Hajat Sudah Dipenuhi?
Cepat sungguh masa berlalu.. Pejam celik, pejam celik tahun silih berganti tahun. Persoalannya, adakah semua hajat tahun ini telah berjaya dipenuhi?
Tercapai atau tidak bukan perkara utama. Apa yang pasti, tahun ini punya sejarah dan nostalgia sendiri kerana meninggalkan 1001 pengajaran untuk aku kenang. Dari seburuk-buruk hingga seindah-indah kejadian. Yang baik takkan aku lupakan, yang buruk semoga aku dapat hapuskan.
![]() |
sekadar gambar hiasan |
Bukan apa, tak elok simpan benda-benda negatif lama-lama. Di samping tak mendatangkan untung, ia boleh memudaratkan kesihatan. Kalau ada di antara korang yang merana dek kerana hal-hal yang tak mendatangkan faedah tu, baiklah korang cepat-cepat singkirkannya dari otak.
Rancang Kehidupan Dari Sekarang
Rancang Kehidupan kita dari sekarang. Utamakan apa yang penting, tanya diri, apakah haluan korang lima tahun dari sekarang. Jangan takut untuk membuat keputusan demi kesenangan hari esok.
Manusia mana yang tak gentar apabila diberikan tanggungjawab yang tak pernah difikirkan masa lalu?
Marilah kita sama-sama mengharungi alam dewasa. Tak kisahlah walaupun korang kini hanya belasan tahun. Masa korang akan tiba juga nanti. Sedarlah dari lamunan yang indah itu kerana masa depan tak dapat diramal. Fikirkanlah demi masa akan datang.
Belajar menghargai orang sekeliling dan berterima kasih pada kurniaan-NYA. Aku sedar, memang mudah sekadar menaip perkataan ini di papan kekunci. Tapi untuk melaksanakannya memerlukan kesungguhan.
Masih belum terlambat untuk aku berubah. Begitu juga korang. Berhenti mensia-siakan masa. Keseronokan hari ini, mungkin akan bertukar menjadi duka masa akan datang.
Apa-apa pun, doakanlah segala-galanya dipermudahkan untuk kita semua.