√ Konvoi Raya Bersama Rakan - Adarain

Konvoi Raya Bersama Rakan

[caption id="attachment_460" align="aligncenter" width="504"]Konvoi Raya Konvoi raya di rumah rakan[/caption]

Konvoi Raya mengeratkan Sillaturrahim


Mood raya belum habis lagi, Ramadhan sebulan maka syawal pun sebulan juga. Dah lama betul aku tak menyertai konvoi raya, tahun ini baru ada mood nak berkonvoi raya bersama dengan rakan-rakan yang lain. Terubat rindu dengan rakan-rakan lain yang sama sekolah dulu. Sebenarnya rancangan nak berkonvoi pun tak disangka  dan dibuat secara mengejut sebelum sehari kami berkonvoi. Bila bertemu dengan rakan sekolah banyak soalan yang ditanya antaranya dah kahwin ke belum, dah kerja ke belum, bila nak dapat anak? dan macam-macam lagi.

Senyum itukan Sedekah


Konvoi raya tahun ini ramai yang tak dapat datang dan yang dapat datang hanya dalam 6 orang sahaja. Jadi kita mengikut rancangan yang telah dibuatkan. Menziarahi rumah rakan-rakan kemudian rumah cikgu pula.

Bila berkonvoi dua perkara yang tak boleh lari ialah penat dan kenyang. Rumah rakan punyalah jauh bukannya dekat 500 meter tapi ini lebih dari 10 KM. Kira-kira lebih 7 buah rumah yang kami ziarah dan cuaca pada masa itu panas terik.  Rumah pertama sahaja kami ziarah dah dijamukan dengan kek yang sangat sedap seperti kek secret recipe di tambah pula dengan puding. Memang tak terhabis makan kek semua itu terpaksa berhenti makan sebelum kenyang nanti rumah lain tak tahulah apa makanan yang diorang buat. Macam-macam makanan yang dicampur dalam perut, ada mee kari, ada nugget, ada kuih dan lain-lain. Rasa macam nak meletup perut pun ada masa tu. Siap telefon lagi jangan masak apa-apa cukup sekadar kuih dan air sahaja, tapi diorang masak juga jadi nak tak nak terpaksalah makan juga.

[caption id="attachment_467" align="aligncenter" width="465"]Duit Raya Rumah pertama dah dapat duit raya RM20. Terima kasih tuan rumah.[/caption]

Seawal 8.00 pagi kami mula berkonvoi sehinggalah pukul 6.30 petang barulah selesai kami berkonvoi. Memang penat yang teramat sangat ditambah pula dengan perut yang kekenyangan. Inilah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Terima kasih kepada rakan yang invite aku untuk menyertai konvoi dan sudi menumpangkan kereta. Semoga tahun depan kita  berjumpa lagi.

Get notifications from this blog

9 comments

  1. Memang tahun ni banyak betul sampul duit raya RHB ni. Mana-mana aku pegi beraya, sure anak aku dapat duit raya dalam sampul RHB yang sama macam ni. Haha.

    ReplyDelete
  2. Tahun ini guna sampul pasaraya Giant yang diberi percuma.

    ReplyDelete
  3. wahh..dapat duit raya..dengkinya gua..

    ReplyDelete
  4. suka tengok kek itu lagi - lagi time komen nih time minum haha

    ReplyDelete
  5. suka dengan kek coklat tuh...dapat duit raya lagi...cikgu bagi ker....hehe

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat join Konvoi raya... Boleh mengunjungi rumah kawan-kawan... ;)

    ReplyDelete
  7. Gambar konvoi tak ada ke?hehe...bagi saya, rasa seminggu aje..entah lahh..rasa mcm kureng seronok sikit raya tahun ni..emmmm

    ReplyDelete
  8. Walaupun penat dan melelahkan juga terbayar nie bisa bertemu dan bertatap muka dengan rakan2 anda
    Nice share :)

    ReplyDelete
  9. Zaman sekolah dulu je konvoi raya nga kawan2 ni huhu

    ReplyDelete