√ Kenapa Kerajaan Ingin Melaksanakan PKPB Bermula 4 Mei? - Adarain

Kenapa Kerajaan Ingin Melaksanakan PKPB Bermula 4 Mei?

Salah satu sebab kerajaan melaksanakan PKPB bermula Isnin, 4 Mei ini kerana mahu menyelamatkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat yang telah kehilangan sumber pendapatan.

Dianggarkan RM2.4 bilion kerugian sehari di Malaysia sejak PKP pertama dikuatkuasakan (18 Mac) dan kerugian sehingga kini dianggarkan sekitar RM63 bilion.

Perutusan khas dari Perdana Menteri Malaysia

Malaysia Di Jangka Kerugian Lebih RM35 Billion Sekiranya PKP Diteruskan


Jika PKP diteruskan dalam tempoh sebulan lagi, Malaysia dijangka kerugian RM35 bilion dan menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion.

Ini sudah tentu memberi kesan sangat besar kepada kesejahteraan rakyat kerana pemulihan ekonomi mengambil masa yang lama.

Dalam mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID-19, maka kerajaan perlu bersetuju untuk melaksanakan PKPB tetapi secara berhati-hati dan terkawal.

Sektor yang dibenarkan beroperasi telah diperhalusi dab mereka perlu bertanggungjawab untuk mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan KKM.

Kejayaan proses pemulihan ini banyak bergantung kepada diri kita sendiri. Tanggung jawab kita sendiri untuk mematuhi semua langkah-langkah pencegahan dan telah membiasakan diri dengan norma-norma baharu dan menjadikannnya sebagai gaya hidup seharian.

Adalah menjadi tanggung jawab kerajaan untuk membebaskan negara daripada virus ini dan masa yang sama memastikan ekonomi terus kukuh.

Tugas kita sebagai rakyat pula ialah mematuhi semua SOP bagi anda yang akan mula bekerja Isnin ini dan jika tidak terlibat, duduklah saja di rumah. Jangan ke sana ke sini. Memutuskan rantaian COVID-19 kini ditangan kita. Laksanakan tanggungjawab kita. Patuhi PKP, jangan ingkar.

Get notifications from this blog