Kenaikan Harga Minyak RON95 dan Diesel Sebanyak RM0.20
kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak RM0.20. Walaupun RM0.20 itu merupakan angka yang begitu kecil tetapi begitu bernilai maknanya buat rakyat Malaysia. Berikut adalah sumber sahih mengenai kenaikan harga Minyak dari Perdana Menteri kita.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 sen berkuatkuasa tengah malam ini.
Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2.
Ini adalah salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Selepas sahaja diumumkan kenaikan minyak RON95 dan diesel Sebanyak RM0.20, ramai yang telah mengemaskini status di rangkaian sosial masing-masing seperti Facebook, twitter dan Instagram. Kebanyakan mereka menunjukkan reaksi ketidapuasan hati terhadap kenaikan harga minyak secara mengejut. Tetapi dalam banyak-banyak mereka yang mengemaskini status ada beberapa status yang mencuit hati aku antaranya ialah:
Ariff Syah - Malam ni open house di semua stesen minyak berhampiran anda. Semua dijemput hadir.
Fakta Bukan Auta - Sebelum tidur sapu dulu minyak tempat mana patut. Jangan risau kawan, yang naik harga minyak petrol bukan lintah.
Inche gabbana - Bersyukurlah. Sekurang-kurangnya bilangan orang minyak yang buat kacau akan menurun.
Di instagram pula ramai yang memuatnaik gambar Duit syiling RM0.20 sebagai tanda ketidakpuasan hati atas kenaikan harga minyak diesel dan RON95 sebanyak RM0.20.
Kesan Kenaikan Harga Minyak
Apabila harga minyak sudah naik, maka secara tidak langsung harga barangan terutamanya makanan di gerai juga turut akan naik daripada harga biasa. Selepas ini jangan terkejut kalau jumpa gerai yang menjual 2 bij kuih dengan harga RM1.00 begitu juga dengan roti yang mungkin akan naik kepada RM2.80 atau mungkin RM3.00 berbanding dengan harga asal iaitu RM2.40. Semuanya bakal terjadi tidak lama lagi.
Itu belum cerita lagi isi pembelanjaan rumah dan juga kenaikan harga tiket perkhidmatan awam seperti bas seumpamanya. Setiap tahun ada sahaja peningkatan harga tiket bas dengan alasan minyak naik. Pengalaman aku naik bas dulu tahun akhir tahun 2011 dari Muar - JB harga tiket dalam lebih kurang RM14.60 sekarang sudah naik menjadi RM16.70 (tanjat boboi), kebetulan masa tu nak beraya rumah kawan di JB.
Biar Seimbang.
Ibadah dan kerja dunia perlu seimbang seperti contoh ibadah -50, kerja dunia-50 ataupun ibadah - 60 kerja dunia-40. Yang penting utamakan ibadah. Begitu juga dengan kenaikan minyak dengan gaji. Nak naikkan harga minyak pula mesti selaras dengan kenaikan gaji barulah kehidupan jadi seimbang dan rakyat pula tidak banyak merungut serta sengsara dengan kenaikan minyak.
Kepada mereka yang mentadbir negara harus bijak dan bersiap sedia dari dulu lagi dengan pelan kewangan yang lebih dalam menangani isu kenaikan harga minyak dan juga isu-isu yang lain. Sekadar pandangan sahaja bukan tahu sangat pasal ekonomi.
Bersyukurlah
kita tak boleh nak jangka semua benda akan kekal murah. Semua harga semakin hari semakin naik begitu juga dengan keadaan bumi yang semakin hari semakin uzur tetapi permintaan bahan api semakin meningkat. Apa yang penting. Take it as a positve dan bersyukur.
Kita harus bersyukur sebab apa? sebab negara kita tak ada konflik atau peperangan seperti Syiria dan Mesir. Banyak kes tembakan di Malaysia juga kita harus bersyukur sebab peluru tidak terkena pada kita. Malaysia kan aman walaupun.....(Serius penat gila nak sambung tulis)
Get notifications from this blog
Adus. .. harga minyak naik lagi. . Lepas ni tentu akan di susuli kenaikan harga barang. ..kesian dekat rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. .
ReplyDeleteLepas ni kena jimat cermat lah sikit..haha
ReplyDeletehuhuhu tolonglah bersyukur selepas habis baca entri ini :p
ReplyDeleteMinyak naik semua akan naik.. Ada nya pembangkang isu ini mungkin akan di ketengahkan di dalam Parlimen nanti, suara rakyat mereka akan dengar juga..
ReplyDeletemasa ni la kita kena bijak. bijak dalam pelbagai perkara.
ReplyDeletekenaikan minyak meningkatkan produktiviti dan motivasi untuk berusaha lebih untuk cari duit lebih
ReplyDeleteDengar kata ini adalah hari2 terakhir najib betul ke?
ReplyDeleteKenalah berjimat cermat apa yang patut.Samping tu kena cari duit lebih jgak.
ReplyDeleteNaka taknak kena hadapi juga, oleh itu kenalah belajar berjimat cermat
ReplyDeleteKenaikan harga minyak menandakan keadaan ekonomi lagi kurang bagus nie. Lagi menunggu di Indonesia apa harga minyak juga akan dinaikkan ya.. ??!
ReplyDeleteSelepas nie, boleh lah rakyat Malaysia berbelanja ikut kemampuan diri, bukannya kehendak
ReplyDeleteMmg nak kena lebih super bijak dlam urus tadbir duit lepas ni...barulah tak terasa sangat naik 20sen... =)
ReplyDeleterasanya boleh gunakan pengalaman tahun 2008, harga petrol pernah naik mendadak sekejap...
ReplyDeleteHarga minyak naik...pastinya akan ada barangan yang naik. Apapun kita terpaksa terima hakikat, kerajaan mengurangkan subsidi dan terpaksa membayar apa yg telah ditetapkan. Kena berjimat cermat selepas ini.
ReplyDelete