Ada Apa Dengan Bajet 2014 - adarain

Sunday, 27 October 2013

Ada Apa Dengan Bajet 2014

Bajet 2014 telah dibentangkan oleh YB Datuk Seri Najib di Dewan Rakyat tepat pada pukul 4.00 petang (25 Oktober 2013).

Bajet 2014 yang bertemakan 'MEMPERTEGUHKAN KETAHANAN EKONOMI MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI" telah menggariskan lima teras utama iaitu:

  1. Merancak Aktiviti Ekonomi

  2. Mengukuh Pengurusan Fiskal

  3. Mengunggul Modal Insan

  4. Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar.

  5. Mensejahtera Kehidupan Rakyat.


Bajet 2014 telah memperuntukkan sebanyak 264.2 bilion ringgit meliputi kesemua aspek demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara.

[caption id="attachment_964" align="aligncenter" width="400"]Ada Apa Dengan Bajet 2014 sumber dari mynewshub.my[/caption]

Bajet 2014: Semuanya Demi Rakyat Dan Negara.


Terlalu banyak perkara yang telah disampaikan oleh PM kita tetapi saya hanya fokus pada beberapa perkara sahaja.

Apa yang menariknya di sini ialah peruntukan sebanyak 11.3 bilion ringgit untuk melaksanakan capaian internet berkelajuan 4 megabits sesaat di bandar serta luar bandar. Ini bermakna kerajaan akan membina 1,000 menara pemancar telekomunikasi dalam tempoh 3 tahun.

Dalam masa tiga tahun kita akan menikmati kelajuan internet dengan kelajuan maksima dan yang penting dengan bayaran yang berpatutan.

Walaupun cukai jalan dan cukai perkhidmatan atau sales tax and services Tax dimansuhkan tetapi GST tetap diteruskan dan akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015. Ini bermakna kerajaan akan melaksanakan dalam masa 17 bulan dari sekarang. Dikatakan GST adalah yang terendah  seperti Indonesia, vietnam, cambodia, filipina dan Laos.

Perkhidmatan pengangkutan dikecualikan  dari GST seperi tol, pendidikan, kesihatan, Lrt, feri, bas

kerajaan akan memperuntukkan sejumpah 8.8 bilion ringgit kepada PDRM dan 13.2 bilion ringgit kepada ATM bagi mengekang kadar jenayah dari terus meningkat.

Sebelum ini saya ada post berkenaan isu Kematian penuh tragis yang melanda di negara baru-baru ini dan saya berharap dengan peruntukkan yang diberi oleh kerajaan dapat mengurangkan kadar statistik jenayah ni negara kita. Tidak kira dari jenayah ringan ke jenayah berat.

Pemberian BRIM (Bantuan Rakyat 1 Malaysia)  kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah akan dipertingkatkan nilai bantuannya daripada RM500 kepada RM650.

Bagi individu bujang berumu 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, nilai BR1m akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

kerajaan akan member BR1M buat kali pertama kepada mereka yang berpendapatan tiga hingga empat ribu ringgit dengan nilai bantuan RM450

Di harap dengan bantuan sebegini dapat meringankan beban rakyat dengan kenaikan harga yang naik secara mendadak walaupun tidak seperti apa yang dijanjikan sebelum ini.

Harga Barang Naik


Harga barang naik, minyak naik itu kita semua kena ambil ianya sebagai perkara yang positif. Tak ada benda yang kekal sama harganya dari dulu sehinggalah sekarang.

Kalau kita lihat pada zaman dahulu RM 0.15 sen sangat berharga tetapi zaman sekarang tidak, RM1.00 begitu berharga. Sebab dengan RM 0.15 boleh beli nasi lemak tetapi sekarang mana nak dapat nak beli nasi lemak dengan RM0.15 sen unless kalau kita ada RM1.00

Walaupun ianya suatu perkara yang menyakitkan tetapi kita boleh berusaha untuk meningkatkan pendapatan kita dengan berniaga mahupun dengan blog. Dengan Blog pun kita boleh buat duit.

Tak ada benda yang mustahil jika kita berusaha untuk mendapatkan duit. Kalau tidak berusaha sila jangan bermimpi!.

Kesimpulan


Ramai yang berpuas hati dan tak kurang juga ada yang berkecil hati dengan bajet 2014 yang telah dibentangkan. Seperti mana yang ditulis sebelum ini kita ambilnya sebagai perkara yang positif.

Hidup ini umpama candy crush kata rakan di facebook iaitu syedot Basri. Setiap level semakin susah begitu juga dengan kehidupan kita pada hari ini yang semakin mencabar. Nak tak nak kita kena teruskan kehidupan juga.

Semoga dengan bajet 2014 dapat meringankan beban rakyat dan semoga Malaysia dapat membangun dengan lebih maju dari segi ekonomi setanding dengan negara yang berstatus maju.
Comments

34 komentar

Assalam.
Secara peribadi , saya melihat Bajet kali ini menampakkan kesungguhan pihak kerajaan berusaha untuk meredakan kegawatan secara keseluruhan yang berlaku dalam negara kita. Dan secara jangka panjangnya , ia dapat mengimbangi kehidupan rakyat ke tahap yang mampu di terima oleh semua.

nak kata apa semua dah tahu ikut sahajalah..alahai kita rakyat biasa apa ada lalui

waalaikumussalam,
semoga kita akan terus maju meningkatkan mutu ke arah yang lebih baik dengan bajet 2014

rietta terima saja apa jua bajet...cuma masih blom paham dengan cukai pendapatan 2014....yg dikatakan pcb itu adalah cukai sebenar...

Psss....citernye seram seram misteri....

Terima kasih di atas perkongsian info... Saya harap semua pihak berpuas hati dengan bajet 2014 yang telah dibentangkan oleh PM, walaupun rasa sedih sebab subsidi ke atas barang keperluan asas telah......

ada hikmah di sebalik semua tu. INSYA ALLAH.

Tak tertarik dengan bajet 2014 ni....ia menyediakan akses internet berkelajuan tinggi tapi yuran akses internet tidak disentuh langsung. Kalau dikurangkan yuran bulanan lagi best. Gula pun dinaikan, ini memberi bebanan kepada peniaga air, kuih spt di warung, di kedai kopi atau restoran.

GST pun satu hal...negara kita belum sesuai utk laksanakan GST, pendapatan rakyat kita ramai yang miskin dan sederhana. Gaji RM800, apa boleh digunakan utk masa sekarang. Sementara gaji minimun RM900 tapi tiada laksanaan akta dan undang-undang yang ketat untuk memantau.

Pelbagai cara majikan ni nak lari drp membayar gaji RM900...dia buat perjanjian dgn pekerja dgn cara bekerja secara kontrak dan dibayar gaji dengan hanya menilai pada pandapatan majikan sebulan. Gaji basic (RM450)+ komisen(+/- 100) = RmRM550, mana cukup.

bajet kali ini agak sederhana walaupun ada peningkatan BR1M kepada RM650..jika kadar kenaikan gaji terlalu perlahan maka kos hidup sukar ditampung..

ada berita gembira dan berita ynag mengecewakan

Ia bajet yg tak mendebarkan, maklumlah pilhanraya pun lambat lagi..jadi tak banyak pembaharuan ke arah kebaikan yg dibuat.

Cuma ramai yg agak terkilan kerana sebelum pilihanraya Timbalan Perdana Menteri kata jika BN diberi mandat utk memerintah negara BR1M akan dinaikkan dari RM500 kepada RM1,000. Tapi kerajaan telah terlupa pada janji..BR1M cuma dinaikkan dari RM500 kepada RM650 saja lepas menang pilihanraya...

Mengenai penarikan balik subsidi gula 34 sen, kerajaan tak payahlah berselindung di balik masalah kencing manis. Mengapa tak berterus terang subsidi itu perlu ditarik balik kerana sumber kewangan kerajaan semakin mengecut kerana banyak sangat ketirisan ketika berbelanja, termasuk bayaran berjuta-juta kepada artis K-Pop untuk persembahan cuma beberapa minit dan pembaziran peruntukan seperti dalam laporan Audit Negara?

GST lebih penting dari Hudud.. respect dengan Sultan Brunei, kekayaan di kongsi, pemurah.. Dah tu selalu menderma.. sebab tu di limpahkan dengan kekayaan.. Bila lah negara kita akan macam tu.. Kerana wang, pangkat, kuasa, dan takhta sanggup hilang perikemanusiaan.. Sekadar luahan dari dalam diri sendiri..

pasal internet tu saya sokong 100%

err nak kena juga isi borang BR1m gaya nya nih hehe

saya pun sokong jakau percuma..haha

Aku pun respect dengan SUltan Brunei, Perdana menteri kita je kata tak boleh dilakukan kerana tidak berpaksikan kepada realiti. Rupanya kita khayalan..

Janji yang tidak tertunai. perbelanjaan yang boros menyebabkan subsidi sekarang semakin dikurangkan, selepas ini apa pula la gaknya..

Nak buat macam mana, kita nak luahkan kat kerajaan, mana nak di dengarnya. Kena tunggu bajet tahun depan la pula gaknya..

give and take... kita bayar cukai, kerajaan bagi balik dalam bentuk yang lain. itu yang kita harapkan... moga budaya suap menyuap ke poket sendiri tidak di amalkan di Malaysia.

ada suka ada duka, semoga ianya memanfaatkan semua

Cabaran besar menanti semua rakyat Malaysia pada tahun 2015 nanti..sekarang ni tak rasa lagi ..

walaupun den tak berapa nampak apa yang cuba di berikan kerajaan kepada kita, den tetap sambut baik apa keputusan mereka. mereka terpilih untuk pimpin kita. harap ia membaca manfaat kepada semua :)

Kita terima dengan hati yang terbuka. sedikit sebanyak untuk rakyat juga.

apa yg kerjaan buat adalah untuk kebaikan rakyat, walaupun ada certain keputsan tak dapat diterima oleh rakyat...

ramai je golongan muda yg bantah Bajet2013 .. terutama GST ..

cabaran untuk berjimat cermat....
yang pasti kena jimat berbelanja...
hehehhee

Emm nampak gayanya nak kena apply BR1M lah lepas ni..haha

ntahla.. tgk je la camne perjalanan hidup kita tahun depan

Betul tu. lihat sahaja bagaimana.

x de apa yg menarik
org kaya terus kaya
org miskin makin miskin...


EmoticonEmoticon