[caption id="attachment_520" align="aligncenter" width="400"]
Sumber Gambar dari http://www.malaysiancoin.com/[/caption]
Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku
31 Ogos 2013 genap negara kita mencapai kemerdekaan dengan tema 'Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku', maka kita telah mencapai kemerdekaan hampir 56 tahun lamanya. Jika kita imbas kembali perjuangan pahlawan yang bertahun-tahun lamanya menentang penjajah tidak kiralah dari Belanda, Portugis, British, Komunis dan Jepun, pahlawan negara tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan hak sebenar yang telah dirampas. Sekarang pula banyak perubahan yang kita lalui sehinggalah sekarang di mana negara Malaysia sudah mencapai kemajuan dan semakin dikenali di seluruh dunia dengan bangunan yang menjadi kebanggaan Malaysia iaitu Bangunan Berkembar meskipun tidak lagi mencapai status bangunan tertinggi di dunia, budaya kita, destinasi perlancongan yang mencarik dan sebangainya.
Hadiah Sebanyak RM50,00 untuk diMenangi
Zahiriah dan Batiniah
Di sini aku akan cuba membahagikan kemerdekaan kita pada hari ini dengan zahiriah dan Batiniah. Zahiriah yang dimaksudkan di sini ialah secara zahirnya kita telah bebas sepenuhnya dari penjajahan dari luar negara setelah sekian lama. Di tambah pula, beberapa bulan lalu berlaku konfilk di Lahad Datu tetapi kita berjaya menumpaskan pengikut-pengikut Sultan Sulu.
Batiniah pula yang dimaksudkan di sini ialah hati dan minda kita masih lagi belum merdeka dan masih lagi dikawal oleh pihak barat dengan menyerang kita sebagai umat Islam secara psikologi. Seperti contoh, Media elektronik (pornografi, American idol, Top model ) mahupun media cetak ( mangga dan seumpama dengannya) sering memaparkan perkara-perkara yang tidak elok serta menyebabkan Umat Islam terjebak ke dalam maksiat. Dari segi inilah, rakyat mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar seperti pemakaian yang menjolok mata, mengadakan konsert bercampur dengan lelaki dengan perempuan, berlaku kes rogol dan zina, kes tembakan, kes ragut dan banyak lagi. Perkara inilah yang kita belum Merdeka malah menghantui rakyat Malaysia khususnya umat Islam.
Merayakan Kemerdekaan dengan Konsert
Wajarkah kita merayakan kemerdekaan dan memperingati pejuang dengan mengadakan konsert? Bagi pendapat aku sendiri perkara ini merupakan perkara yang sia-sia dan seolah-olah mengkhianati pejuang-pejuang kita sendiri dengan berhibur. Konsert sumpama ini menjadi ikutan yang asalnya dilakukan oleh Barat sendiri. Perkara sebeginilah yang seharusnya kita termasuk kerajaan sendiri perlu memandang serius dengan menerapkan nilai-nilai Islam seperti contoh mengadakan solat hajat berjemaah, Berdoa agar pejuang ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, sesi Ceramah/Tazkirah secara terbuka sempena memperingati pejuang dan banyak lagi yang menepati citarasa Islam dan bukannya dengan konsert yang melalaikan.
Bersyukurlah
Akhirnya, walau apa pun jua keadaan di Malaysia sekarang kita harus bersyukur kerana keamanan, kemudahan dan makanan semuanya serba lengkap dan cukup berlainan pula situasinya di Syria serta Mesir dengan konflik yang berterusan dan Keadaan somalia bersama-sama negara lain yang kekurangan makanan sehingga kini. Kita sangat beruntung dan bersyukur kerana Malaysia kan aman walaupun... (tetiba penat nak sambung menulis).
12 Comments
saya suka artikel ini..baca tak pulak penat bro.
Semoga negara kita akan terus kekal aman. Nak kekalkan keamanan yang susah tu dengan penduduk yang berbilang bangsa ni kan.
Negara kita berbilang kaum dan agama, itulah keunikan Malaysia yang di mata dunia tahu.. Tugas kita mengekal kan keamanan dan kesejahteraan yang sememangnya sudah ada, adakah itu susah??
untuk kali ini sambutan merdeka aku dengan progream team building :)
selamat hari merdeka bro :)
Selamat Hari Merdeka juga bro.
tak susah jika kita megekalkan perpaduan yang ada dengan lebih jitu.
amin~. memang susah untuk bersatu dengan pelbagai bangsa tapi itu tidak mustahil. Kita semua boleh bersatu padu atas dasar kecintaaan kita terhadap Malaysia.
Terima Kasih daun keladi..
Yup..kita perlu bersyukur sebab lahir di malaysia..
Semoga Malaysia makin jaya dan damai :)
Salam kemerdekaan saya ucapkan buat bro...tak sempat nak ucap sebelum ini, tapi rasanya dah ucap di forum lain. Apapun semoga kemerdekaan ke 56, dapat memerdekakan kehidupan kita yang lebih baik.