√ Selamat Hari Raya 2013 - Adarain

Selamat Hari Raya 2013

 

Apabila sebut pasal raya, pasti semua orang tengah sibuk pulang ke kampung tak kurang juga ada yang sibuk dengan persiapan raya seperti membuat kuih muih, mencuba baju baru, tukar langsir baru, cat rumah, pasang pelita dan sebagainya. Yang penting semuanya serba baru dan lengkap bagi memeriahkan suasana hari raya.

Tiba hari raya pula, ramai umat islam akan menunaikan Solat Sunat aidilfitri kemudian menjamu selera dengan makanan yang wajib disediakan pada waktu raya iaitu ketupat, rendang, lemang, udang & ayam masak merah dan sebagainya. Pada masa inilah, ramai saudara mara yang jauh datang bertandang dan menjadi tradisi apabila tiba sahaja waktu raya orang islam datang menziarahi kubur.

Pada tahun ini juga,  aku beraya tanpa atok mahupun nenek, jadi agak janggal sedikit bila datang ke kampung tanpa kelibat atok dan nenek belah abah ataupun mak . Terkenang karenah mereka semua yang sangat mencuit hati, kalau nak cakap mesti nak kuat macamlah kita duduk jauh daripada dia walhal kita duduk sebelah dia je. Tema

Bila dah besar, rayanye lain macam tak bersemangat seperti masa kecil dahulu, Dulu masa kecil, boleh tak nak tidur sampai raya, pastu main mercun dengan sepupu, kenangan yang memang tak dapat dilupakan. Tumpang simpati kepada mereka yang mendapat kecelakaan ketika bermain mercun. Hati-hati bermain mercun pastikan mendapat kawalan daripada ibu bapa, lagi bagus kalau tidak bermain mercun, jimat duit.

Aktiviti berkunjung ke rumah jiran mahupun rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Inilah masanya untuk kita mengeratkan sillaturahim. Selepas berkunjung tu, jangan lupa ambil gambar buat kenangan bersama sepanjang zaman.

kepada mereka yang pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya, ingat orang yang tersayang, singgah mana-mana kedai jikalau rasa mengantuk. Makan pula, jangan makan dengan sekenyang-kenyangnya, makanlah dengan bersederhana jangan pula tamak macam tak pernah makan setahun.

Akhirnya, Selamat Hari Raya 2013/ 1 Syawal 1434H kepada umat Islam dan rakan-rakan yang mengenali diri ini, Mohon maaf zahir dan batin seadainya penulisan blog ini banyak mengguris perasaan hati korang semua. Semoga raya tahun ini memberi seribu makna kepada keluarga korang semua.

[caption id="attachment_401" align="aligncenter" width="451"]Selamat Hari Raya Selamat Hari Raya[/caption]

Get notifications from this blog

5 comments

  1. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, Dalam gurau dan senda ada khalif dan dosa. MOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS SEGALANYA. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf, zahir dan batin. Daripada Kamil Salleh@sensasi2020.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Bahrain sekeluarga.. :-)

    Ikhlas,

    Amin Johar
    (Jurutera SEO Malaysia)
    PAKAR NIAGA

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin kepada seluruh muslimin & muslimat...

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Besar Aidilfitri, 1 Syawal 1434H
    Mohon maaf lahir batin ya :)

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. :-)

    ReplyDelete