√ Fikirkanlah Demi Masa Akan Datang - Adarain

Fikirkanlah Demi Masa Akan Datang

Hajat Sudah Dipenuhi?


Cepat sungguh masa berlalu.. Pejam celik, pejam celik tahun 2013 pun makin tiba ke penghujungnya. Persoalannya, adakah semua hajat 2013 telah berjaya dipenuhi?

Tercapai atau tidak bukan perkara utama. Apa yang pasti, tahun 2013 punya sejarah dan nostalgia sendiri kerana meninggalkan 1001 pengajaran untuk aku kenang. Dari seburuk-buruk hingga seindah-indah kejadian. Yang baik takkan aku lupakan, yang buruk semoga aku dapat hapuskan.

Bukan apa, tak elok simpan benda-benda negatif lama-lama. Di samping tak mendatangkan untung, ia boleh memudaratkan kesihatan. Kalau ada di antara korang yang merana dek kerana hal-hal yang tak mendatangkan faedah tu, baiklah korang cepat-cepat singkirkannya dari otak.

Rancang Kehidupan Dari Sekarang


Rancang Kehidupan kita dari sekarang. Utamakan apa yang penting, tanya diri, apakah haluan korang lima tahun dari sekarang. Jangan takut untuk membuat keputusan demi kesenangan hari esok.

Manusia mana yang tak gentar apabila diberikan tanggungjawab yang tak pernah difikirkan masa lalu?

Marilah kita sama-sama mengharungi alam dewasa. Tak kisahlah walaupun korang kini hanya belasan tahun. Masa korang akan tiba juga nanti. Sedarlah dari lamunan yang indah itu kerana masa depan tak dapat diramal. Fikirkanlah demi masa akan datang.

Belajar menghargai orang sekeliling dan berterima kasih pada kurniaan-NYA. Aku sedar, memang mudah sekadar menaip perkataan ini di papan kekunci. Tapi untuk melaksanakannya memerlukan kesungguhan.

[caption id="attachment_1286" align="aligncenter" width="532"]Fikirkanlah Demi Masa Akan Datang Selamat tahun Baru 2014.
Sumber gambar dari http://tools.blog.globalgiving.org/[/caption]

Masih belum terlambat untuk aku berubah. Begitu juga korang. Berhenti mensia-siakan masa. Keseronokan hari ini, mungkin akan bertukar menjadi duka masa akan datang.

Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!


Apa-apa pun, doakanlah segala-galanya dipermudahkan untuk kita semua.

 

Get notifications from this blog

55 comments

  1. Betul tu saudara, yang buruk patut dilontar jauh2 ke belakang dan jangan sesekali diulangi lagi. Ambil yang positif dan yang baik2 saja. Dari sudut perubatan , kemurungan dan kesedihan berpanjangan ada kaitannya dengan masalah pneumonia.. hoho tak mau sedih2 dah lagi lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. Kita perlu merancang dan berusaha. Berdoa dan tawakal...
    Semoga 2014 akan lebih baik dan berjaya dari tahun sebelumnya...

    ReplyDelete
  3. Yg mana tak tercapai kita gapai pada tahun 2014, jauhkan aura negatif sedut aura positif :)

    Slmt tahun baru 2014

    ReplyDelete
  4. moga dipermudhkn urusan kita semua.. dn moga kehidupn akn dtg lbih baik dr sblumnya...

    ReplyDelete
  5. amin. Sama-sama kita memperbaiki diri kita.

    ReplyDelete
  6. selamat tahun baru
    semoga azam tercapai :)

    ReplyDelete
  7. Memang betul lah...terlalu pantas masa habis setahun!

    ReplyDelete
  8. Hikmah dari kesusahan yang melanda dalam hidup kita ni, mampu membuatkan kita menjadi lebih matang dalam membuat keputusan. Jika tidak diuji, masakan kita dapat tahu sejauh mana kematangan pada pemikiran kita.

    ReplyDelete
  9. Merancang untuk kehidupan yang lebih baik dan tersusun pada tahun hadapan....

    ReplyDelete
  10. kalau tak de perancangan memang abis masa depan..

    ReplyDelete
  11. selamat tahun baru 2014, sama-sama kita baiki mana-mana perancangan lepas yang kurang berjaya, dan semoga lebih bagus lagi mana-mana yang tercapai. insyaAllah.

    ReplyDelete
  12. Azam tahun 2014 ni rasanya nak belajar memasak kot. Save duit. Dan semestinya fokus pada study sebab dah final year dah.

    ReplyDelete
  13. selamat tahun baharu semua..masa depan mesti kita fikirkan untuk berjaya dalam hidup..

    ReplyDelete
  14. jadikan tahun baru 2014 sebagai tahun perbaikan...

    ReplyDelete
  15. Terasa sekejap sangat macam baru lepas tulis entri untuk akhir tahun 2012.

    ReplyDelete
  16. Semoga kita terus ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang sama.

    ReplyDelete
  17. Sama-sama kita merancang demi kebaikan.

    ReplyDelete
  18. Semoga apa yang dihajatnya tercapai. AMIN~

    ReplyDelete
  19. yang dah lepas tak boleh nak ulang dah.
    selamat tinggal 2013
    selamat datang 2014 :)

    ReplyDelete
  20. ye bro. rancang masa depan supaya kita ada target apa yang nak kita buat nanti. "kalau kita buat sesuatu dengan niat yang baik, insyaallah nanti Allah permudahkan segala". :)

    ReplyDelete
  21. INSYA ALLAH, semoga dipermudahkan urusan kita pada tahun 2014.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum
    Selamat Tahun Baharu :)
    Sesi yang ke 2014

    ReplyDelete
  23. buang yang keruh dan ambil yang jernih..

    ReplyDelete
  24. Yup, pejam celik dah 2014. Masa berlalu pantas. Otak kita pun kena berfikir pantas agar tak ditinggalkan oleh masa. :D

    ReplyDelete
  25. ya, kena lebih banyak berfikir la sekarang nampaknya..

    ReplyDelete
  26. Betul betul, memang dah kena merancang daripada sekarang. In Shaa Allah nanti senang ;a hidup. Yang penting kena ada matlamat.

    ReplyDelete
  27. Selamat tahun Baru buat bro semoga tahun ini tahun yang cemerlang buat anda. Insya Allah...

    ReplyDelete
  28. selamat tahun baru untuk bro bahrain...satu yg masih belum tertunai adalah untuk balik kerja di kampung..bukan senang nak bertukar ni....itu boleh juga dikategorikan dalam perancangan tak? hehehe

    ReplyDelete
  29. alhamdulilah dah masuk 2014..semoga tahun ini lebih baik

    ReplyDelete
  30. Semoga apa yang dirancang kan berjalan dengan sebaik-baiknya..hehe

    ReplyDelete
  31. Tahun 2013 bisa kita jadikan kenangan dan pengalaman yang berharga untuk menjalani tahun 2014 ini. semoga di tahun ini kita bisa lebih baik
    Selamat tahun baru 2014 :)

    ReplyDelete
  32. betul tu bro......insya Allah perjalanan kita pada tahun 2014 akan berjalan seperti yg dirancang

    ReplyDelete
  33. Tahun ni nak zero medical leave, nak zero warded dan up lagi satu...nak tamatkan zaman ibu tunggal..hehehehe

    ReplyDelete
  34. Semoga dipertemukan jodohnya. AMIN~ :)

    ReplyDelete
  35. Setuju sngat. Mana yg negatif, buang jauh2 dan jadikan iktibar dan pengalaman terbaik.

    terima kasih bro utk satu bentuk entri motivasi =)

    ReplyDelete
  36. Selamat tahun baru bro, semoga sukses selalu :)

    ReplyDelete
  37. semoga dimudahkan semua urusan kita di tahun 2014 ini.

    ReplyDelete
  38. semoga tahun 2014 menjadi tahun yang berkah

    ReplyDelete
  39. hidup yang terprogram dan menghargai waktu akan membawa kebahagiaan

    ReplyDelete
  40. Hidup terprogram dan terencana matang akan baik di kemudian hari, menghargai waktu dan terus memandang kedepan akan lebih baik ketimbang mengungkit masalalu yang terlewat dan kelam, perbaikan diri ke kesempurnaan is the best ways to get glory...nice pos..salam kenal

    ReplyDelete
  41. selamat menempuh tahun 2014 yang cerah semoga tambah maju...bravoo

    ReplyDelete
  42. semoga tahun depan akan lebih baik
    Obat Pelangsing Paling Bagus cek --> Toko Sehat Jaya

    ReplyDelete