Monday, 22 July 2013

Budak Maut Dalam Kereta

Terpanggil untuk mengulas pasal isu ini. Jodoh,  ajal maut semuanya kuasa ALLAH, siapalah kita semua nak persalahkan si ibu? Ini takdir dari ALLAH, Jadi wajar ke kita manusia menyalahkan takdir? Ajal setiap kita tak tahu & cara kematian juga kita pun tahu. Kasihan si ibu, tekanan kematian anak yang dia fikir berpunca dari diri dia ditambah lagi dengan 'golongan prihatin' yang hanya tahu menyalahkan tanpa cuba letakkan apa yang berlaku dibahu sendiri. Ibu mana yang tak sayang anak? Anak yang berada didalam kandungan bersama-sama tak pernah berpisah selama 9 bulan.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Sabarlah wahai ibu, ini takdir ALLAH, redhalah, dengan keredhan itu lebih mendekatkan diri kita dengan pencipta. dengan hanya melihat,  kami rasakan kesedihannya, apatah lagi yang menanggung, ALLAH duga kerana ALLAH beri peringatan dan kerana sayang

17 Comments

kesiankan. terkejut juga masih ada lagi kes macam nih.

Aku tak caye la macam mane ibu die boleh tak ingat anak die ade dalam kete...

aku pun terkejut, bukan sekali kes, rasa tahun lepas pun ada kes yang sama.

biasala bro kalo dah busy dengan meeting, sampai anak pun boleh lupa.

kalau tak silap, cikgu kan yang kena ni.. tu la, kesian kat dia. dah la terkejar-kejar dengan tugas, sampai anak sendiri mati dalam kereta. emmmm. dengar ura-ura nak kena tindakan lagi tu mak dia.

Kita sepatutnya belajar daripada kesilapan orang lain.
Beringatlah apabila kita membawa anak sendiri berjalan naik kereta.

setuju dengan bro, kurang adil terus 100% salahkan ibu anak ni, ibunya mesti sangat kelam kabut uruskan anak, kerja dan keluarga, kecuailan boleh berlaku bila2.
ini sebagai peringatan untuk kita juga dan ujian besar untuk ibu ini.

kesilapan begini memang sukar untuk dilupakan

macam manalah keadaan si ibu tuh sekarang , mesti rasa bersalah tidak terhingga...huhu

mesti rasa bersalah sangat tu mungkin boleh sampai tahap trauma.

Kesilapan diri sendiri. Tak perlulah meratapi pemergian anak. Moga jadi pengajaran buat kita. InsyaAllah..

a'ah cikgu, dengar pun macam tu maknya bakal dikenakan tindakan mengikut undang2x keluarga.

Peringatan utk semua..maut tak kira usia dan tempat