Jubah Konvokesyen USIM
Kalau selama ini, saya hanya tengok pelajar dari jauh ataupun dari televisyen memakai jubah dengan penuh gaya siap melompat dan melontarkan topi ke arah langit sebagai tanda gembira
Berikut adalah gambar jubah Konvokesyen USIM.
Rasa gembira dan berdebar-debar menanti detik hari konvokesyen yang akan berlangsung pada 30 november 2013 bertempat di stadium Tertutup Nilai.
Tapi kebahagian ni sekejap sahaja sebab apa yang lebih mencabar ialah ketika mencari kerja. Barulah nanti tahu betapa susahnya mencari kerja yang sesuai dengan kos kita.
ALHAMDULILLAH, beberapa bulan lepas konvo dapat kerja baru sebagai permulaan hidup yang lebih mencabar. Get more Experience for the best future.
Hukum Memakai Jubah Konvokesyen
Ada yang kata, jubah tersebut ikut pakaian arab dan ada pula yang kata dari kristian.
Tapi berkenaan dengan konvokesyen, kebanyakan kita mengambil budaya barat. Topi yang berbulu itu adalah dari budaya barat.
Kalau diperhatikan jubah tersebut sama seperti jubah yang dipakai ketika orang kristian menyanyi di dalam gereja.
Menurut Ustaz azhar Idrus jika macam jubah paderi masih boleh pakai, tetapi kalau serupa macam paderi tidak boleh pakai, HARAM pakai. Sama ada terima sijil atau sebaliknya tidak menjadi masalah.
Dibolehkan jika:
- Dipakai untuk majlis rasmi konvokesyen / graduasi
- Tidak menyerupai pakaian khusus agama lain (contoh: pakaian ritual keagamaan)
- Tidak ada unsur riak, sombong atau bermegah-megah
- Menutup aurat dengan sempurna
Perlu jaga niat:
Kalau pakai dengan niat untuk menunjuk-nunuk, berbangga secara melampau atau merendahkan orang lain itu yang jadi masalah, bukan pakaian itu sendiri.
Jubah konvokesyen hanyalah pakaian simbol akademik, bukan pakaian ibadah agama lain.
Dari sudut tasyabbuh (menyerupai orang kafir), hukum pakai jubah konvokesyen bukanlah automatik haram.
Dalam fiqh, meniru yang dilarang ialah:
- Meniru pakaian yang khusus untuk ritual agama mereka
- Memakai dengan niat mengagungkan agama tersebut
- Pakaian itu memang simbol jelas keagamaan
Beza jubah konvokesyen & jubah paderi
- Jubah paderi → pakaian khusus ibadah & simbol agama Kristian.
- Jubah konvokesyen → pakaian akademik (asal dari universiti Eropah zaman dulu), kini jadi simbol pendidikan, bukan simbol agama.
Hari ini ia dianggap simbol akademik global, bukan pakaian ritual gereja.
Kaedah ulama tentang tasyabbuh:
Jika sesuatu pakaian:
- Sudah menjadi adat umum
- Tidak lagi dianggap simbol agama tertentu
- Dipakai atas tujuan duniawi (majlis rasmi)
Maka hukumnya harus.
Kesimpulan ringkas:
- Pakai jubah konvokesyen untuk graduasi → Harus
- Pakai pakaian ritual gereja dengan niat menyerupai ibadah → Haram
Isu ni lebih kepada niat dan konteks, bukan bentuk jubah semata-mata.

teringat plak masa konvo dulu. haha..
ReplyDeletetak tahu plak pasal pakai jubah ni pun ada kes..
ReplyDeleteaku pulak tak pergi konvo... tak sempat pakai lah jubah konvo..
ReplyDeleteRasanya jubah konvo tal serupa dgn paderi pun...
ReplyDeletetak sempat pergi konvo hari tu...lambat tahu keputusan peperiksaan Muet...
ReplyDeleteaku tahun depan konvo insyaAllah :)
ReplyDeletedulu ada kecoh pasal ni.
ReplyDeletetahniah bro!
ReplyDeleteBaru saya tau. Sebelum ni main pakai je masa grad sebab rasa cool la plak. Pakai tu terasa macam Jedi filem Star Wars la pulak kan. Haha
ReplyDeleteTerima Kasih bro..
ReplyDeleteAMIN~
ReplyDeleteterlepas peluang berkonvo la bro..
ReplyDeletehaha, dah boleh masuk filem star wars..harry potter pun boleh.
ReplyDeleteSebenarnya itu bukan berasal dari agama Kristen, tapi sudah ada sejak zaman Yunani & Romawi dulu, sebelum Kristen lahir. Jubah seperti itu (kalau di Indonesia namanya 'toga') menandakan pemakainya berpendidikan dan berkedudukan tinggi. :)
ReplyDeletemasa pakai, takde niat pe2, just follow the rules...hoho...kang tak grade pulak..adeh..hehe
ReplyDeletethanks bro berkongsi idea...membuka fikiran utk sentiasa berfikir
tapi tak suka tengok orang sekarang pakai tudung, baju ala hoddie macam kristin sungguh.
ReplyDeleteUia baru lepas minggu konvo.. student2 final year ni makin tertekan la tengok rakan-rakan datang pakai jubah.
ReplyDeleteoooo baru tahu , terima kasih infonya :)
ReplyDeletesama-sama berkongsi
ReplyDeletekawan saya pun ada dari UIA..tak sabar. haha
ReplyDeleteSama-sama
ReplyDeleteKalau pakai Jubah Konvo ni, kita akan rasa FREE!!
ReplyDeleteKita rasa kita dah hebat sebab dapat habiskan belajar. :)
merasa la dua kali konvo..hehe..dua dua sijil lelain..:D
ReplyDeletetak pergi konvo diploma hari tu..wahhh..sedihnya.. T_T
ReplyDeletedah dapat kerja lum bro?
ReplyDeletesekarang kerja part time, kerja tetap belum ada lagi, still tengah mencari.
ReplyDeleteye ke? kenapa tak pergi masa konvo?, kawan saya juga tidak pergi masa konvo alasannya tak best.. boleh pulak gitu jawapannya.
ReplyDeleteada macam-maam style jubah ni, yang ni mirip ke style mana?
ReplyDeleterasa macam jubah harry potter pun ada..haha
ReplyDeletetak masalah menurutku yang penting menutup aurat
ReplyDeletebaru sekali pakai jubah masa terima diploma kat UTM...
ReplyDeletePakai sekali ada ke yg nak beli.. Boleh pakai tido kot.. Ha ha..
ReplyDeletetak ada yang nak beli. Buat tido pun belum komform selesa..haha
ReplyDeletesay pun kali pertama pakai jubah konvo tak lama lagi.
ReplyDeleteTahniah.....selamat berkonvo ye...jubah kaler tu for Ijazah kan...
ReplyDeletetak pernah pun pakai jubah....tahniah yea....
ReplyDeleteTerima kasih..
ReplyDeleteterima kasih, ya.
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteSelamat ber konvo . Insyaallah jumpa di sana, itu pun jika saya dapat ikut keluarga :)
waalaikumussalam, terima kasih, ada ahli keluarga yang berkonvo juga ya,. tahniah!.
ReplyDeleteNasib baik tak sejibik dgn jubah paderi. Kalau tak, habislah... semua U kena tukar design.
ReplyDeletekecoh kejap aje. kita pakai aje. tak payah fikir macam-macam sangat.
ReplyDeleteYa . Ada. Terima kasih kembali :)
ReplyDeletewallahualam. perkongsian yang baik :)
ReplyDeleteTerima kasih bro kongsikan..bertambah satu ilmu malam ni..hehe
ReplyDeleteperkara baru untuk saya ..makmum sahajalah sekolah tak tinggi..dan tak sempat sekolah tadika pun!
ReplyDeleteSama-sama
ReplyDeleteTahniah atas keberhasilannya dalam menyelesaikan pendidikan tinggi...
ReplyDeleteKedepannya makin sukses :)
Owh kena bayar ye nak ambil jubah pun?
ReplyDeleteMJ tak ingat ritu ambik jubah kena bayar ke tak..
tapi memang tak beli la kan sampai beratus tu :D
http://www.malaysiakini.com/news/212236
ReplyDeleteMungkin saudara akan fikirkan semula.
Masa di UKM ada subjek Tamaddun Islam, kami didedahkan bahawa jubah dan mortarboard masa konvo adalah pengiktirafan pelajar atau ilmuan barat yg pernah menuntut ilmu di Gardova, Andalusia di zaman kemajuan mereka. Di waktu barat diselimut kegelapan, kerajaan khalifah Islam di Andalusia dan Baghdad menjadi pusat pengajian yg tersohor. Bagi mengenang kemajuan itu, mereka meniru dan menjadikan jubah sbg tanda pengiktirafan mereka kpd para ulamak. Mortar yg berekor dikatakan meniru serban ulamak juga. Teks modul pengajian Tamaddun Islam yg diwajibkan di UKM sebagai jawapan terbaik.
ReplyDelete