikasi MySejahtera untuk proses pemantauan

- Bagi mereka yang berada di negara bukan Zon Hijau, mereka perlu menjalani home quarantine 14 hari

- Bagi ekspatriat Kategori EP2 dan EP3 pula, Jabatan Imigresen Malaysia sedang membuat pertimbangkan bagi proses kemasukan semula ke Malaysia

- Bagi pakar teknikal asing yang diperlukan untuk kerja-kerja membaiki mesin, kapal dan lain-lain, mereka perlu memohon Professional Visit Pass melalui Expatriate Services Division (ESD) Online terlebih dahulu.

- Mereka perlu menjalani saringan COVID-19 di negara asal ataupun di pintu masuk negara dan memuat turun aplikasi MySejahtera untuk proses pemantaun. Bagi mereka dari Zon Hijau, mereka tidak perlu menjalani proses kuarantin wajib 14 hari

- Kerajaan bersetuju untuk beri kebenaran masuk kpd warga Singapura (yg menetap di Singapura sahaja) & warga Brunei (yg menetap di Brunei sahaja) untuk masuk pintu sempadan negara tanpa perlu membuat permohonan kpd JIM & tidak perlu menjalani saringan COVID-19 & home

- Walaubagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada kelonggaran sama diberikan kepada rakyat Malaysia oleh Kerajaan Singapura & Brunei (dasar timbal balik) serta perbincangan lanjut Kementerian Luar Negara (Wisma Putra) bersama rakan sejawatnya

- Pelawat asing bagi tujuan medical tourism perlu melalui KKM dan mendaftar dengan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) serta menjalani saringan COVID-19 di negara asal atau setibanya di Malaysia

- Mereka tidak perlu dikuarantin wajib dan perlu dibawa terus ke hospital. Mereka juga dibenarkan untuk membawa seorang penjaga bersama dan perlu memuat turun aplikasi MySejahtera

- Pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara tidak perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Mereka hanya perlu mengemukakan bukti pendaftaran pengajian di kaunter imigresen di lapangan terbang

- Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai keperluan untuk ke luar negara atas urusan kecemasan ataupun perniagaan, mereka perlu mengemukakan bukti dokumentasi kepada pegawai imigresen di lapangan terbang.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Jangan salah guna kebebasan


6. Sukan Air Kolam Renang

- Kerajaan memutuskan untuk membenarkan pembukaan sektor sukan air dalam kolam renang untuk aktiviti latihan tanpa sentuhan fizikal (non-contact training)

- Aktiviti latihan renang (termasuk terjun dan menyelam) dibenarkan di kolam renang mengikut sesi ditetapkan dan dihadkan jumlah orang pada satu-satu sesi mengikut kapasiti kolam renang untuk:

i) Atlet Kebangsaan, Negeri dan perenang Kelab dan Akademi Renang dalam program-program latihan tertentu

ii) Peserta/perenang dalam program-program latihan berperingkat (seperti program learn to swim)

- Atlet/peserta dalam aktiviti latihan renang perlu mematuhi semua SOP Sektor Sukan & Rekreasi antaranya:

i) Pendaftaran aplikasi MySejahtera
ii) Penjarakan sosial 3 hingga 5 meter semasa aktiviti latihan di dalam kolam renang

iii) Meninggalkan premis/tempat latihan secepat mungkin selepas aktiviti latihan

iv) Aktiviti renang dilakukan di dalam kolam yang standard untuk latihan dan pertandingan

v) Pastikan pengguna terlebih dahulu membersihkan diri sebelum menggunakan kolam

- Antara SOP Am Pengurusan yang perlu dipatuhi oleh Operator Kolam Renang pula adalah: 

i) SOP Dalaman yang bersesuaian

ii) Kawalan had jumlah perenang di dalam kolam renang dan di bilik mandi/persalinan

iii) Operator kolam juga perlu memastikan ujian tahap klorin dalam kolam renang dilakukan setiap 2 jam operasi bagi memastikan tahap klorin pada tahap optima mengikut piawaian KPKT & KKM
 
iv) Pembukaan Kolam Renang untuk aktiviti latihan sukan berkuatkuasa (25 Jun 2020)

- Operator kolam renang, kelab dan akademi renang untuk membuat pendaftaran notifikasi pembukaan kolam renang dengan MITI di laman web http://NOTIFICATION.MITI.GOV.MY untuk tujuan pematuhan kepada SOP dan pantauan oleh KBS

- Kerajaan bersetuju untuk membenarkan kolam renang di tempat terkawal seperti kolam renang persendirian di kediaman dan gated community dan kolam renang awam di hotel dan kelab rekreasi

- Namun, kebenaran ini tertakluk kepada SOP Kolam Renang dan antara syarat yang perlu dipatuhi adalah menyediakan petugas untuk memastikan jumlah pengguna kolam renang terkawal.

7. Kerajaan membenarkan aktiviti promosi jualan di ruang legar pusat membeli belah dibenarkan tertakluk kepada SOP yang ditetapkan

8. Kerajaan bersetuju untuk meminda SOP Restoran dan Kedai Makan untuk membenarkan semua Restoran dan Kedai Makan untuk beroperasi dengan kapasiti penuh.
 
- Namun, bilangan pelanggan di meja bergantung kepada keluasan meja dan perlu mematuhi penjarakan sosial.

9. Warga asing tinggal melebihi had masa

- Seperti dimaklumkan sebelum ini, mereka boleh pulang ke negara asal dgn syarat menunjukkan tiket penerbangan sewaktu di lapangan terbang & jika ingin tinggal lebih lama di Msia mereka perlu ke Jabatan Imigresen untuk memperbaharui visa

10. Kelonggaran untuk mengadakan majlis tamat latihan perajurit muda seperti di KD Sultan Ismail

- Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Kerajaan telah memberikan kebenaran untuk mengadakan sebarang majlis/kursus dengan syarat maksimum kehadiran adalah seramai 250 orang.

Saturday, 2 May 2020

Kenapa Kerajaan Ingin Melaksanakan PKPB Bermula 4 Mei?

Salah satu sebab kerajaan melaksanakan PKPB bermula Isnin, 4 Mei ini kerana mahu menyelamatkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat yang telah kehilangan sumber pendapatan.

Dianggarkan RM2.4 bilion kerugian sehari di Malaysia sejak PKP pertama dikuatkuasakan (18 Mac) dan kerugian sehingga kini dianggarkan sekitar RM63 bilion.

Perutusan khas dari Perdana Menteri Malaysia

Malaysia Di Jangka Kerugian Lebih RM35 Billion Sekiranya PKP Diteruskan


Jika PKP diteruskan dalam tempoh sebulan lagi, Malaysia dijangka kerugian RM35 bilion dan menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion.

Ini sudah tentu memberi kesan sangat besar kepada kesejahteraan rakyat kerana pemulihan ekonomi mengambil masa yang lama.

Dalam mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID-19, maka kerajaan perlu bersetuju untuk melaksanakan PKPB tetapi secara berhati-hati dan terkawal.

Sektor yang dibenarkan beroperasi telah diperhalusi dab mereka perlu bertanggungjawab untuk mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan KKM.

Kejayaan proses pemulihan ini banyak bergantung kepada diri kita sendiri. Tanggung jawab kita sendiri untuk mematuhi semua langkah-langkah pencegahan dan telah membiasakan diri dengan norma-norma baharu dan menjadikannnya sebagai gaya hidup seharian.

Adalah menjadi tanggung jawab kerajaan untuk membebaskan negara daripada virus ini dan masa yang sama memastikan ekonomi terus kukuh.

Tugas kita sebagai rakyat pula ialah mematuhi semua SOP bagi anda yang akan mula bekerja Isnin ini dan jika tidak terlibat, duduklah saja di rumah. Jangan ke sana ke sini. Memutuskan rantaian COVID-19 kini ditangan kita. Laksanakan tanggungjawab kita. Patuhi PKP, jangan ingkar.

9 SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Beroperasi 4 Mei 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membolehkan operasi beberapa sektor ekonomi dibuka semula bermula 4 Mei.

9 SOP ini perlu dipatuhi semua pihak terlibat termasuk kita sebagai pengguna.


1. Amalan jarak sosial yg selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter;

2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau
menggunakan hand sanitiser;

3. Penggunaan topeng muka dan hidung (facemask);

4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis;

5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU;

6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;

7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial;

8. Menggalakkan transaksi secara atas talian (online), dan

9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19.

Sama-sama kita mencegah

Perjalanan pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan termasuk untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Kebenaran perjalanan hanya diberi jika terdapat keperluan penting seperti SOP sebelum ini :PM @MuhyiddinYassin

Norma baharu khas buat pekerja awam

Kesimpulan Tentang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 


PKP bersambung, rakyat complaint - takde keje, duit habis. Buat PKP Bersyarat pun complaint.

Keluar sorang. Naik grab nak gi keje. Rakyat complaint pasal duit kena keluar lebih. Bini complaint laki tak pandai beli barang. Now dah slow2 bagi keje. Complaint pulak cakap takut. Dah bagi pergi berdua, kau bawak keluar satu rumah pulak.

Sebenarnya yang problemnya ni kita ni sebagai rakyat. Letaklah pemimpin bagus camne pun. Policy bagus camne pun, selagi rakyat sendiri tak faham tanggungjawab sendiri, memang hancur lah.

Kerajaan bagi kelonggaran bekerja.
So, ko gi keje terus balik.
Kat tempat keje, buat keje je.
Bukan suruh berkumpul berbual membawang.

Gi kedai keluar berdua. Laki tukang drive je.
Bini sorang masuk kedai. Bukan dengan laki sekali beratur masuk kedai.

Daycare dibuka.
Tu untuk bantu mak ayah yang bekerja yang complaint takde orang nak jaga anak time keje. Rasa risau anak takde social distance, tak selamat.

Mintak tolong jiran. Upah jiran jaga anak.
Kedai makan dah bukak bukan maksud kau boleh lepak mamak sampai sahur.

PKP tetap berjalan.
Kelonggaran dah dibagi.
Bukan maksud kau boleh keluar tanpa keperluan yang penting.

Kita jaga kita?
Haaa jaga perangai masing-masing dulu.
Jangan tunjuk sangat macam dah bertahun kena kurung dalam gua tak nampak dunia.

Wednesday, 8 April 2020

Sakit Gigi Ketika Musim Wabak COVID-19

Bagaimana jika anda sakit gigi ketika musim wabak COVID-19 ini?

Umum mengetahui sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, klinik pergigian tetap beroperasi seperti biasa.

Namun bagi mengurangkan risiko penyebaran virus corona ini, klinik pergigian menghadkan penerimaan pesakit hanya kepada kes-kes kecemasan pergigian sahaja.

Sakit Gigi Ketika Musim Wabak COVID-19
sekadar gambar hiasan

Apa yang dimaksudkan dengan masalah pergigian kecemasan?


  • Sakit gigi yang teramat sangat sehingga mengganggu tidur serta aktiviti harian.
  • Jangkitan pada gigi sehingga menyebabkan gusi serta muka bengkak (abscess dan facial cellulitis).
  • Kemalangan sehingga menyebabkan gigi atau tulang rahang muka anda patah.
  • Dawai braces tercabut sehingga menyucuk pipi/gusi.
  • Crown/bridge/gigi palsu patah sehingga mengganggu fungsi makan. 

Bagi anda yang mengalami sakit gigi yang tidak begitu serius dan masih boleh ditahan, anda boleh amalkan langkah-langkah berikut bagi membantu meredakan kesakitan yang dialami serta membantu anda untuk sekurang-kurangnya bertahan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan ini berakhir bagi membolehkan anda pergi ke klinik gigi bagi mendapatkan rawatan.

Langkah Meredakan Kesakitan Gigi



  • BERUS GIGI BERSIH-BERSIH terutama pada bahagian gigi yang sakit tersebut (biasanya gigi berlubang/rosak teruk). Pastikan tiada sisa makanan yang berkumpul di kawasan itu. Pengumpulan sisa makanan inilah sebenarnya yang menjadi punca utama gigi yang berlubang tersebut terasa sakit kerana aktiviti kuman secara langsung terhadap saraf gigi. 
  • Floss/benang gigi juga boleh digunakan sebagai tambahan bagi mengeluarkan sisa makanan terutama di celah-celah gigi untuk mengurangkan gejala rasa sakit.
  • Anda juga boleh berkumur-kumur dengan air suam yang dicampur dengan sedikit garam. Mahu berkumur-kumur dengan ubat kumur seperti Oradex atau Oral B juga boleh. Langkah ini bagi membantu membasmi kuman yang berada di celah-celah gigi dan pada lubang gigi yang tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh berus gigi.
  • Tuam pipi anda pada bahagian yang sakit dengan menggunakan ketulan ais (cold compress). Langkah ini juga boleh membantu anda mengurangkan rasa sakit yang anda alami buat sementara waktu.
  • Makan ubat penahan sakit (pain killer) dan kemudian tidur/berehat. Antara ubat tahan sakit yang boleh anda beli di farmasi tanpa preskripsi doktor adalah seperti Panadol, Ponstan, Voltaren serta Ibuprofen. Ini dapat membantu meredakan rasa sakit anda buat sementara waktu.


Namun, jika kesakitan anda semakin bertambah, diikuti dengan gejala demam atau bengkak pada gusi serta wajah, anda dibenarkan untuk pergi ke klinik pergigian yang berhampiran bagi mendapatkan pemeriksaan serta rawatan lanjut walaupun Perintah Kawalan Pergerakan masih belum tamat. Ini kerana kes anda sudah termasuk dalam kategori kes pergigian kecemasan.

JANGAN SESEKALI MENCUBA PETUA YANG BUKAN-BUKAN KERANA DIKHUATIRI DAPAT MENYEBABKAN KESAKITAN SERTA KEROSAKAN GIGI ANDA MENJADI SEMAKIN PARAH.

Gigi yang telah rosak tetap perlu diperiksa dan dirawat oleh doktor gigi di klinik pergigian. Apa yang saya kongsikan di atas cumalah sekadar membantu anda mengurangkan rasa sakit buat sementara waktu di saat negara sedang mengalami ancaman COVID-19 yang semakin serius ini.

Oh ya satu lagi jika anda mengalami sakit gigi yang teramat sangat sehingga mengalami demam atau bengkak pada wajah pada waktu malam atau ketika hari cuti, anda juga boleh pergi ke bahagian kecemasan di hospital untuk mendapatkan bantuan. Di sana ada doktor gigi yang standby ataupun “oncall” yang bertugas untuk membantu anda di luar waktu pejabat/hari cuti.

Mari kita sama-sama berdoa supaya wabak COVID-19 ini cepat-cepat berlalu supaya kita dapat kembali melakukan aktiviti serta kerja harian kita seperti biasa.

Kongsikan jika anda rasa tulisan ini membantu terutama bagi mereka yang sedang mengalami sakit gigi.

Semoga bermanfaat! info ini dibawakan oleh Dr Mohd Khairul Izwan ~ Jangan lupa untuk folow telegram Cakna Gigi - https://t.me/caknagigi

Thursday, 2 April 2020

Laman Web BPN Tergendala dan Ditutup Sementara

BPN - Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menaik taraf sistem atas talian bagi membolehkan akses berterusan ke semua sistem LHDNM.

Laman Web BPN Tergendala dan Ditutup Sementara
Laman web LHDN menerima traffik yang tinggi

Laman Web BPN Tergendala dan Ditutup Sementara

Sehubungan itu, keseluruhan rangkaian sistem LHDNM meliputi EzHasil, Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional akan ditutup bagi tujuan penyelenggaran seperti berikut:

Tarikh: 01 April 2020 (Rabu) hingga 02 April 2020 (Khamis)
Masa: 7.00 malam hingga 7.00 pagi

LHDNM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul, namun penyelenggaraan ini adalah perlu bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada semua.
Sekian terima kasih.

Laman Web BPN Tergendala dan Ditutup Sementara
Pengumuman segera LHDN

Pemberian BPN secara one-off bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data BSH, manakala bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian LHDN.

Tak perlu tergesan-gesa untuk membuat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana ia boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja sehingga 30 April ini.

Terdapat 4 kategori penerima BPN:

  1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020. 
  2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei. 
  3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020. 
  4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei. 

Tuesday, 17 March 2020

Apa itu Lockdown dan Kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan

Semasa berlakunya "lockdown", semua orang perlu berkurung di dalam kediaman masing-masing dan tidak boleh keluar rumah.

Ini bermaksud, semua orang tidak boleh keluar bekerja, kedai-kedai ditutup, dan sektor ekonomi akan terkesan.

Apa itu Lockdown dan Kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan
sumber gambar dari facebook

Kesan daripada lockdown ini juga boleh mengakibatkan ramai yang akan kehilangan pendapatan samada berikutan daripada tindakan pemotongan gaji, pembekuan jawatan, kehilangan keuntungan jualan dan yang seumpamanya.

Sebab itu bukan satu perkara yang mudah oleh kerajaan untuk mengambil langkah mengisytiharkan lockdown sebelum mereka membuat kajian serta perbincangan yang teliti.

Sebagai rakyat, apa yang boleh kita lakukan untuk menyediakan diri seandainya kerajaan mengisytiharkan lockdown, adalah dengan mencukupkan bekalan keperluan asas terutamanya makanan dan ubatan.

Ini termasuklah bekalan makanan ruji seperti beras, tepung, susu dan makanan-makanan dalam tin. Selain daripada itu, saluran utiliti seperti bekalan elektrik, air dan telekomunikasi masih berfungsi seperti biasa.

Jadi tak perlulah kelam-kabut dan panik sehingga habis stok tisu tandas diborong licin.
Kita masih akan tetap ada bekalan air bersih.

Sekiranya Malaysia Kena Perintah Lockdown

Andai Malaysia lockdown macam negara lain yang teruk kena coronavirus, apa kita kena buat? First.. Tenang.. Dan bertindak sewajarnya..

Lockdown ni terkurung sikit je.. Bukan macam Palestin yang kena kurung, makanan dan perlindungan semua tak ada, ada musuh nak bom, tembak, rogol famili kita.

Kita just kena duduk rumah.. Still ada sumber air, makanan, elektrik, internet.. Hospital semua still running, just kena stay kat rumah je.

Masih boleh beli makanan, cuma leceh sikit lah.. Tokleh gi shopping dengan geng ke apa. Beli barang kene sorang, siap mask dan sanitizer contohnya. Untuk kurangkan risiko.

Rasanya poslaju semua still beroperasi. Still boleh shopping online. Silap-silap foodpanda, grabfood, online grocery delivery segala macam still run macam biasa.

Jadi, jangan mengelabah shopping macam lepas ni tak boleh beli barang.. Sampai keropok, sabun, tisu diborongnya bertroli-troli.

Kalau beli barang tu, just beli barang macam biasa.. Just utamakan barang penting dan tahan lama.
Supaya jika berlakunya lockdown, tak perlu selalu keluar rumah.. Itu je..

Ikutkan logik, beras sekampit tu pun kalau buat bubur hari-hari still boleh je hidup tahan berbulan.
So jangan panik beli barang banyak-banyak.. Orang lain nak beli barang jugak.. Orang lain nak layan keropok jugak, ni keropok pun habis kena borong

Tenang dan Jangan Mudah Panik


Kalau kena lockdown pun, still syurga dunia bagi orang Palestin, Syria, Rohingya.. So tenang.. Alert boleh, tapi jangan panic. Kalau diri kita dijangkiti virus pun still kena tenang. Jangan panic.

Kemudahan disediakan.. KKM dah sediakan saluran jika kita dijangkiti.. 2-3% sahaja yang fatal bila dijangkiti coronavirus, selebihnya selamat dan badan jadi lebih kuat untuk menangani virus ini jika keluar semula.

Ajal maut ditangan tuhan. Cabaran hidup yang buatkan hidup kita bermakna. Bergantung pada bagaimana kita laluinya.

Ini kalau lockdown lah.. Sebaiknya tak lockdown, dengan syarat, masyarakat alert.. Kena saling ingat-mengingati.. Kita kena kuarantin diri sendiri.. Kalau gi kerja, ambil langkah sewajarnya..

Kalau kenalan/keluarga kita buat tak tau, tegur dan ingatkan mereka. Baru la mantap masyarakat.. Virus ni bukan kita hadapi sorang-sorang. Semua lapisan masyarakat sampai pemerintah perlu bekerjasama.

Kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan


Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan  Pergerakan ini meliputi;

1. Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam,  penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani
pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

3. Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti

5. Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara

6. Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.


Apa itu Lockdown dan Kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan
Rakyat masih boleh membeli barang keperluan di kedai. Tiada halangan namun hadkan dengan pembelian barang keperluan sahaja.