Nak Repair Laptop : Beberapa hari yang lepas laptop saya rosak setelah sekian lama berkhidmat. Jarang laptop saya rosak tapi kalau benda nak jadi nak buat macam mana kan? kalau nak repair laptop kenalah keluarkan duit sikitkan?
Maaf gambar tiada atas kesilapan teknikal |
Punca laptop rosak kalo ikut expectation saya adalah mungkin disebabkan wayar screen yang tak berapa stabil menyebabkan screen laptop macam tv yang tak dapat siaran. Sekejap ok sekejap K.o.
Kemudian, saya ada ternampak page fb Kedai Komputer yang selalu update status tentang kedai mereka dan juga kelebihan kedai mereka untuk membaiki laptop dan Hp.
Jadi, saya pun ke sana selepas melihat post page fb tadi, Dengan semangat dan gigih membawa laptop tapi apabila sampai ke sana diberitahu oleh pihak kedai sana laptop kena tukar screen dengan harga RM330 lebih kurang macam tu.
Perghhh!! terperanjat beb, on laptop, tak cek dalam laptop dulu pastu tengok luaran je terus dia conclude yang laptop aku screennya rosak tukar screen yang baru.
Saya paling tak suka kalau pekerja yang tak selidik dahulu masalahnya apa, then terus conclude yang sebenarnya screennya rosak.
Tak tahu la betol ke tak apa yang pekerja tu conclude tapi saya kata takpelah saya simpan dulu beli laptop lain padahal nak cari kedai komputer lain. :D
Terus, saya pergi kedai komputer di belakang Warta, nama kedai tersebut carikomputer kalau tak silap. Dulu beli Harddisk kat situ harga boleh tahan.
Jadi saya tanya pekerja tentang masalah laptop saya. Pada mulanya pekerja tu assume yang screen saya rosak kemudian dia gtau yang dia akan check first sama ada problem wayar ataupun screen. Kenalah simpan Laptop dalam wad jawabnya.
===
Lama juga dia check lebih kurang 3 ke 4 hari baru siap, mungkin ramai laptop dan komputer nak kena repair memandangkan kedai komputer tersebut agak popular walaupun tempat tersorok di belakang Warta Bangi. (updated 24/februari/2018 - kedai dah tutup belakang warta/kipMall.. boleh cuba cari cawangan lain kat sebaris dengan petronas seksyen 9)
Cer teka berapa harga yang dikenakan charge dan apa masalahnya?
Harga cuma RM15 je yang saya perlu bayar dan masalahnya adalah disebabkan wayar tak berapa nak stabil jadi dia just fix-kan wayar laptop saya. Jadi, betullah tekaan saya yang wayarnya tak berapa stable. Settle masalah selamat skit duit keluar.
SELAIN ITU...
boleh servis laptop berdekatan dengan TESCO Extra Ampang. Budak² kat sana memang mesra, tutur kata pun sopan, kiranya bagus la layanan.. - Amir Zahari
Ingat nak hantar laptop lain tuk downgrade windows. Laptop dah 4gb pun boleh mengah nak run PS, Chrome, Ai, words serentak.
Laptop yang 2gb boleh senyum apa pasal 4gb macam kena asma?
Jujur + kualiti = FR Laptop Service
Cuma kedainyanya agak sempit sekiranya ramai orang kat kedai tersebut.
Pilih Kedai Dengan Berhati2x Kalau Nak Repair Laptop
kalau saya mengiyakan kata2x kedai pertama tadi habis duit saya terbang rm330 tanpa check apa dalam laptop dengan betul2x.
Kedai kedua plak ambil masa nak check tapi pada masa yang sama tak conclude terus screen rosak.
Selalu sangat jumpa kes kedai komputer yang main conclude masalah ini, masalah itu, then terus format padahal sepatutnya tak kena format. Suka amik benda mudah dengan selesaikan masalah dengan format. Itu baru satu kes, belom bab battery lagi, screen dan keyboard
So, kalau nak repair laptop pilih kedai yang betul jangan main dengar cakap kedai komputer dan beritahu masalah dengan lebih detail. survey kedai komputer dulu baru boleh decide nak repair kat mana. Lain Kedai lain caranya.