Jubah Konvokesyen USIM
Kalau selama ini, saya hanya tengok pelajar dari jauh ataupun dari televisyen memakai jubah dengan penuh gaya siap melompat dan melontarkan topi ke arah langit sebagai tanda gembira.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Berikut adalah gambar jubah Konvokesyen USIM.
Rasa gembira dan berdebar-debar menanti detik hari konvokesyen yang akan berlangsung pada 30 november 2013 bertempat di stadium Tertutup Nilai.
Tapi kebahagian ni sekejap sahaja sebab apa yang lebih mencabar ialah ketika mencari kerja. Barulah nanti tahu betapa susahnya mencari kerja yang sesuai dengan kos kita.
ALHAMDULILLAH, beberapa bulan lepas konvo dapat kerja baru sebagai permulaan hidup yang lebih mencabar. Get more Experience for the best future.
Updated 5 November 2015
Tahniah kepada mereka yang akan berkonvo tak lama lagi. Seronok2x juga tapi ada yang lebih mencabar menanti anda iaitu dunia pekerjaan. ALL THE BEST! :D
Hukum Memakai Jubah Konvokesyen
Ada yang kata, jubah tersebut ikut pakaian arab dan ada pula yang kata dari kristian.
Tapi berkenaan dengan konvokesyen, kebanyakan kita mengambil budaya barat. Topi yang berbulu itu adalah dari budaya barat.
Kalau diperhatikan jubah tersebut sama seperti jubah yang dipakai ketika orang kristian menyanyi di dalam gereja.
Menurut Ustaz azhar Idrus jika macam jubah paderi masih boleh pakai, tetapi kalau serupa macam paderi tidak boleh pakai, HARAM pakai. Sama ada terima sijil atau sebaliknya tidak menjadi masalah.
51 Comments
teringat plak masa konvo dulu. haha..
tak tahu plak pasal pakai jubah ni pun ada kes..
aku pulak tak pergi konvo... tak sempat pakai lah jubah konvo..
Rasanya jubah konvo tal serupa dgn paderi pun...
tak sempat pergi konvo hari tu...lambat tahu keputusan peperiksaan Muet...
aku tahun depan konvo insyaAllah :)
dulu ada kecoh pasal ni.
tahniah bro!
Baru saya tau. Sebelum ni main pakai je masa grad sebab rasa cool la plak. Pakai tu terasa macam Jedi filem Star Wars la pulak kan. Haha
Terima Kasih bro..
AMIN~
terlepas peluang berkonvo la bro..
haha, dah boleh masuk filem star wars..harry potter pun boleh.
Sebenarnya itu bukan berasal dari agama Kristen, tapi sudah ada sejak zaman Yunani & Romawi dulu, sebelum Kristen lahir. Jubah seperti itu (kalau di Indonesia namanya 'toga') menandakan pemakainya berpendidikan dan berkedudukan tinggi. :)
masa pakai, takde niat pe2, just follow the rules...hoho...kang tak grade pulak..adeh..hehe
thanks bro berkongsi idea...membuka fikiran utk sentiasa berfikir
tapi tak suka tengok orang sekarang pakai tudung, baju ala hoddie macam kristin sungguh.
Uia baru lepas minggu konvo.. student2 final year ni makin tertekan la tengok rakan-rakan datang pakai jubah.
oooo baru tahu , terima kasih infonya :)
sama-sama berkongsi
kawan saya pun ada dari UIA..tak sabar. haha
Sama-sama
Kalau pakai Jubah Konvo ni, kita akan rasa FREE!!
Kita rasa kita dah hebat sebab dapat habiskan belajar. :)
merasa la dua kali konvo..hehe..dua dua sijil lelain..:D
tak pergi konvo diploma hari tu..wahhh..sedihnya.. T_T
dah dapat kerja lum bro?
sekarang kerja part time, kerja tetap belum ada lagi, still tengah mencari.
ye ke? kenapa tak pergi masa konvo?, kawan saya juga tidak pergi masa konvo alasannya tak best.. boleh pulak gitu jawapannya.
ada macam-maam style jubah ni, yang ni mirip ke style mana?
rasa macam jubah harry potter pun ada..haha
tak masalah menurutku yang penting menutup aurat
baru sekali pakai jubah masa terima diploma kat UTM...
Pakai sekali ada ke yg nak beli.. Boleh pakai tido kot.. Ha ha..
tak ada yang nak beli. Buat tido pun belum komform selesa..haha
say pun kali pertama pakai jubah konvo tak lama lagi.
Tahniah.....selamat berkonvo ye...jubah kaler tu for Ijazah kan...
tak pernah pun pakai jubah....tahniah yea....
Terima kasih..
terima kasih, ya.
Assalam
Selamat ber konvo . Insyaallah jumpa di sana, itu pun jika saya dapat ikut keluarga :)
waalaikumussalam, terima kasih, ada ahli keluarga yang berkonvo juga ya,. tahniah!.
Nasib baik tak sejibik dgn jubah paderi. Kalau tak, habislah... semua U kena tukar design.
kecoh kejap aje. kita pakai aje. tak payah fikir macam-macam sangat.
Ya . Ada. Terima kasih kembali :)
wallahualam. perkongsian yang baik :)
Terima kasih bro kongsikan..bertambah satu ilmu malam ni..hehe
perkara baru untuk saya ..makmum sahajalah sekolah tak tinggi..dan tak sempat sekolah tadika pun!
Sama-sama
Tahniah atas keberhasilannya dalam menyelesaikan pendidikan tinggi...
Kedepannya makin sukses :)
Owh kena bayar ye nak ambil jubah pun?
MJ tak ingat ritu ambik jubah kena bayar ke tak..
tapi memang tak beli la kan sampai beratus tu :D
http://www.malaysiakini.com/news/212236
Mungkin saudara akan fikirkan semula.
Masa di UKM ada subjek Tamaddun Islam, kami didedahkan bahawa jubah dan mortarboard masa konvo adalah pengiktirafan pelajar atau ilmuan barat yg pernah menuntut ilmu di Gardova, Andalusia di zaman kemajuan mereka. Di waktu barat diselimut kegelapan, kerajaan khalifah Islam di Andalusia dan Baghdad menjadi pusat pengajian yg tersohor. Bagi mengenang kemajuan itu, mereka meniru dan menjadikan jubah sbg tanda pengiktirafan mereka kpd para ulamak. Mortar yg berekor dikatakan meniru serban ulamak juga. Teks modul pengajian Tamaddun Islam yg diwajibkan di UKM sebagai jawapan terbaik.