Laman web LHDN menerima traffik yang tinggi |
Laman Web BPN Tergendala dan Ditutup Sementara
Sehubungan itu, keseluruhan rangkaian sistem LHDNM meliputi EzHasil, Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional akan ditutup bagi tujuan penyelenggaran seperti berikut:Tarikh: 01 April 2020 (Rabu) hingga 02 April 2020 (Khamis)
Masa: 7.00 malam hingga 7.00 pagi
LHDNM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul, namun penyelenggaraan ini adalah perlu bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada semua.
Sekian terima kasih.
Pengumuman segera LHDN |
Pemberian BPN secara one-off bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data BSH, manakala bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian LHDN.
Tak perlu tergesan-gesa untuk membuat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana ia boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja sehingga 30 April ini.
Terdapat 4 kategori penerima BPN:
- RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
- RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
- RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
- RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.