Produk Perfume Sendiri : Kita selalu tgk usahawan berjaya keluar produk Perfume sendiri seperti Dato Vida dengan Perfume Qu Puteh, Siti Nurhaliza dengan Perfume Simply Siti, Sheila Rusly dengan Perfume Matahari, kemudian Dexandra perfume, AJ Perfume, DN Perfume dan banyak lagi.
Tapi pernah tak kita terpikir macam mana mereka bermula buat perfume?
Industri perfume di Malaysia sudah lama namun masih mendapat sambutan sehingga ke hari ini. Kebanyakkan perfume yang banyak dipasaran cuma perfume daripada luar negara.
![]() |
Tips Untuk Keluarkan Produk Perfume Sendiri |
Jenis Perfume & Botol
Terdapat beberapa jenis perfume, kalau segi jenis perfume ada EDT, EDP ,cologne dan lain-lain ada dibincangkan dalam post sebelum ini. Manakala jenis botol ada vial, miniature, 100ml dan sebagainya. Ada juga jenis roll on, spray & ada juga yang ada penutup sedut perfume sahaja. Tapi sekarang famous dengan Perfume Spray.
Ketahanan bau suatu perfume itu bergantung kepada konsentrasi dalam perfume itu...EDP adalah lebih tahan lama berbanding EDT manakala EDT lebih tahan lama berbanding cologne...
Di pasaran antarabangsa, EDP adalah jauh lebih mahal dari EDT, namun EDT adalah lebih banyak di pasaran.
Sekiranya ingin mengeluarkan perfume, Disarankan untuk mengambil perfume jenis EDP, ketahanannya yang lama bakal memikat si pengguna.
Bila dah tahu nak buat perfume apa, baru lah fikir utk mencari pembekal minyak wangi.
Perfume kebiasaannya ada dijual dari pembekal dengan jenis wangian ala2x arab, ada yang aromaterapi, ada yang direct France, ada yang dari Swiss dan banyak lagi.
Ini terpulang untuk decide perfume mana yang sedap baunya dan tahan laman. Ada yang kata perfume german sedap, ada yang kata swiss sedap terpulang untuk memilih.
Sudah ada perfume, kita pergi ke packaging pula, untuk packaging, perlu dapatkan sample botol yg ingin anda gunakan
Ada beribu-ribu jenis botol yang ada dalam pasaran. Mungkin ramai yang tahu macam mana nak dapatkan semua botol ni. Kat Cina banyak jenis botol yang menarik dan murah, di Malaysia pun ada jual juga cuma kena pandai cari pembekal botol kat mana.
kesimpulannya, anda tentukan EDP ke EDT ke Cologne ke, biar bajet keluar lebih tetapi hasilnya amat memuaskan. Tapi sekarang EDP lebih popular sebab orang suka bau yang tahan lama. Botol pun biar nampak cantik dan menarik untuk dilihat. :D
Kotak Packaging Perfume
Spesifikasi kotak mestilah bergantung pada saiz sesuatu botol yang hendak digunakan. kalau botol tu besar mungkin memerlukan satu kotak besar untuknya, kalau kecil mungkin dibuat dalam kotak yang kecil cukup2x ngam dengan botol perfume. Itu terpulang kepada keinginan masing2x.
Kotak boleh dibuat 2 kotak khas untuk lelaki dan perempuan mengikut design yang akan dibuat nanti.
Untuk design kotak, mestilah simple tetapi menarik bukannya bercorak yang melampau sehingga susah untuk dibaca info kat kotak perfume. Minyak wangi antarabangsa kebanyakannya menggunakan design ala-ala korporat yang hanya menggunakan tulisan & sedikit warna untuk latar belakangnya. ini menunjukkan betapa gahnya dan eksklusif dengan cara tersebut. Info produk sampai ke pengguna dengan mudah.
Biar simple tapi nampak eksklusif.
Penyediaan kotak adalah penting untuk sesuatu produk perfume.
Detail pada kotak kebiasaannya pengeluar memaparkan jenama mereka, nama wangian/perfume mereka, kuantiti/saiz, ingredients, jenis perfume, laman web, cautions dan sebagainya.
itu adalah perkara penting yang perlu ada dlm suatu produk perfume...
Detail tersebut mestilah jelas & boleh dibaca..font yg paling kecil kalau nak guna 5pt..kalau kecik lagi mahu melekat muka dekat ngan kotak nak baca..
Nama jenama & produk perlulah ditonjolkan agar pelanggan kenal produk anda. jgn serabut detail2 anda dengan design background yang terlalu crowded, ini menyukarkan penyampaian produk itu sendiri.
Kenalilah produk anda & paparkan pada umum agar pelanggan paham dengan produk anda. .
Kos Perfume Jenama Sendiri
Modal Kos untuk buat brand produk perfume sendiri bukan beratus2x tapi beribu-ribu dan ada yang kosnya berpuluh ribu. Itu terpulang kepada kemampuan sendiri.
Untuk buat produk perfume Sendiri lebih elok cuba 1 atau 2 wangian utk test marketing dengan pengeluaran stok 100btl ke atas atau terpulang berapa botol. Lagi banyak botol lagi murah kosnya utk satu botol. Tapi kalau dah beli banyak kos keseluruhan mencecah ribuan. Jangan sampai semua wangian nak dijual. Buat satu persatu wangian dulu untuk dijual dan jimat kos.
Dan buat target untuk wanita dulu, sebab wanita market sangat luas tapi sangat cerewet bila membeli. Kalau lelaki pula bila dah suka, dia akan beli terus tanpa banyak soal. :D
Siapa yg minat sangat dengan perfume n nak jana pendapatan dengan perfume better jadi agent mana2x produk perfume inspired yang sedia ada di pasaran dulu supaya senang untuk mencari pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang dunia minyak wangi.