Tuesday, 19 November 2024

Lelaki Ada Rupa Berduit Tetapi Tak Merasa Nak Menikah

Tertarik dengan soalan yang macam ini..memandangkan bukan lelaki je, perempuan pun sama..jadi apa yang merasakan tak merasa nak menikah lagi.

Sekejap - Just Nak Tanya Korang

Apabila seorang lelaki ada rupa, berpendidikan, sihat, tak pernah lupa berus gigi,

always pakai depdorant

pastu duit dia pulak ada lebih daripada cukup tetapi masih tak terasa nak menikah, umur nak masuk 40an dah

apa masalahnya? - @adam_khairi at Threads

 

Lelaki Ada Rupa Berduit Tetapi Tak Merasa Nak Menikah
sekadar gambar hiasan

Dan ini adalah beberapa jawapan yang mungkin bernas dan pengalaman lelaki yang tak merasa nak menikah lagi..

1. Terlalu selesa hidup sendiri jadi tak nak extra tanggungjawab.

2. Trauma. Either childhood trauma atau nampak trauma perkahwinan org lain masa membesar. Ada fear psl perkahwinan. Mungkin mengalami trauma cinta yg sukar di ubati sebelum ini...

3. Ada kekurangan yg org lain susah nk terima either diri sendiri or family. Contoh adik beradik ramai - dia banker utama family. Ada family OKU - genetically issue. So give up dah nk cari pasangan.

4. Takde masa nak cari pasangan. Terlalu busy dgn keje. Klu boleh nak shortcut terus dpt perfect. Susah.

5. Overthinking

dan ada berpendapat sebaliknya berkenaan dengan sksualiti iaitu ada 3 jenis;

1. Gay

2. Aromantic asexual (tiada keinginan seksual atau perasaan cinta kepada sesiapa pun regardless of gender)

3. Straight & bernafsu tapi just tak minat nak kawen.

Tapi ada sorang yang jenis ketiga tu last year jatuh cinta dgn this girl & terus kawen. tahun ni dah ada ank sorng. he's 42. yang jenis ketiga tu insyaAllah kalau ada jodoh, ada la. yang pertama & kedua tu mmg takde harapan.

Ada yang memberikan jawapan mungkin lelaki atau wanita tidak suka dengan long-tem commitment.

Mostly boleh tengok orang yang macam ni selalunya career development dia mesti hebat giler. Laju je naik ke atas. Orang begini dedikasikan hidup dia untuk karier dan self centered person. Dia takde rasa nak share hidup dia dengan orang. Good for them. Let them live their life.

Apa2x pun jawapannya, masing masing ada keperluan dan alasan berbeza. Cuma mungkin belum jumpa seseorang yang mampu mengusik hati dan jiwanya. 

Sunday, 17 November 2024

Pengalaman Beli Motor Skuter Yamaha Ego Gear Di Shopee

Ini adalah kali kedua beli motor tapi jenis skuter. Kalau sebelum ini beli motor biasa brand Modenas CT100 ketika belajar di universiti. Itupun, ayah yang belikan motor ni senang nak buat jalan-jalan ketikat belajat kat universiti. 

Guna lah sampai lah kerja. Kemudian dah tak pakai sebab membe ajak tumpang kereta pergi kerja sama. Bayar pun tong sama2x. Maka, terbiarlah motor Modenas aku yang lama tu. Bila dah bertahun2x tak hidupkan memang susahlah nak hidup rasanya dah lebih 4-5 tahun macam tu. 

Kalau aku google kata kena caj 3-4k juga sebabnya nak kena cuci enjin yang dah berkarak. Jadi motor ni pun aku bawa balik kg biar repair kat sana senang. 

Then baru-baru ini terpaksa beli motor baru sebanya membe eksiden pula tak disangka-sangka. kemalangan jatuh siling rumah jadi kena tahan wad untuk beberapa hari. Ak pulak memang tak pandai sangat bawa kereta padahal lesen kereta ada. hahaha. 

Honda Beat atau Yamaha Ego Gear?


Nak tak nak memang kena beli motor baru. Tupun pening moto mana yang nak pilih antara Honda Beat atau Yamaha Ego Gear. Harga pun tak jauh beza.. Last2x pilih Yamaha Ego Gear malas nak fikir sangat. Pastu nak kena fikir kedai mana yang jual murah plak.. 

Setelah berjam2x berhari-hari mencari jumpa lah kat satu kedai Shopee ni. Harga pun not bad then boleh bayar bulanan. Kalau aku nak ikat pun tak nak panjang2x sangat cukuplah 12 bulan macam tu. 

Kelebihan Yamaha Ego Gear


Sesuailah untuk yang pendek mcam aku tinggi 155cm macma tu bawa motor ni. Tak berat tak ringan just nice. Bawa pun sedap je. 

✅ Enjin Blucore 125cc SMG (Smart Motor Generator) :
Enjin BluCore generasi baharu berkuasa 125cc dengan teknologi SMG (Smart Motor Generator) yang menghasilkan suara lebih halus, jimat bahan api, tersambung dengan indikator mod eco untuk pengalaman tunggangan yang tiada duanya.
✅Lampu LED & Lampu Pilot 
✅Soket Elektrik Mudah Capai. Boleh caj Smartphone
✅Eco Mode - kira boleh jimat minyak
✅ Ada Mode automatik enjin terpadam ketika berhenti dan enjin hidup ketika bergerak. Mode ni boleh on atau off. 

Yamaha Ego Gear - Order hari ini esok sampai


Cara pembayaran tu pun aku buat installment kredit kad selama 12 bulan lebih macam tu tanpa bunga. Kira oklah. Pastu, dah chat semua terus order kat shopee. Bayangkan order hari ini, esok dah sampai.. memang cepat.

owh yeah aku beli dekat shopee Yeahride kalau tak silap nama dia. Kedai dia pun kat Kajang. 

Order ambil yang Interchange Model maksudnya still motor baru cuma motor dah daftar tapi tak pernah jalan. Waranti kilang masih ada lebih jimat banyak berbanding dengan yang unregistered.  Lagipun kalau ambil yang ni lagi cepat dapat berbanding unregistered nak kena tunggu no plate baru lagi. Cuma yg lecehnya kena buat penukaran nama owner plate nnti lah.

Macam aku sendiri tak kisah dapat no plate apa2x. No plate lama pun tak kisah. Tgk gambar kat bawah no plate WA (XXX) M . haha. No plate lama betul tu silap2x ego gear pun belum ada lagi masa tu.  haha. Janji dapat cepat.  

Thumprint Penukaran Nama Pemilik

Pastu proses thumnprint penukaran nama owner plate lama ke owner baru. Boleh pilih nak ke JPJ atau MYeg. Macam kt tempat aku takde MYEG jadi pilih JPJ untuk penukaran nama.  

Alhamdulillah, proses thumprint JPJ pun senang dan cepat. kena isi form dulu, form tu ada 2 bahagian... A & B. Bahagian A tu details owner lama ni kedai dah bg details siap2x menerusi whatsapp kemudian Bahagian bawah B details nama,ic, alamat kita semua then siap tunggu giliran. 



Pengalaman Beli Motor Skuter Yamaha Ego Gear Di Shopee
No plate cover. Dari sisi lupa plak nak ambil gambar. 

Warna motor pun ambil warna hijau tua. 

Boleh lah nak buat jalan2x dekat, nak pergi makan ke naik motor ni senang. 

Kekurangan yang aku nampak panel masih lagi bukan jenis LED, masih pakai jarum macm tu kemudian tangki minyak kecil. Kalau modenas lama aku CT100 tangki minyak dia besar boleh isi minyak dalam RM7-8 mcam tu. Kalau yamaha isi RM4 macam tu dah penuh. Kalau bawa lama2x motor ni sakit jugalah belakang. hahaha. Nak kena tukar absorber lain dengan tayar kalau ada rezeki nanti. 

Thursday, 14 November 2024

Tahniah Gelaran Biduanita Kini Milik Siti Nurhaliza

Sekalung tahniah diucapkan kepada dato Siti Nurhaliza yang telah dianugerakan sebagai penerima Anugerah Biduan Negara 2024. kira ini adalah salah satu penghormatan yang tertinggi buat siti nurhaliza sepanjang beliau berkarier dalam bidang nyanyian. 

Tahniah Gelaran Biduanita Kini Milik Siti Nurhaliza
sumber dari Instagram Siti Nurhalzia

Ucapan Siti Nurhaliza menerusi media sosial

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi di atas kepercayaan untuk saya menerima anugerah ini.

Ini adalah sumbangan kecil saya dalam bidang seni budaya khususnya seni suara untuk terus menjaga, memelihara warisan dan cerminan jiwa bangsa kita ini.

Sehingga kini Siti nurhaliza masih mengekalkan popularitinya dan masih digelar penyanyi no.1 Malaysia. Meskipun dengan kehadiran penyanyi baru yang berkebolehan siti nurhaliza masih terus utuh dengan perjalanannya dalam dunia seni dan juga perniagaan. 

Siti nurhaliza telah melancarkan lebih 20 lebih album dengan lebih 200 buah lagu, telah mengadakan lebih dari 60 buat konsert dalam dan luar negara, telah memegang anugerah Malaysia Book of Records sebanyak 2 kali dan antara 500 muslim berpengaruh dunia sebanyak 10 kali untuk kategori seni. 

Hanya Empat Terima Anugerah Biduan Negara

Untuk rekod, hanya 4 orang pernah menerima Anugerah itu iaitu Puan Sri Saloma pada 1978, Datuk Ahmad Jais pada 2002,   Datuk Sharifah Aini pada 2006 dan Tan Sri S.M Salim pada 2013 

Anugerah Biduanita Negara adalah anugerah tertinggi Seni Malaysia dan diiktiraf oleh YDPA

Saturday, 9 November 2024

Bank Islam Go Bakal Melakukan Perubahan?

 Macam tak percaya je app Bank Islam GO nak buat perubahan baru. 

Bank Islam Go Bakal Melakukan Perubahan?
App Go yang mungkin diberi nafas baru


Rasa macam baru beberapa tahun Bank Islam Go dilancarkan dah ada pembaharuan yang dibuat. Berdasarkan gambar di atas mungkin app Go nanti mungkin berwajah baru dan lagu. 

Sebab macam aku sendiri pun sebagai pengguna Bank Islam pun stress dengan app dia bila waktu kemuncak iaitu bila time gaji atau waktu tertentu macam Sumbangan tunai rahmah. Mesti app dia akan loading lama giler kadang tu tak terbuka langsung. Kira loading je memanjang. 

Bayangkan kalau bayar QR tu memang lambat la kadang tu tak terbuka. Nak tak nak kena ada app bank lain sebagai back up untuk Duitnow or QR. 

Tapi bila hari biasa ke dah pertengahan bulan tu app dia memang berfungsi baik laju je buka. 

So far, MAE by Maybank paling terbaik dan laju lah even waktu kemuncak pun still berfungsi dengan baik smooth je. 

Wajah Baru App Bank Islam GO?

Berdasarkan perkongsian komen dari facebook Bank Islam, kemungkinan ini adalah wajah baru App Bank Islam nanti namun tidak mendapat kepastian lagi dari Bank Islam Sendiri


Bank Islam Go Bakal Melakukan Perubahan?
Layout baru App Go?

Tarikh pelancaran pun masih belum tahu lagi dan Bank Islam sekadar akan mengumumkan dari masa ke semasa di media sosial nanti sekiranya sudah dilancarkan kelak. 

Sama-samalah kita nantikan.

Ramai Salah Faham Kaedah COD Dari Shopee

Ya betul sehingga kini masih ramai customer kadang-kadang salah faham dengan kaedah COD yang telah lama diperkenalkan oleh shopee. Kebanyakkan yang salah faham mungkin customer yang baru atau first time dengar COD atau mungkin keliru dengan kaedah COD yang diperkenalkan oleh shopee. 

Cash on Delivery by Shopee


COD atau Cash on Delivery yang diperkenalkan adalah bermakna customer boleh membayar secara tunai atau cash ketika penghantaran dibuat. Bukan bermakna beli barang hari ini dengan kaedah cod kemudian akan dapat hari ini. Dia bukan macam tu. 

Sistem dia lebih kurang macam bayar online je masih perlu buat penghantaran macam biasa. Nanti bila dah out of delivey atau ketika sedang membuat penghantaran nanti baru prepare cash untuk barang yang akan sampai nanti.

Perkhidmatan Cod mungkin lagi jimat berbanding bayar online cuma kaedah je berbeza. 

Even cash on delivery kadang customer tu bayar QR or transfer duit bila barang dah sampai, tu semua bergantung pada budi bicara abg/kakak kurier nanti sama ada dorang accept tak QR/Duitnow. 

Dan customer boleh reject item atas pelbagai alasan. Kemungkinan biasanya ada penalti dikenakan, biasa untuk beberapa hari atau minggu macam tu. Ikut nasib kadang tak kena.   

Macam mana nak COD?

Sama macam biasa lepas add to chart kemudian check out pilih payment method sama ada nak bayar online atau COD. Kalau nak COD, pilih cod kemudian comfirm place order. 

Tunggu pengesahan dari shopee dalam masa 2 jam. 

Dalam masa pengesahan 2 jam tu korang boleh cancel order sekiranya ada masalah atau tak berminat.  Lepas dah 2 jam kira dah dapat pengesahan shopee pun korang boleh cancel juga. 

Tapi kalau dah dapat no tracking tu kena tunggu seller approve. Terpulang kepada seller nak approve atau cancel. Biasanya approve kalau baru order. Kalau dah lama order tetiba nak cancel boleh tanya seller dulu takot seller dah bungkuis dan dalam persiapan nak post. 

===

Kaedah ni sama juga dengan Lazada dengan Tiktok. Lebih kurang je. 

Thursday, 7 November 2024

Donald Trump Menang Pilihan Raya Presiden AS 2024

Rasmi Donald Trump Presiden AS ke 47 dan Ini ialah penggal terakhir Donald Trump sebagai Presiden AS

sumber gambar dari Getty Images


Setiap Presiden US hanya boleh jadi Presiden selama 2 Penggal

Ini berdasarkan Pindaan Perlembagaan 22 pada 27 Februari 1951

Dalam sejarah US. Hanya Franklin D Roosevelt sahaja memerintah selama 4 penggal (1932-1944)

Yang lain semua memerintah selama 2 penggal

Sebelum 1951. Semua Presiden(Kecuali FDR) memerintah dua penggal kerana menghormati tindakan Presiden US Pertama ,George Washington yang memerintah hanya 2 penggal dan bukan kerana ada undang undang

Apa yang menarik kali ini adalah Donald Trump dikatakan akan berjanji tidak akan ada perang lagi dalam 4 tahun pemeritahannya dan tidak akan mengunakan kekuatan ketenteraan untuk memperkuatkan AS. 

Donald Trump bakal mengangkat sumpah pada 20 Januari 2025 di hadapan Sayap Timur Capitol di hadapan Ketua Hakim Negara US.

2024  Tragedi untuk Demokrat 

Kekalahan teruk untuk Pilihan Raya AS bagi Parti Demokrat. Mereka kalah Pilihan Raya Presiden AS dengan teruk dan tewas di semua 7 Negeri Penentu iaitu Wisconsin, Pennsylvania, Georgia, Nevada, Arizona, North Carolina dan Michigan

Donald Trump juga mendapat lebih 5 Juta undi berbanding Kamala Harris

Perdana Menteri Malaysia Ucap Tahniah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump, susulan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.

Dalam hantaran di media sosial, Anwar berkata kemenangan itu bakal membawa lembaran baharu dalam hubungan kerjasama antara dua negara, selain menyemarakkan lagi penglibatan AS dalam kerjasama di rantau Asia Tenggara.

Congratulations to @realDonaldTrump on his remarkable political comeback and victory in the US presidential election. This new chapter brings renewed opportunities, and we’re ready to move forward with optimism, collaboration and shared purpose. 

The United States remains Malaysia’s largest source of foreign investment and a vital player in the Asia-Pacific region. As ASEAN Chair in 2025, Malaysia hopes that America will reinvigorate its engagement with Southeast Asia. We also urge the US to use its considerable influence to help end the devastating violence and loss of life in Palestine and Ukraine. 

We look forward to working closely with the incoming president to foster mutual benefits for the people of both our nations.