Zikir Terapi Diri Bersama Hafiz Hamidun
Minta maaf buat Bro Hafiz hamidun sebab RIP terus tak sabar punya pasal. Begitu juga dengan album Zikir Terapi Diri yang pertama aku RIP dari album rakan yang telah dibelinya dan dia juga merupakan penyanyi utama kumpulan apa aku pun dah lupa sebenarnya, haha. Teruk gila aku .
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Sesuai dengan tajuk aku, Tenang bersama Zikir terapi diri. Selama ini kita diperdengarkan lagu cinta cintun, rock yang mimbingitkan telinga cubalah sekali sekala dengar zikir terapi diri yang diberi nafas baru oleh hafiz hamidun ini. Aku percaya, korang takkan menyesal dengar zikir terapi diri ini.
Korang akan terpikat dengan kemerduan suara dari hafiz hamidun tambah pula zikir yang boleh memberi kedamaian serta ketenangan hati untuk terus mengingati ALLAH.
Berbalik kepada album terbaru Terapi zikir 2 yang kalau mengikut pandangan aku album terapi zikir diri yang pertama tetap dihati ini kerana semua lagu zikir menarik minat aku berbanding yang kedua hanya beberapa sahaja lagu zikir yang membuatkan aku tertarik untuk mendengar.
Alunan muzik pula untuk album kedua mengingatkan aku tentang album yang pertama sedikit kurang lebih sama. Tetapi keseluruhan untuk Zikir terapi Diri yang kedua ini amat membanggakan kerana muziknya membuatkan kita terlupa buat seketika tentang dunia dengan menghampirkan diri dengan ALLAH. Berikut adalah track list album Terapi Zikir Diri 2.
Track List:
- Rabbi Zidni.
- Ilahi Last.
- Zaljalali Wal Ikram.
- Malikul Haq.
- Allahu Ya Rahman.
- Maghfirah.
- Tubna Ilallah.
- Karimu Antallah.
- Subhanallah Walhamdulillah.
- Habib.
- Rabbibil Mustofa
Bagi mereka yang sudah dengar album terapi zikir diri yang pertama mesti kena beli album terbaru Terapi zikir Diri yang kedua dari hafiz hamidun. Untuk preview album terapi Zikir 2 boleh klik di sini --> Terapi Zikir Diri 2.
22 Comments
Masih belum milikinya, memang jika kita berzikir atau mendengar alunan zikir ni kita jadi tenang dan jiwa boleh pulih tau Bahrain.
Lagu yang mana ek... dkna kene dengar gak nie
Oh.... Koleksi Lagu Nasyid & zikir rupanya..
Ikhlas,
AMIN JOHAR
(Pendaftar Domain)
PAKAR NIAGA
betul tu kak,rasa tenang je hati.
Rabbi Zidni, Ilahi Last, Zaljalali Wal Ikram dan Habib. Dengarlah, memang best!
memang suka dengar lagu terapi zikir diri, sekurang2xnya dapat juga pahala.
ehh..dah ada nombor 2 dahh..
Yang 1st tu pun menarik semua lagunya,yang kedua ni mesti laris juga jualannya nanti
Sesungguhnya alunan zikir dan Al=Quran adalah halwa telinga yang baik, dapat pula pahala..
serius bro...baru krole tahu pasal zikir terapi ni...insyaAllah kalau ada rezeki nak cari juga album ni...tq sharing
Memang tenang mendengar lagunya
Saya dah ada versi pertama..
Suka dengar terapi ni kasi tenang jiwa terkadang berair mata
salam apa lagi jika kita baca dan amalkan sendri pasti hati akan rasa aman dan bahagia :)
nak carilah albumnya nanti...
saya mau cari di youtube, semoga saja ada lagunya nie
sesiapa yang berzikir penuh penghayatan akan beroleh ketenangan
baru semalam beli CD Terapi Zikir 1 kat PKNS Bangi..
Sebab dah biasa dengar kat astro 106..untuk yang kedua boleh cuba dengar preview dulu ni
Lagu daripada hafiz Hamidun memang sedap~ dari album pertama dan kedua.
zikir terapi ni memang best dengar. sayu tenang aje..
Ada Zikir terapi 1 je stkt ni. bg aku, kalau dengar masa drive boleh wat aku ngantuk, tp kalau duk rileks dlm rumah or masa study, rasa tenang je. Best. Recommended to everyone :)
haha, sama jugak boleh mengantuk dibuatnya.. cuba dengar terapi zikir yang kedua, boleh tahan best juga.