√ Buku Agenda Politik Syiah - Adarain

Buku Agenda Politik Syiah

Ini adalah kali pertama beli buku pertama secara online di pts.com.my dan buku yang dibeli ialah Politik Agenda Syiah. Harga asal adalah RM20.00 tetapi telah mendapat diskaun sebanyak RM2.00 dari pts.com.my. Setelah mendapat potongan diskaun harga buku menjadi RM18.00 tidak termasuk kos penghantaran sebanyak RM6.00. Jumlah keseluruhan adalah RM24.00 Sahaja. Semua mampu memiliki buku ini. Kalau korang boleh beli baju secara online apa salahnya korang beli buku pula secara online di pts.com.my. Banyak pilihan buku-buku yang boleh dibeli.

Agenda Politik Syiah


Kenapa  aku beli buku ini? Perkara pertama yang menyebabkan aku teringin sangat nak beli buku ini ialah ingin mengetahui lebih mendalam berkenaan dengan Syiah yang selama ini menjadi berita hangat di seluruh dunia Islam pada masa kini. Perkara kedua ialah buku ini telah diterjemahkan secara sah daripada buku asal berjudul 'Syiah Memang Sesat' oleh Dr. kamaluddin Nurdin Marjuni di mana Dr. kamaluddin merupakan pensyarah aku sepanjang aku belajar di Universiti.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Di dalam buku Agenda Politik Syiah ini akan merungkai persoalan di sebalik agenda politik Syiah. Sebagaimana yang kita tahu, Syiah merupakan sebuah mazhab terpesong yang dibayangi pemimpin-pemimpin tersohor.

Buku ini menghidangkan secara terperinci berkenaan:

  • Punca sebenar yang menjadi perpecahan umat Islam sehingga mencetuskan permusuhan ketat.

  • Perpecahan dalam Syiah dan kesannya terhadap Ahli Sunnah.

  • Benarkah imam-imam Syiah Maksum?

  • Mencari titik penyatuan Syiah dan Ahli Sunnah.

Kepada mereka yang ingin dapatkan buku ini boleh dapatkan di pts.com.my atau di kedai buku berdekatan dengan tempat korang. Semoga buku ini memberi manfaat kepada diri ini yang cetek ilmu dan sentiasa menagih ilmu untuk bekalan di akhirat.  Jom singgah sini untuk mengetahui 23 ciri-ciri ajaran Syiah

Get notifications from this blog

11 comments

  1. Bahaya Syiah ni.. kat negara kita pun dah ramai, sangat takut akan situasi macam ni..

    ReplyDelete
  2. Saya berminat nak membeli buku ini, disebabkan tertarik untuk mengetahui maklumat yang lebih tepat tentang fahaman Syiah

    ReplyDelete
  3. Elok jugak baca buku ni, makin lama makin luas pengaruh syiah. Sekurang2nya kita tau macamana benda ni mempengaruhi.

    ReplyDelete
  4. Elok jugak untuk tambah pengetahuan dengan membaca buku macam ni. Jangan terpengaruh dengan Syiah je dah.

    ReplyDelete
  5. fuh.. memang bahaya syiah sekarang ni.. makin menular di kalangan rakyat kita hingga ke alhi politik.. harap2 kerajaan bertindak lebih agresif menangani masalah ni..

    ReplyDelete
  6. Buku ini bisa jadi rujukan yang tepat untuk mengetahui siapa sebenarnya Syiah itu dari pada melalui internet mungkin sumbernya kurang terpercaya

    ReplyDelete
  7. Thanks utk info, boleh lah cari buku ni nnti. Syiah ni ibarat kanser, dalam diam makan dalam.. lama2 membunuh..

    ReplyDelete
  8. hoho..macam best aje buku nih..

    ReplyDelete
  9. buku-buku sebegini bagus sebab kita leh tahu bagaimana dan kenapa sebenarnya, kalau tak rajin membaca memang kita tak tahu

    ReplyDelete
  10. Menari buku ini....saudara boleh buat artikel banyak-banyak tentang amalan Syiah ni, supaya rakan-rakan lain dapat memehami apa yg terkandung di dalam buku ini. Dapat pahala lagi jika berkongsi maklumat kepada rakan-rakan dan sama-sama memahami apa itu Syiah?

    ReplyDelete