Alhamdulillah, siap akhirnya pasang pelita di hadapan rumah, orang dah pasang pelita awal-awal, aku baru nak pasang pelita. Tak apa biar lambat, janji pasang pelita. Aku rasa kalau pasang pelita kat depan umah aku nampak meriah sikit walaupun sunyi. Banyak sikit cahaya depan umah aku. Cuma nya kalo pasang pelita ni minyak kena stand by, duit pun sama nak kena beli minyak Diesel takkan nak beli minyak masak pula, buang tabiat namanya. Sudah 2 tahun menggunakan pelita yang sama tanpa perlu membeli pelita baru. Jimat, lepas habis guna pelita dalam 2 minggu, aku terus simpan dalam stor untuk kegunaan raya tahun depan kalau masih elok lagi.
[caption id="attachment_382" align="aligncenter" width="400"] Kredit gambar - google.com[/caption]
Biasanya yang pasang pelita ini kawasan kampung, jarang nampak pelita di kawasan taman perumahan teres. Kalau pasang pelita di kawasan perumahan teres atau sebagainya risiko rumah terbakar tinggi berbanding di kawasan kampung kerana halaman kampung yang luas.
Berhari raya bersama Faizal Tahir
Dan perkara paling aku tak suka bila mana aku pasang pelita dan keesokkan harinya mesti ada salah satu pelita hilang. Aikkk??. pelita pun ada orang nak curike?..haiyaaa! kalau ya pun nak pinjam, beritahulah dulu, tak pun pulangkan balik selepas habis korang main mercun. Harap-harap tahun ini tak ada lagi pelita hilang lagi. Untuk akhirnya, Sinarilah raya korang dengan pelita sebagai penyeri rumah.
11 Comments
Pelita tu nak kena pakai minyak tanah baru best pakai diesel hitam..
lampu kelip kelip ada pasang tak bro? hehehee
kalau ada pelita hilang , halalkan je .. budak2 punya kerja tu ..
tp akk tk pasang pelita juga .. kawasan taman dah terang bederang ...
Bestnya ada pasang pelita dekat rumah.... Rumah saya sampai sekarang tak pasang pelita... Cuma pasang lilin jer buat anak-anak main bunga api...
sape kebas pelita ko tuuu..
Jalan semasa malam best sangat pelita kat rumah orang.. Pelita ni penting, kang termasuk parit semasa meniti jambatan tu tak beraya la malam tu hehe
aku pun tak tahu siapa yang kebas. geram pun ada wei, orang dah susah isi minyak semua, snang2x nak kebas..aisshh
memang best pasang pelita nie..meriaaahh!
tulah, halalkan je, wah! mesti meriah rumah kak kan..
tang tu aku lupa nak beli..hahaha
dah makin kurang rasanya ke orang pasang pelita ni. Tak macam dulu-dulu. Raya sekarang ni terasa betul semakin hilang seri.