Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Thursday, 14 November 2024

Tahniah Gelaran Biduanita Kini Milik Siti Nurhaliza

Sekalung tahniah diucapkan kepada dato Siti Nurhaliza yang telah dianugerakan sebagai penerima Anugerah Biduan Negara 2024. kira ini adalah salah satu penghormatan yang tertinggi buat siti nurhaliza sepanjang beliau berkarier dalam bidang nyanyian. 

Tahniah Gelaran Biduanita Kini Milik Siti Nurhaliza
sumber dari Instagram Siti Nurhalzia

Ucapan Siti Nurhaliza menerusi media sosial

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi di atas kepercayaan untuk saya menerima anugerah ini.

Ini adalah sumbangan kecil saya dalam bidang seni budaya khususnya seni suara untuk terus menjaga, memelihara warisan dan cerminan jiwa bangsa kita ini.

Sehingga kini Siti nurhaliza masih mengekalkan popularitinya dan masih digelar penyanyi no.1 Malaysia. Meskipun dengan kehadiran penyanyi baru yang berkebolehan siti nurhaliza masih terus utuh dengan perjalanannya dalam dunia seni dan juga perniagaan. 

Siti nurhaliza telah melancarkan lebih 20 lebih album dengan lebih 200 buah lagu, telah mengadakan lebih dari 60 buat konsert dalam dan luar negara, telah memegang anugerah Malaysia Book of Records sebanyak 2 kali dan antara 500 muslim berpengaruh dunia sebanyak 10 kali untuk kategori seni. 

Hanya Empat Terima Anugerah Biduan Negara

Untuk rekod, hanya 4 orang pernah menerima Anugerah itu iaitu Puan Sri Saloma pada 1978, Datuk Ahmad Jais pada 2002,   Datuk Sharifah Aini pada 2006 dan Tan Sri S.M Salim pada 2013 

Anugerah Biduanita Negara adalah anugerah tertinggi Seni Malaysia dan diiktiraf oleh YDPA

Saturday, 30 March 2019

Movie Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal Catat 12 Juta Dalam Masa 7 Hari

Upin dan Ipin Siamang Tunggal dah keluar kat pawagam dan memang ngam dengan cuti sekolah jadi ibu bapa boleh bawa anak-anak menonton wayang cerita upin dan ipin. 

Kalau sebelum ini movie upin dan ipin Geng Pengembaraan agak memberangsangkan dengan kutipan 6.2 juta namun kurang memberangsangkan kutipannya di Brunei. Turut ditayangkan di Indonesia namun tidak dapat dipastikan jumlah kutipan sebenar di Indonesia. 

Kali ini,  Upin  dan Ipin dengan misi terbaru Keris Siamang Tunggal berjaya mendapat kutipan tertinggi dalam masa 7 hari sahaja iaitu 12.1 juta. Satu jumlah yang sangat besar dan memberi impak positif pada movie Upin dan Ipin yang terbaru. 

Movie Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal Catat 12 Juta Dalam Masa 7 Hari
Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal Carta no 1 di semua pawagam.

Sinopsis Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal 

Mengisahkan pengemberaan Upin dan Upin yang terjumpa satu keris misteri ketika kemas stor milik tok Dalang bersama- sama rakannya. Tetiba keris tersebut membuka satu ruang dimensi ke dunia lain iaitu dunia Inderaloka. Dari situ bermula pengembaraan Upin dan Ipin merungkai Keris yang menjadi tanda tanya. Apa yang misterinya Keris ni? Korang kena tengok cerita ni kat wayang le. 

Ulasan Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal 

Movie ini bagi aku agak menarik juga jalan ceritanya namun tidak terlalu wow namun boleh dibanggakan dengan pencapaian animasi movie ini.

Banyak scene yang memukau dari segi pemandangan sungai, kawasan perkampungan dan banyak lagi. Lagu yang disajikan memang sedap didengar sampai buka youtube dengar berulang kali dengar. 

Ada orang agak sedih tengok cerita ini tapi bagi aku tak sedih langsung. Cerita si tanggang masa kecik aku sedih la gak time baca buku tapi movie ni recreate balik dalam bentuk movie cam biasa pula tengok...

Kurang enjoy skit sebab aku tak beberapa gemar scene yang diadaptasi cerita lama rasa macam tak suprise pula. Pastu babak ketawa upin ada ipin banyak macam annoying plak dengar. Mngkin aku tak suka budak kot. hahaha

Lagipun cerita ni pun untuk budak-budak jadi tak kisah sangatlah.. dorang pun tak kisah kalau cerita diadaptasi ke banyak ketawa ke janji enjoy. 

Overall, cerita ni memang best tak bosan sangat dan antara animasi terbaik pernah dihasilkan oleh orang Malaysia. Bagi 7/10 Bintang. Recommended untuk budak-budak. 

Thursday, 7 March 2019

Movie Captain Marvel Pelengkap The Avengers End Game

Captain Marvel dah pun berada kat wayang sejak 6 hb Mac dan movie ni lah antara movie yang ditunggu-tunggu oleh peminat Marvel.

Apa yang bestnya Captain Marvel ni? Sama macam captain america ke or sama macam superman ke?

Bagi aku sendiri Captain Mavel ni bukan macam america punya style sebab captain america punya kuasa based on strength je dan mengharap perisai je. Manakala superman pun lain juga walaupun lebih kurang sama tapi dari segi latar belakang superman bukan dari penduduk bumi dan keturunannya memang ada kuasa dalam dunia dorang. Kuasa pun lain dari lain yang mana captain marvel hanya manusia biasa dan mendapat kuasa cahaya tanpa sengaja.

captain marvel

Sinopsis Captain Marvel

Mengisahkan captain Marvel yang agak keliru tentang dirinya ini kerana dalam fikirannya selalu terimbas-imbas yang dia ni pernah berada kat bumi padahal dia ni keturunan dunia Kree. Sehinggalah satu hari ni dia terdampar ke bumi untuk berjumpa dengan seseorang yang bernama dr Lawson yang mana dr menjadi buruan enemy thats y captain marvel as spy cuba merungkai kenapa dr lawson ini penting sangat bagi enemy. Pada masa yang sama cuba mencari jawapan kekeliruan tentang identitinya sendiri. 

Feedback tentang Captain Marvel 

Bagi aku sendiri cerita ni boleh kata just ingin memperkenlkan kita siapa itu Captain Marvel. Dan pengenalan macam mana wujudnya nama marvell dan dari movie ini korang dapat tahu kenapa mata nick fury sebelah tak ada.

Aku rasa macam cerita ini cepat sangat habis.. and i want more. macam tak puas lagi tengok cerita ini.  Dari segi action tak berapa banyak sangat tapi agak padu juga scene battle tu. 

Overall bagi aku still the best sbb cerita marvel mesti ar la best. haha. 

Aku bagi rating 8/10 bintang untuk movie ni.

Dan movie yang paling ditunggu adalah Avengers End Game yang bakal ditayangkan pada bulan April nanti. Captain Marvel pasti ada menjadi pelengkap cerita untuk memusnahkan thanos nanti. Dengar cakap orang Captain Marvel bakal putar balik masa nanti? Betul ke? Tgk movie captain Marvel macam takde tunjuk kuasa putar balik masa. 

Friday, 22 February 2019

Konsert Siti Nurhaliza On Tour Di Jakarta Mendapat Reaksi Memukau

Penyanyi popular Negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membuka tirai pentas jelajah tiga negara asianya di Jakarta, Indonesia pada 21 Mac 2019 (Khamis)

Seramai 3,000 peminat dari dalam dengara dan luar negara telah hadir menyaksikan konsert siti Nurhaliza yang berlangsung di Istora Senayan Jakarta.

Pembukaan Konsert Siti Nurhaliza On Tour Dengan lagu irama Tradisional
Selepas enam (6) tahun tidak membuat persembahan berskala besar di Indonesia kini kembali dengan aksi persembahan yang penuh bertenaga khas buat peminat yang merindui suaranya.

“Indonesia begitu istimewa di hati saya, bagaikan rumah kedua untuk saya. Malah Indonesia merupakan lokasi pertama untuk jelajah kali ini,” kata Siti ketika membuka tirai persembahan.
Siti Nurhaliza membuka tirai persembahannya dengan lagu irama tradisional yang pernah popular di Indonesia seperti Cindai, Badarsila, Nirmala, Joget kasih tak sudah dan banyak lagi.

Konsert Siti Nurhaliza On Tour Di Jakarta Mendapat Reaksi Memukau
Aksi memukau Siti Nurhaliza
kemudian beliau mempersembahkan lagu-lagu 90an yang menjadikan beliau popular di serantau asia dan terus menjadi menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang zaman.

Seterusnya menyambung dengan persembahan akustik dan moden.

Artis jemputan kali ini adalah Tulus yang digandingkan bersama menerusi lagu Seindah Bersama.

Sepanjang konsert tersebut berlangsung rata-rata peminat beliau memberi sorakan tanda sokongan dan gembira dengan persembahan beliau.

Bagi sesiapa yang tidak dapat melihat persembahan beliau di jakarta jangan lupa untuk dapatkan tiket persembahan seterusnya di Singapora 2 Mac dan 16 Mac di Malaysia.

Apa yang lebih menariknya adalah beliau akan kembali ke Royal Albert Hall, London buat kali kedua pada 22 April ini.

Keseluruhan jelajah Siti Nurhaliza on Tour akan dirakam dan diterbitkan sebuah dokumentari berjudul They Call Me Siti.

Friday, 30 November 2018

Ulasan Tentang Movie Tamil 2.0

Ini rasanya kali kedua saya tengok movie tamil kat pawagam. Sebelum ni tengok movie tamil genre seram kelakar dengan family kali ni dengan memberi genre aksi.

Sebenarnya ramai yang ternanti-nantikan movie tamil yang ni sebabnya hero ni memang legend dan sangat terkenal kat Malaysia siapa lagi kalau tak bukan Rajinikanth. Memang semua orang kenal dari dia muda sampailah dia tua pun masih berlakon.

Movie 2.0 ini adalah kesinambungan dari yang pertama.. Tajul movie pertama lupa dah tajuknya. haha. Yang kedua diberi nama 2.0 kira upgrade versi 2.0 la. Lagi power la robot kali ini..

Ulasan Tentang Movie Tamil 2.0
Movie Tamil 2.0 

Sinopsis Movie 2.0


Mengisahkan seorang saintis yang cuba merungkai masalah yang terjadi kat bandar tersebut. Di mana hampir ke semua penduduk kebingungan apabila hp terbang ke langit secara tiba-tiba. Saintis tersebut cuba untuk menghidupkan kembali robot lamanya untuk membantu merungkai masalah kat bandar tersebut. 

Ulasan tentang movie 2.0

serius saya datang tengok cerita ini memang tak expect tinggi pun just biasa-biasa je nak pergi tengok sebab yang pertama dah kelakar yang kedua ni pun mesti la lagi kelakar la kan.. 

Secara jujurnya cerita ni bolehlah so-so la.. dari CGI pun walaupun nampak kartoon tapi overall puas hati dengan cginya.. kira ada peningkatan.. bukan senang movie tamil nak buat cerita macam ni.. 

ada babak tu memang kelakar habis..

cuma kekok tengok bila ada bab rajinikant lari.. haha mungkin atas sebab faktor usia kot tu yang lari ke jalan tu. haha

carita ni ada ala-ala macam Ghostbuster pun ada. hehe. agak merapu la tapi kelakar hahaha

Saya bagi 6.5/10 Bintang untuk movie tamil 2.0. 

nasib baik tak ada nyanyi-nyanyi dalam movie ini. 


Wednesday, 26 April 2017

Inilah Kenapa Anugerah Meletop Era 2017 Paling Teruk

Anugerah Meletop Era 2017 - Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bagi memenangi kategori masing-masing. Namun ada beberapa yang kurang enak dan berkenaan Anugerah Meletop Era yang baru sahaja melabuhkan tirai.

Berikut adalah perkongsian dari Haziq berkenaan dengan Anugerah Meletop Era baru2x ini.  Ada beberapa part yang bagi aku sendiri setuju dengan kenyataan si haziq ni..

Anugerah Meletop Era paling teruk 2017 ke?


1. Opening Radhi OAG yg mengarut, dah mcm rupa org kena rasuk saka siap lompat sesuka hati kat crowd tu,syok sndiri brader. Mungkin itu style gigs or band undergound terdahulu.. terbawa2x ke atas pentas.. better M.Nasir yg perform baru gempak

2. Pakaian host lopa mcm org nak pergi larian amal, tshirt pendek ikat tepi, skirt itam dah mcm reban ayam serama,shawl lilit belakang mcm anak dara basuh pinggan kat dapur. Dalam instagram stories Neelofa ada mengatakan ianya adalah fesyen trend terkini tapi macam tak trend je dengan sekarang lg2x kat malaysia ni..

3. Tak perlu ada Johan, cukup nabil ng lopa tu je,bila ada johan mula la merapu2 meleret2, sikit2 nak tunjuk drama mesra laki bini,dah show kat IG tak pyh la nak show kat public.

4. Apa motif nak up kan si Ayda Jabat tu? siap bagi list skandal ayda bagai? cukup la buat psembahan je,tak payah la nak mgedik laki pompuan pegang tangan,siap ada si reza bagai.. terkejut bak hang main2x pegang tangan plak...

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
5. Tak perlu ada crowd yg mnjerit2 tepi stage tu, merapu beb,dah 2017 masih ada anugerah yg upah budak2 skolah mnjerit2, tkinja2x macam ni.

6. Adap host bila ada karyawan,seniman yg lebih brusia, kenapa ye pak2 lawak skrg suka buat joke yg x alert dgn situasi, nak bgurau dgn Dato yusuf haslam siap ajuk ckp dia,siap panggil lam bagai, dgn Dato M.Nasir siap gelakkan persembahan dia,kata bawak lori la, kamon weh,mereka tu wajar dihormati sb dh bnyak jasa pada industri jgn la 24jam buat lawak bodoh.Sama dgn malek noor,kesian beliau berdiri mcm takde fungsi.Blaja la respek org

7. Rasional panggil “tok wan" smata2 nak tengok beruk2 mrosakkan lagu negaraku yg ntah hape2?? alert la astro oii. Pakcik tua bserban dkelilingi artis seksi, psmbahan tkinja2, bingit..aduh kesiannya dia.bukan that way cara yg betul nk hargai jasa seseorang.

8. Anugerah host spatutnya layak pada dato Ac @ Mat Dan sebab diorang ada rancangan sndiri, apekehal lopa menang sb rancangan taste seleberiti??? kalau menang sb host rancangan meletop ok lagi,ni rancangan yg 1 episod je?? mcm tak kena sangat. Kalau taste seleberiti tu bagi aku yg layak si syatila melvin sb dia buat lagi ummph.tak caya pi tengok.

9. rancangan radio,yg paling layak dan tkesan spatutnya sepahtu sinar,lagi bnyak pngisian,kelaka dan tak mnyakitkan telinga dgn jerit pekik si johan,ray,anip tu.

10. Ada pulak babak drama suri hati dlm anugerah tu?? apa motif astro ng lopa nih?? mcm syok sendiri betul, kamon la lopa jgn la nmpak mcm murah sangat,dah mcm ngkau pulak thegeh2 nak si patah ni, siap perli2 bagai, mcm tdesak pon ade.

11. Anugerah top meletop..Nampak tak mcamana despratenye si lopa nak umumkan pemenang,nak umum sorang2 je, nabil nak tengok pun tak bagi,pastu takdak drum bagai terus announce..patah amin..lol camtu ke bagi anugerah paling top??????

12. boleh pulak si patah plak announce top meletop wanita. Macam dah tau je sape pemenang,siap suh lopa dok tepi siap sedia..weh malu weh..anugerah syok sendiri,dah tau sape menang,mcm takde kejutan. lain kali hangpa hangkut la semua anugerah tu bagi kat hangpa.

Mungkin anugerah ini sekadar suka2x je dan tak buat secara eksklusif so lantak la nak buat anugerah yang macam mana yang penting seronok dikalangan artis berbanding anugerah berprestij macam Anugerah Skrin, AJL, Anugerah Bintang Harian dan sebagainya.

Sunday, 14 June 2015

Humood Alkhudher Popular Di Malaysia Gara-Gara Lagu Kun Anta

Humood Alkhudher popular di Malaysia gara-gara lagunya iaitu Kun Anta menerusi Instagramnya yang menjadi kesukaan gadis-gadis di Malaysia. Bukan sahaja lagu yang sedap malah paras rupanya kacak membuatkan ramai gadis tertawan.

Selain itu, ramai yang menjadikan lagu Kun Anta sebagai cover dan Dubsmash di laman sosial. Video Youtube Kun Anta telah menerima 13 Juta lebih Views.

Tentang Humood Alkhudher?


Dilahirkan di Kuwait dan Humood banyak menghabiskan zaman kecilnya di England sebelum kembali di Kuwait. Sangat fasih berbahasa Inggeris. Sejak remaja, Humood berminat dalam dunia seni dan muzik. Humood banyak telah mengeluarkan lagu single dan video muzik pada 10 tahun yang lalu. Humood juga mempunyai rangkaian social media iaitu facebook yang kini mencecah 1 juta lebih likes.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Humood juga telah menerima kontrak untuk berkerjasama di bawah Awakening Record bermula Januari 2015. Awakening Records telah banyak membantu artis-artis dibawahnya menjadi popular seperti Maher Zain, Hamza Namira, Harris J dan banyak lagi

Nama : Humood Alkhudher
Tempat Lahir : Kuwait Tahun Lahir : 1989
Umur 2015 : 26 Tahun Status : Berkhawin
Lagu : Kun Anta, Keep Me True, Lughat Al’Aalam
Facebook : Humood AlkhudherTwitter : Humood Alkhudher
Instagram : Humood Alkhudher

Aktiviti Humood Di Malaysia


Beberapa hari yang lepas sehingga hari ini, Humood menerima banyak jemputan untuk menemu bual serta menyanyikan lagu Kun Anta secara live.


Antara jemputan yang diterima adalah SInar, Fm, Nasional FM, Rancangan Meletop (Astro), Malam Inspirasi Kun Anta, Pelamin Fantasia dan banyak lagi.

Peribadi Humood ketika ditemu bual oleh wartawan dapat dilihat Humood seorang yang sangat mesra, sporting, murah dengan senyuman dan Fasih dalam bahasa inggeris.
Intipati Kun Anta

Lirik lagu Kun anta tidak membawa makna yang kosong kerana disebalik lagu tersebut mempunyai nilai murni yang patut diserapkan oleh orang ramai.

Untuk menjadi sempurna dalam kehidupan adalah menjadi diri kita yang sebenar. Kekayaan tidak mampu memberi kecantikan yang sempurna melainkan kita menjaga 'hati' kita dengan baik.

Boleh lihat lirik lagu [DISINI]

Thursday, 23 October 2014

Siti Nurhaliza Masih Berbisa Meski Usia Semakin Meningkat

Tahniah diucapkan kepada Siti Nurhaliza dalam pencapaiannya di Anugerah Planet Muzik 2014 kerana berjaya merangkul serta membawa pulang 2 anugerah terbesar APM 2014 iaitu Artis Terbaik Wanita serta Lagu Terbaik menerusi lagu Lebih Indah.


Siti Nurhaliza Masih Berbisa
Biduanita Dato Sri Siri Nurhaliza


Dalam usia yang semakin meningkat namun pencapaian siti tetap masih membanggakan buat rakyat Malaysia kerana mengharumkan nama negara Malaysia di pentas Industri Malaysia. Tambahan lagi, Pencapaian Siti Nurhaliza dalam dunia nyanyian sememangnya tidak dapat dinafikan oleh mana-mana artis lain dengan vokal yang masih berbisa.

Jarang sekali kita dapat melihat artis yang boleh bertahan lama dengan populariti selama 20 tahun, ini bermakna sudah lebih 2 dekad siti Nurhaliza berada dalam dunia nyanyian dan masih mengekalkan budaya sopan santunnya dari dulu sehingga kini. Tidak hairanlah beliau mendapat anugerah paling popular berita harian selama 13 tahun berturut-turut dan anugerah serantau paling popular (APM) selama 10 tahun berturut-turut.

Album Fragmen Dapat Reaksi Positif

Beberapa bulan yang lepas, kita dapat lihat Siti Nurhaliza telah berjaya melancarkan album Fragmen yang amat dinantikan oleh peminatnya dan respond yang telah diberikan sangat positif seterusnya membawa album Frgmen menerima anugerah Platinum.

Buat masa ini, beliau telah ke Jakarta, Indonesia dalam usaha mempromosikan album Fragmen di sana serta membuat beberapa konsert bagi mengubati kerinduan peminatnya di sana tanpa rehat selepas menghadiri APM 14. Di jakarta, beliau telah dilayan seperti anak emas dek kerana suara dan popularitinya yang masih kekal sehingga kini membuatkan beliau dikagumi oleh artis-artis di sana.

Sedikit kejutan buat peminat di Jakarta apabila Siti Nurhaliza menyampaikan lagu terbaru berduet dengan Cakra Khan iaitu Seluruh Cinta yang telah diselitkan dalam album Fragmen khas untuk Indonesia.

Siti Nurhaliza Ungguli AIM 21 (2014)


Terkini beliau telah mengungguli pencalonan AIM 21 sekaligus merupakan artis yang menerima pencalonan terbanyak untuk AIM 21. Beliau telah mempetaruhkan album Lantera Timur dan Fragmen untuk AIM 21 kali ini.

Berikut adalah 8 pencalonan yang telah diterima oleh Siti Nurhaliza dalam anugerah Industri Muzik yang akan berlangsung pada bulan disember 2014 :

  1. Rakaman Album Terbaik - Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza

  2. Rakaman Album Terbaik - Konsert lentera Timur - Dato' siti Nurhaliza

  3. Susunan Lagu Terbaik - Aubrey Suwito - Lebih Indah

  4. Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu - Datuk Siti Nurhaliza - Lebih Indah

  5. Lagu Pop Terbaik - Dato Siti Nurhaliza - Jaga Dia Untukku

  6. Lagu Pop Etnik Terbaik - Datuk Siti Nurhaliza - Popaleh Weh

  7. kulit Album Terbaik - Fragmen

  8. Album Terbaik - Fragmen