Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, 13 April 2020

Sikap Yang Sangat Dibenci Kawan

Kita akan mula nampak dalam perhubungan kawan ketika sekolah menengah sehinggalah sekarang. Dari situ, kita akan mula kenal kawan yang sebenar berdasarkan sikapnya. 

Sikap Yang Sangat Dibenci Kawan
sekadar gambar hiasan

Sikap Yang Dibenci Kawan


Berikut adalah sikap yang dibenci kawan dan semestinya anda pernah mengalami situasi sebegini ataupun anda  mungkin adalah salah seorang yang dibenci kawan seperti dibawah.

1. Tamak dan Kedekut

Saya mempunyai kawan yang sangat kedekut dan atas sikap itu telah membuatkan kawan-kawan yang lain membenci dia yang terlalu berjimat sehingga menyusahkan orang lain.

Bayangkan kalau pergi makan selalu minta kawan belanja sedangkan duit sendiri ada malah lebih banyak dari kawan sendiri. Macam mana tu? Maka jauhilah sifat tersebut. Nak berjimat boleh tapi biar beragak.

2. Berlagak dan Suka Mengarah

Sifat inilah yang saya paling benci dan meluat. Berlagak mengalahkan artis antarabangsa dan kebiasaan sikap ini berlaku pada kaum hawa berdasarkan pengalaman saya ketika belajar.

Kawan yang mempunyai jawatan tertinggi dalam organisasi tak boleh sesuka hati mengarah tapi diri sendiri tak buat kerja. Macam mana tu? Sikap itu yang dibenci oleh kawan-kawan sehingga kawan sanggup cakap belakang. Kebanyakan kawan, mana-mana pun tidak suka diarah selalu. Be Respect!

Kawan seperti ini selalu mahukan perhatian lebih dan mahu menonjolkan diri agar diri dikenali dan disanjungi.

3. Bohong dan Mengumpat

Bab ni kebanyakan kawan kita sendiri memang suka bohong dan suka mengumpat. Memang tak boleh lari dengan 2 benda alah ni termasuklah saya sendiri. Pesanan untuk diri sendiri juga kepada anda juga agar sama-sama mengurangkan benda ini dari melarat.

Bukan apa, takut jatuh finah bila dah mengumpat ni. Macam-macam cerita disebarkan itu belum ditokok-tambah cerita lain lagi maka dah jatuh fitnah pada seseorang. Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.

Kadangkala, kawan kita mesti ada cerita yang hendak dikongsikan dan cerita tersebut kalau boleh nak kebabom punyalah  tapi tak ada papepun isinya. Banyak bohong dari benar. Just Beware!

4. Suka Menonjolkan diri dan Cakap Besar.

Macam biasa, kawan seperti ini sudah dikenali ramai secara umumnya dengan sikap yang suka menonjol. Ada orang suka dengan sikap macam ni tapi sesetengah orang tidak beberapa suka dengan sikap yang suka menonjolkan diri dan adakalanya suka cakap besar.

Kawan seperti ini suka bercerita tentang kehidupan yang agak lebih mewah, barang-barang mewah dan sebagainya yang menyebabkan orang lain jeles dan sakit hati dengan kawan yang suka menunjuk-nunjuk.

Kurangkan bercerita tentang barang-barangan yang berharga atau apa jua dari kawan kita kerana kita telah mengguris hati bagi kawan yang tidak berkemampuan. Dah tunjuk silalah bagi barang 'mewah' tu pada kawan. Boleh tak? Bahagia hati kalau macam itu. haha

5.Over confident

Kawan kita kalau nak confident boleh dan tak salah tapi jangan sampai over confident. Saya bagi contoh kisah MLM, saya yakin mesti salah seorang kawan kita pernah masuk MLM dengan over confident bahawa dia akan menjadi jutawan dengan menyertai MLM akan tetapi sampai sekarang semuanya dah ke 'laut'.

Confident biar kena pada tempatnya serta perlukan usaha yang tinggi dan bukan pada kata-kata sahaja. Setakat ini saya tak nampak kawan-kawan saya jutawan gara-gara Multi Level Marketing (MLM).

6. Plastik

Plastik atau kata seertinya adalah hipokrit. Kebiasaannya selalu nampak baik di mata orang. Ini yang kita kena berjaga-jaga dengan sikap macam ini.

Dengan sikap macam ini seolah-olah mendengar masalah kawan kita walhal dalam hati meluat dengan permasalahan cerita kawan ditambah pula memburuk-burukkan kawan kepada kawan yang lain secara rahsia. Be Careful!

Lebih baik bercakap jujur yang mungkin menyakitkan hati seseorang daripada menipu yang boleh buat seseorang tersenyum

Kesimpulan


Sebenarnya sebenar banyak lagi sikap yang dibenci oleh kawan saperti mengadu domba, pemalas, suka marah orang, kurang memberi kerjasama dan sebagainya. Rasanya cukup apa tertera di atas berdasarkan pengalaman ketika sekolah menengah sehinggalah sekarang.

Apa yang peliknya, mereka seperti di atas tidak sedar yang mereka sebenarnya tidak disukai oleh kawan yang lain atau mungkin tidak buat kisah. Nobody is perfect enough.

Seronoknya bila berkawan apabila mempunyai sikap dan minat yang hampir serupa dan itulah yang menjadi perhubungan itu kekal lama. INSYA ALLAH.

Tips Motivasi Untuk Menjadi Lebih Kreatif

Tips Motivasi Untuk Menjadi Lebih Kreatif Dalam Kehidupan


Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips menjadi lebih kreatif dalam kehidupan seharian kita bukan sahaja untuk pelajar malah untuk pekerja juga.

1) Bawa note book di mana anda berada.
Salah satu menjadi anda lebih kreatif dalam kehidupan ialah dengan membawa note book anda di mana-mana sahaja. Ini kerana apabila anda mendapat ilmu baru atau mendapat idea baru makan anda akan terus tulis di note book supaya anda akan ingat sampai bila-bila. Lagi canggih apabila anda menulis di galaxy Note.

2) Berani Ambil Risiko
Untuk mencapai kejayaan terutamanya dalam bidang perniagaan  mesti berani ambil risiko. Kejayaan tidak akan datang jika anda tidak berani untuk mengambil risiko. Try, error and try again

3) Lakukan perkara yang membuatkan anda gembira
Jangan lakukan perkara yang kawan anda suka tapi lakukan perkara yang anda suka seperti contoh anda suka melukis gambar alam semula jadi maka lakukannya sehingga anda benar-benar berpuas hati tanpa paksaan sesiapa pun. Jika anda suka menyanyi dalam bilik air maka lakukan sahaja dengan penuh keyakinan.

4) Berhenti menjadi orang lain.
Jadilah diri anda sendiri tanpa mengikut orang lain. Kebanyakan hari ini mereka yang terikut-ikut dengan orang lain adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Kerana rakan sebaya yang paling hampir dengan kita. Jika anda jenis yang suka belajar di waktu malam maka lakukanlah dan jangan mengubah niat semata-mata untuk kepuasan hati rakan dengan melepak di waktu malam dan sebagainya yang tidak berfaedah.

Jika mahu merubah buruk kepada yang lebih baik maka lakukanlah perubahan sedikit demi sedikit agar keberhasilan untuk menjadi baik terlaksana. Jangan terlalu gopoh. Saya ambil contoh, anda seorang merempit kemudian anda insaf dan mahu berubah kepada yang lebih serta tidak mahu terjebak dalam arena merempit maka lakukan secara perlahan-lahan dengan mengurangkan aktiviti merempit yang lama-kelamaan minat dalam merempit itu akan hilang. Di samping itu, anda juga berpeluang untuk menasihati kepada mereka yang melakukan perkara yang kurang berfaedah.

Dalam surat Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

5) Jangan Mudah Mengalah
Adat hidup banyak cabarannya tapi jangan pula kita mudah mengalah dengan kehidupan yang kita lalui. Semakin banyak cabaran yang mendatang, semakin matang dan kreatif fikiran kita dalam membina kehidupan yang lebih harmoni. Bak kata orang cina chaiyok!

Cuba tampal perkataan yang memberi inspirasi dalam kehidupan anda dengan menampal di bahagian dinding rumah anda atau di mana sahaja yang anda boleh anda lihat perkataan tersebut.

6) Praktis, Praktis dan Praktis
Selalu cikgu akan pesan banyakkan praktis kerja sekolah di rumah. Jika kita tidak melakukan praktis mana mungkin kita akan mendapat jawapan sebenar. Jangan terlalu mengharap kepada orang lain jika anda sendiri tidak melakukan praktis dan lakukan praktis dengan penuh tekun, jangan asal boleh sahaja.

7) Rehat dan Lihat Alam Sekitar
Kalau terlalu kuat berkerja pun tidak boleh juga nanti otak jadi tepu, badan pun lemah tidak bermaya. Maka dengan itu take a time to rest dengan secukupnya dan lihat pemandangan di sekeliling anda. Seeloknya pemandangan alam semula jadi kerana alam semula jadi yang kehijauan akan membuatkan mata anda terus segar serta mengurangkan peratusan rabun dalam mata anda.

Berehat bukan bermakna anda boleh tidur siang malam sepanjang hari dalam seminggu.

8) Tonton Filem Luar Negara dan Dengar Lagu Baru
Orang kata, nak dapatkan idea pergilah tonton filem luar negara seperti filem hollywood tak pun filem korea yang semakin kehadapan. Dari situ mungkin akan tercetusnya satu idea yang kreatif dalam pekerjaan anda. Mungkin juga boleh tonton video kreatif yang banyak terdapat di youtube.

Saya antara seorang yang suka dengar lagu dan ternyata kebanyakan lagu memberi inspirasi serta idea dalam membuat suatu kerja dan kadang-kadang mampu menghilangkan stress. Antara lagu yang saya dengar adalah dari Album terapi Zikir Hafiz Hamidun dan yang terbaru iaitu Jodoh Berdua.

Tips Motivasi Untuk Menjadi Lebih Kreatif Dalam Kehidupan
sekadar gambar hiasan

Cari Kesalahan Orang Pandai Tapi Salah Diri Tak Nampak

Sebagai manusia biasa, kita memang susah nak tengok salah sendiri. Tapi, kalau salah orang lain. Pergh, sepantas kilat je kita dapat detect.

Contoh,

kalau tengok match bola. Masa tu mula la kita maki hamun pemain bola tu:
"Woii, sepak la kiri sket. Baru bleh gol" "Eh, eleh. Macam tak reti main je. Opah aku main lagi terer kot"
Ataupun, masa kita tengok kuiz kat TV.
"Kan aku dah kata. Jawapan dia mesti B punya. Kau jawab A pasal pe? Adoii"
Atau bila tengok kereta accident:
"Ha, tu la. Time hujan bawak laju lagi. Kan dah terbabas" "Bodoh betol la kereta tu masuk tak bagi signal. Nasib baik tak terlanggar"
Secara teorinyaa, manusia ni memang tahu macam mana nak hidup dengan cara yang perfect. Tapi, secara praktikalnya, tiada seorang pun manusia yang perfect.

Jadi, kalau kita dapat kesan kesalahan orang. Tak payah nak bermegah yang kita jumpa kesalahan dia. Tapi, yang paling penting adalah kita ambil kesilapan dia, dan serapkan dalam diri kita. Supaya jadi peringatan kat kita, jangan buat kesilapan yang sama macam dia.

Belajar daripada kesalahan orang lain pun boleh dijadikan pengajaran untuk diri kita. Tak semestinya kita kena laluinya sendiri baru nak belajar. Ye tak?

Cari Kesalahan Orang Pandai Tapi Salah Diri Tak Nampak
sekadar gambar hiasan

Thursday, 6 June 2019

Pengubat Kecewa apa yang kita harapkan tak selalunya dapat

Kita tidak boleh sentiasa gembira. Ada harinya, akan ada "BAD DAY", di mana kau kecewa dengan segala yang kau harapkan, di mana kau terduduk dengan keputusan dunia yang tidak seperti kau impikan.

Dan jika kau rasa BAD DAY, jangan rasa kau seorang sahaja yang rasa, saya juga rasa, mereka juga rasa dan COCO A LOT OF MIX juga ada mengalaminya. Tidak gembira itu adalah perasaan yang semua manusia akan rasa, tiada manusia bernyawa yang terkecuali.

Kecewa apa yang kita harapkan tak selalunya dapat


Jangan takut untuk rasa tidak gembira kerna tidak gembira itu juga banyak mengajar kau tentang kehidupan. Buat kau lebih menghargai, buat kau lebih mengenali diri kau dan lebih menjadi diri kau dalam dunia ini.


Apabila kau mengalami BAD DAY, pesanlah pada diri,

"Allah mahu ajar kau something yang kau tidak pernah rasa dan di setiap kali BAD DAY yang kau rasa, Tuhan akan gantikan dengan 100 kebahagiaan jika kau bersabar dan percaya pada-Nya"

Jika rasa sedih dan kecewa, pergilah berehat, pergilah fikir semula. Itu hikmah yang Tuhan mahu kau rasa. Dan jika kau rasa setiap hari "bad day", tanyalah pada diri,

"sampai bila aku mahu menyeksa hidup aku dengan rasa aku berhak hidup dalam kekecewaan sepanjang masa."

Percaya pada diri kau apabila manusia lain kata sebaliknya. Ya, mereka kejam. Dan kau lagi kejam jika kau percaya kata mereka.

Hidup ini kau yang lakukan limitasinya. Jika kau kata kau hanya layak takat itu, sekecil itu, maka kau hanya akan punya itu.

Tapi jika kau rasa dan kata kau mampu dapat yang paling elok, paling bahagia, maka itulah yang selayaknya kau peroleh.

Carilah member yang boleh mendengar luahan hati dengan seikhlas hati.. kalau kau rasa member kau macam tak boleh terima atau seakan-akan tak ikhlas mendengar luahan kau... kau jauhilah dia dan abaikan... carilah sehinggalah kau rasa kau jumpa orang yang ikhlas dengan luahan hati kau.. dari situ kau akan dapat kekuatan baru dan semangat untuk terus bahagia.

Hidup ini harusnya berani mati. Kita hanya hidup sekali dan esok boleh jadi ajalnya kita. Jadi, hiduplah sebetul-betulnya dan usah hidup di impian manusia lain.

Mulut jahat manusia, itu kerja Tuhan untuk membalasnya. Kerja kau hanya perlu hidup dan usah melayan. Itu cara untuk bahagia, itu cara untuk hidup semoleknya.

Nasihat Padu Dari Seorang Jutawan yang Meninggal Dunia

Steve Gouves seorang jutawan meninggal dunia, dengan kekayaan $ 7 bilion, pada usia 56 tahun di sebab kan kanser pankreas, dan di sini adalah beberapa perkataan terakhirnya:

Di mata yang lain, hidup saya adalah intipati kejayaan, tetapi selain daripada kerja, saya mempunyai sedikit kegembiraan, dan pada akhirnya kekayaan hanyalah satu fakta kehidupan yang saya biasa.

Pada masa ini, berbaring di atas katil, sakit dan mengingati sepanjang hidup saya, saya menyedari bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan saya yang ada adalah tidak berfaedah dalam menghadapi kematian yang akan berlaku.

Anda boleh mengupah seseorang untuk memandu kereta untuk anda, membuat wang untuk anda - tetapi anda tidak boleh menyewa seseorang untuk membawa penyakit itu untuk anda. Kita boleh mencari benda-benda penting, tetapi ada satu perkara yang tidak dapat dijumpai apabila ia hilang - "hidup".

Nasihat Padu Dari Seorang Jutawan yang Meninggal Dunia
sekadar gambar hiasan
Rawat diri anda dengan baik, dan menghargai orang lain. Apabila kita semakin tua, kita lebih pintar, dan kita secara perlahan menyedari bahawa jam tangan itu bernilai RM 30 atau RM 300 - kedua-duanya menunjukkan masa yang sama.

Sama ada kita membawa beg duit bernilai RM 30 atau RM 300 - jumlah wang dalam dompet adalah sama. Sama ada kita memandu kereta bernilai RM 150,000, atau sebuah kereta bernilai RM 30,000 - jalan dan jarak adalah sama, kita mencapai destinasi yang sama.

Sekiranya rumah yang kami tinggal di adalah 300 meter persegi, atau 3000 meter persegi - kesepian adalah sama.
Kebahagiaan dalaman sejati anda tidak datang dari benda-benda material di dunia ini. Sama ada anda terbang kelas pertama, atau kelas ekonomi - sekiranya pesawat itu terhempas, anda akan terhempas bersama sama

Jadi, saya harap anda memahami nya, apabila anda mempunyai kawan atau seseorang untuk bercakap dengan nya - ini adalah kebahagiaan yang sebenar!

Lima fakta yang tidak dapat dielakkan-

1. Jangan mendidik anak anda menjadi kaya. Mendidik mereka untuk bahagia. - Jadi apabila mereka membesar, mereka akan pandai menghargai sesuatu perkara, bukan menilai dari sudut wang ringgit semata.

2. Makan makanan anda sebagai ubat, jika tidak, anda perlu makan ubat anda sebagai makanan.

3. Siapa yang mengasihi anda tidak akan meninggalkan anda, walaupun dia mempunyai 100 alasan untuk berputus asa. Dia akan sentiasa mencari satu sebab untuk terus bertahan.

4. Terdapat perbezaan yang besar antara manusia dan manusia yg baik.

5. Jika anda mahu pergi pantas - pergi sendiri! Tetapi jika anda mahu pergi jauh - pergi bersama-sama!

Dan kesimpulannya,

Enam doktor terbaik di dunia.

1. cahaya matahari
2. Kerehatan
3. Beriadah
4. Makanan seimbang
5. Keyakinan diri
6. Kawan

Simpan mereka dalam setiap peringkat kehidupan mu dan nikmati kehidupan yang sihat.

Saturday, 1 June 2019

Tak Sempat Bukak Helmet Terus Berbuka Puasa antara Cabaran Kerja Delivery Food

Sedang berlegar di kalangan netizens Cina Malaysia; seorang Muslim Melayu sedang mencuri masa waktu kerja untuk berbuka puasa, makan tak sampai 10 minit, helmet tak sempat bukak, beliau bergegas terus hantar makanan pelanggan.



Dalam ruangan komen, kata-kata semangat diberikan kepada beliau untuk teruskan hidup, untuk terus semangat, untuk tidak mudah putus asa.

习惯就好。--- Alah bisa, tegal biasa. 

Dah terbiasa nanti, okaylah.

Ada satu jenis prinsip hidup orang Cina ni, aku praktikkan dalam hidup: orang yang dah biasa hidup susah, dia akan terus jalan ke depan, tak merungut, tak menoleh, terus ke depan.

Alhamdulillah, aku dari profession seorang guru/penterjemah berjaya masuk dalam bidang perniagaan, aku nampak sendiri prinsip yang sama anak-anak muda Melayu amalkan, alah bisa, tegal biasa. Jangan merungut dalam niaga, jangan complaint hidup susah, jalan terus.

辛苦了,加油! --- Awak dah cuba yang terbaik, teruskan! Semangatlah!

Dalam post tersebut, ramai Cina meninggalkan komen bahawa kerja buat delivery ni susah dan perit, hadap hujan hadap panas, mereka berterima kasih kepada semua delivery boys di luar.

Dalam post tersebut juga, mereka menjelaskan kepada bangsa mereka sendiri, apa itu puasa, jam berapa Muslim berbuka, dan sebagainya.

Ada juga, yang menyarankan kepada semua supaya bagi ruang sedikit jika makanan yang dihantar ada sedikit kelewatan, lagi-lagi di bulan puasa ni. Ada yang sampai rasa bersalah sebab order makanan waktu orang lain nak berbuka puasa.

Dah 2019 ni, orang Melayu tidak terkebelakang dalam hal kerajinan, orang Melayu tak mundur dalam hal mencari kerja, orang Melayu tak malas seperti yang digembar-gemburkan.

Menjadi kewajipan kita, untuk sebarkan kerajinan orang kita yang kita nampak, supaya dari situ kita dapat inspirasi untuk terus maju ke depan, untuk tidak lagi merungut.

Kalau kau ternampak ada orang kita yang banting tulang meneruskan hidup dalam kesusahan, kongsikanlah ke aku, KERANA MEREKA ITULAH INSPIRASI.

马来哥,辛苦了!

Tulisan brother Teik:

"Bukan senang nak jadi orang, pabila orang lain sedang enak menikmati buka puasa, dengan hidangan yang sedap-sedap, ada orang tersorok di sudut bangunan berbuka sendirian, nak berbuka dekat tempat yang sederhana selesa pun tak dapat. Sudah tu, habis berbuka, terus bergegas hantar makanan.

Mungkin engkau bukan orang yang paling berjaya, tapi asal kau terus rajin berjuang, aku percaya engkau akan berjaya!

Aku tak kenal kau, tapi aku doakan engkau. Kerajinan engkau adalah inspirasi aku, dan aku tabik hormat untuk itu! Semangatlah!"

Monday, 9 November 2015

Ada Gaji Tapi Tak Pernah Cukup Untuk Sebulan?

Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ditambah pula dengan bermacam-macam kenaikan di negara kita, dari kenaikan harga minyak berterusan dengan kenaikan pengangkutan awam KTM.

Siapa yang tak marah kalau semua barang dan perkhidmatan dinaikkan secara mengejut. Sudahlah banyak cukai dan gst telah dilaksanakan kini rakyat menerima berita bermacam-macam kenaikan harga.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Perkara seumpama ini sangat membimbangkan dan berkemungkinan sebahagian daripada kita akan terus jatuh miskin.

Gaji Sebulan Tak Cukup?


Gaji sebulan RM 3500 menurut orang atasan dianggap miskin kalau menetap di bandar lagi-lagi yang sudah berkeluarga. Gaji tersebut pula perlu menampung segala kemampuan seperti sewa rumah, bil api dan air, minyak dan hutang kereta, barang dapur, barang keperluan anak-anak belum masuk lagi duit simpanan atau duit untuk kegunaan kecemasan.

Bagi mereka yang bujang gaji seumpama itu mencukupi untuk sebulan dan cuba bayangkan mereka yang bergaji yang RM1500 pun ada lebihan untuk simpanan sendiri.

Kawan saya gaji 4k sebulan tapi langsung tak teringat nak menghulur kat mak ayah di kampung. Gaji banyak tapi tak pernah rasa cukup. Baru nak ada duit lebih sikit, kereta rosak la, terlanggar kereta orang la, komputer meragam la, phone jatuh berderai la.

Seorang lagi kawan saya gaji hanya 1.5k sebulan kerja biasa-biasa. Lepas tolak hutang kereta segala, ada la tinggal tiga empat ratus untuk kegunaan sendiri tapi masih tetap hantar duit kepada ibu bapa di Kampung ikut kemampuan yang ada. Kadangkala RM100, kadangkala RM50 yang dia hantar tanpa diminta dan tak pernah miss. Dengan lebih duit yang ada, dia sentiasa rasa cukup dan kadangkala rasa berlebih tak tahu nak buat apa.

Betapa berkatnya hidup seorang anak yang tidak pernah melupakan kedua ibu-bapanya melebihi keperluan diri sendiri. Moga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang begini.


Sebenarnya bergantung pada kita menguruskan kewangan kita dalam memenuhi keperluan dan kehendak. Jangan kita memboroskan diri dengan memenuhi kehendak dari keperluan. Dan paling mustahak sekali pada Ibu Bapa kita. :D

Buat lebih dari satu kerja


Sebahagian dari kita pula membuat kerja sambilan melihat gaji tetap tidak dapat menampung keperluan untuk sebulan.

Ada banyak gaji sambilan yang boleh dibuat antaranya jual kuih, buka kedai burger, buka restoran dan sebagainya. Ada modal Jalan terus. Ilmu, Usaha dan motivasi tu perlu ada.

Terpulang mahu berniaga apa yang penting HALAL caranya.

Tapi ada yang lagi mudah ialah dengan melakukan perniagaan secara online.

Mudah tu tak adalah nak kata mudah sangat tapi cukup untuk kita faham basic tentang perniagaan secara online. Berminat nak berniaga secara online tapi tak tahu macam mana nak buat? Modal tak banyak?

Semoga dapat membantu meringankan beban kita untuk menjana pendapatan secara berterusan pada masa akan datang. :D

Tuesday, 28 July 2015

kisah Ayah yang Bawa 3 Anak Naik Motor Dari Sepang pulang ke Penang

Jadi viral apabila seorang ayah yang membawa motor EX5 bersama 3 orang anaknya dengan menunggang motor untuk pulang ke kampung yang amat jauh dari sepang ke Pulau Pinang

Berikut adalah perkongsian dari Syikin Jana dari Facebook berkenaan dengan kisah Ayah yang Bawa 3 Anak Naik Motor Dari Sepang pulang ke Penang.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

kata-Kata Ayah yang Bawa 3 Anak Naik Motor Dari Sepang pulang ke Penang


Dari KL 6 pagi
Sampai Penang 10 malam

Bukan tak sayang anak
Saya tahu ini merbahaya
Tapi takde pilihan
Duit saya hanya RM50 dalam poket
Saya hanya berTawakal kepada Allah

Anak anak enjoy dalam perjalanan
Ramai yang nak tumpangkan
Tapi saya taknak menyusahkan orang
Lebih dari 10 orang nak membantu

Terima kasih rakyat Malaysia
Kerana prihatin kepada kami
Ramai yang bagi duit raya pada anak saya

Anak belajar nilai kesusahan
Dari situ mereka belajar sesuatu
14 jam perjalanan mengajar mereka
Tentang prihatin dan kemanusiaan

Pesanan En Reza
Dalam apa situasi
Jangan lupa Allah
Setiap masalah
Allah dah ada jangan penyelesaian
Usaha sedaya upaya yang kita mampu

Bila ada masalah
Jangan mengadu pada manusia
Mengadu pada Allah
Ikhtiar dan tawakal
Yakinlah
Allah ada susunan untuk kita

Terkandung 1001 pesanan untuk kita fikirkan bersama. Setiap kekurangan pasti ada kelebihan pada diri masing-masing.

Thursday, 30 April 2015

Mahu Jadi Pemimpin Baik Maka Belajarlah Dari 'Alat Kemaluan Lelaki'

Bukan senang nak jadi pemimpin yang baik dan berkerja malah disegani oleh orang ramai. Amanah yang dipikul oleh pemimpin sangat tinggi kerana perlu bersikap adil dengan anak-anak buah atau rakyat yang terlalu ramai serta memenuhi kehendak serta kepeluan mereka juga membimbing mereka ke arah yang betul.


Jadi bagaimana ingin menjadi pemimpin yang baik?


Berikut adalah perkongsian hasil whatsapp dari rakan dan tak dapat dipastikan sama ada sumber ini dari Prof Idrus Shahab adalah betul atau pun tidak tetapi perbandingan yang dilakukan ada logiknya juga, :D



Apa kena Mengena Pemimpin dengan Alat Kemaluan Lelaki?


Prof. Idrus Shahab, pakar management Universitas Indonesia jurusan psikologi anatomis, berkata: "Jika ingin menjadi pemimpin yang baik dan berjaya, maka belajarlah dari Alat Kemaluan Lelaki" :-


Mahu Jadi Pemimpin Baik Maka Belajarlah Dari 'Alat Kemaluan Lelaki'




  1. Tidak pernah menonjolkan diri tapi tampil paling depan saat diperlukan.

  2. Ada ketikanya keras, ada ketikanya lembut (mengambil tindakan mengikut situasi semasa).

  3. Mampu membantu melahirkan Generasi modal insan pelapis.

  4. Boleh "menyerang" pihak lawan sambil tetap memberi kebahagiaan dan kenikmatan.

  5. Walau terjadi pergeseran antara kedua belah pihak, namun pada akhirnya semua bahagia.

  6. Setelah mencapai kejayaan, kembali bersikap menunduk, tidak berbesar kepala serta mengecilkan @ merendah diri. Tidak membangga dengan kejayaan.


Sudah pasti kita akan sentiasa dikenang oleh lawan sebagai pemimpin yg super power.


Aku baca perbandingan di atas rasa nak gelak tak tahulah kalau korang pun rasa nak gelak gak. :D