Movie Cina Yang Terhebat Sepanjang Tahun 2013 - adarain

Sunday, 2 February 2014

Movie Cina Yang Terhebat Sepanjang Tahun 2013

Movie cina yang best -Rasanya tak terlambat untuk mengucapkan selamat Tahun Baru cina kepada semua Bangsa Cina Di Malaysia. Semoga tahun ini ada tuah untuk korang semua.


Dan sempena tahun baru cina ini, pasti kebanyakan stesen tv akan memutarkan rancangan khas untuk tontonan orang ramai terutamanya mereka yang berbangsa cina. Hampir kesemuanya memutarkan rancangan yang sudah ditayangkan sebelum ini berulang kali.  Rasa tak syok dan boring.


Kalau sebelum ini aku ada berkongsi tentang filem hollywood paling seram dan filem korea paling best dan untuk kali ini mahu berkongsi pula movie cina yang tehebat sepanjang tahun 2013. Kesemua movie cina yang dinyatakan berdurasi selama 2 jam lebih dan mendapat box office di nagara sana.



Berikut adalah  movie cina Yang terhebat sepanjang tahun 2013:


1) The White Storm
Filem ini mengisahkan di mana 3 orang rakan yang bertugas sebagai polis berusaha untuk menumpaskan pengedaran dadah yang semakin hebat di Hong Kong. Pada suatu hari, mereka telah menerima berita bahawa pengedar dadah utama berada di Thailand dan mereka ke sana untuk memburu serta menangkap pengedar tersebut.


Namun, kejadian yang tidak diingini berlaku atas kesilapan salah seorang rakannya yang membocorkan rahsia kepada musuh. Kesilapannya menyebabkan misi gagal dan menyebabkan ramai anggota polis  terbunuh. Adakah kesilapannya akan dimaafkan oleh rakannya yang lain?




[caption id="attachment_1499" align="aligncenter" width="399"]movie Cina Yang Terhebat Sepanjang Tahun 2013 sumber dari movieonlive.pixnet.net[/caption]

Filem aksi antara yang terbaik di Cina yang memaparkan semangat setia kawan dalam menangani musuh. Penuh dengan aksi mencabar dan juga babak sedih.


2) Young Detective Dee Rise Of The Sea Dragon
Filem ini yang berdurasi selama 2 jam mengisahkan di mana detektif Dee berusaha merungkai masalah yang berlaku di Istana dengan kemusnahan banyak kapal yang tidak di sangka. Detektif Dee juga cuba merungkai masalah yang terjadi kepada salah seorang yang bertukar menjadi 'monster' yang hodoh.


Masalah tersebut berjaya dijawab apabila 'monster' tersebut telah meminum teh yang mengandungi racun menyebabkan penukaran kepada monster. Namun, kemusnahan kapal serta kemunculan raksasa pelik dalam laut menjadi tanya buat Detective Dee untuk menyelesaikan masalah.  Detektif Dee telah dibantu oleh rakannya yang merupakan seorang tabib yang hebat.


Filem ini merupakan prekuel dari filem Detektif Dee and The Mystery Of Phantom Flame pada tahun 2011. Selepas sahaja menonton filem Young Detective Dee Rise Of The Sea Dragon, jangan lupa untuk tonton filem prequel yang sebelumnya pada tahun 2011.


Filem ini sangat hebat dengan suasana Istana yang gah di tambah pula dengan Pemaisuri yang melaram dengan pakaian yang cantik.


3) Ip Man : The final battle
Kalau suka menonton Ip Man yang sebelumnya, tidak sah kalau melihat filem sekuel yang seterusnya Ip Man The final Battle. Filem ini yang mengisahkan di mana hero telah berhijrah ke suatu tempat iaitu Hong Kong untuk mengembangkan tentang ilmu kung-fu dengan membuka satu sekolah di sana.


Sepanjang kehidupannya di Hong kong banyak cabaran yang dilalui oleh hero tersebut antaranya kemiskinan yang melanda Hong Kong, Kematian seorang isteri tercinta dan terlibat dengan pergaduhan anak muridnya bersama gangster di suatu tempat yang agak tersembunyi. Dapatkan Hero tersebut mengatasi dan menyelesaikan masalah tersebut?


Kalau tak silap filem ini di ambil dari kisah benar kerana di penghujung filem ini kita akan dapat lihat video asli hitam putih di mana hero sedang belajar kung fu dan pada masa itu video tersebut telah dirakam oleh anaknya sendiri. Filem ini berlatarbelakangkan zaman dulu kira-kira dalam 50-60an.


4) Special Id
Filem ini mengisahkan seorang polis bernama Yen telah menyamar sebagai seorang ahli gangster. Dalam penyamaran tersebut, tidak disangka penyamarannya sebagai ahli gangster terbongkar oleh rakannya sendiri. Adakah yen berjaya menyelamatkan keluarga serta dirinya sendiri dari gangster yang kejam?


Filem ini memang antara yang terbaik dan penuh dengan aksi yang mendebarkan. Memang takkan bosan kalau tonton filem ini.


5) Mr Go
Filem ini mengisahkan seorang budak weiwei yang membesar bersama seekor gorilla bernamaLingling. Sejak kematian datoknya, weiwei telah menjadi ketua sarkas milik datoknya demi kelangsongan sarkas tersebut. Lingling telah diajar bermain baseball untuk memberi satu kelainan pada aktiviti sarkas.


Namun, pada suatu hari sarkas tersebut menerima satu tekanan yang besar di mana sarkas tersebut mempunyai hutang yang banyak akibat arwah datoknya yang suka berjudi pada masa dulu. Weiwei cuba melangsaikan hutang dengan bermain liga baseball di Korea Selatan.


Sampai sahaja di sana, timbul permasalahan lain yang berlaku antaranya sendi kaki gorilla dalam keadaan teruk dan akan mengalami lumpuh jika dipaksa main baseball secara berterusan.


Satu kelainan pada film ini kerana menggunakan teknologi CGI yang tinggi. Kalau korang lihat gorilla dalam filem ini seolah-olah seperti gorilla yang betul dan bukannya kartoon. WeiWei dalam filem ini pernah berlakon dalam filem CJ7. Satu perkara yang luar biasa di mana gorilla bermain baseball. Kebiasaannya gorilla akan datang negara lain untuk dijadikan sebagai pertunjukkan di zoo tapi berbeza untuk filem ini.

Comments

26 komentar

Dah kurang tengok cite cina, filem2 terbaru mereka sudah kurang identiti dan idea serta kureng wow factor seperti dulu. Mungkin terkesan impak dari Korea kot...

suka tengok ip man. terbaik!!

yang paling saya suka dari film cina dari dulu sampai sekarang adalah, yang di perankan , andy lau, jet lee, bo bo ho, jacky chan

white storm tu tak dapat tengok lagi..

jarang tgk movie cina..kalau ada jackie chan baru rasa nak tgk..hehe

movie yang diceritakan nih, memang antara movie2 cina yang best juga...

bila leh tengok semua tu agaknya ye..

Kalau ada masa, boleh pergi tengok.

yap, antara paling terhebat.

paling popular di negara Malaysia adlah jacki Chan tak hairan orang akan ingat sampi bila-bila

semua pelakon antara pelakon yang cukup handal dan terkenal.

Sudah lama tidak menonton filem dari Hong Kong. Selalunya suka menonton filem genre seram dan aksi.

IP Man terbaek!
sebab cerita dia dari adaptasi sejarah. sekurang kurangnya kita tahu dia ni wujud hehe

Ip Man dah banyak kali tengok nih...masa kecik2 dulu, suka layan citer kungfu2, masa besar nih... citer romantik suka layan... kikikikik

ip man final fight ni macam best ja. kena tengok ni.

dah lama tak layan filem cina/hongkong, filem-filem baru memang kurang tahu...

Kurang minat dengan Filem Cina huhu suka cerita aksi English saja

No 3 dan No 4 je dah tengok, yang lain belum lagi... huhuhu

saya rasa untuk tahun 2013 saya jarang laa tengok filem cina..yang saya tengok pun cerita Ip Man jer rasaya...

Regards,
-Strider-

tak semua minat dengan filem cina. hehe

Saya rasa, filem WU XIA lakonan Donnie Yen juga sedap ditonton. Dah lebih 5x saya tonton filem tu.

Tak pernah pula tonton Filem WU XIA ni. Boleh terjah tengok ni

Emm saya suka tengok lakonan louiskootu..hehe


EmoticonEmoticon