Samseng Jalanan Di Malaysia
Jaga Pertuturan Ketika Memandu
Bukan nak mengutuk atau bukan nak mengeji, tapi kalau korang perhatikan sesetengah orang yang memandu pasti ada barannya. Tak kiralah tua mahupun muda. Bawak bagai orang gila, mulut pula laser. Setiap kali kalau bertemu dengan pakar driver atau kononnya yang berpengalaman ni, mesti ada cacian dan makian pada orang yang kononnya tak reti bawak kereta atau kenderaan lain. Macam dia sahajalah yang terror.
Lupa diri macam dunia ini diri seorang yang punya.
Sebenarnya dah lama aku perhatikan sebab ada kalanya rakan sendiri pun tak terlepas kata-kata yang kurang enak. Maklum sahajalah, darah orang muda.
Walaupun masih baru atau dah lama, pasti semua nak tunjuk belang dan kononnya dialah raja di jalanan.
Bawa Laju Tak ingat Dunia
Bercakap tentang pengalaman menaiki kenderaan rakan, waktu itu aku bersama rakan-rakan yang lain baru pulang dari kompleks membeli-belah. Sedang rakan aku memandu, tiba-tiba kereta rakan aku dipotong oleh sebuah kereta besar berwarna hitam sedangkan di depan tu ada lori besar. Pergh!, mentang-mentanglah kereta rakan yang aku bawa tu kecil, dia sesuka hati je nak cilok sana-sini. Tapi kalau tak lepas, dia pula buat emergency brek, tak ke dengan rakan-rakan aku sekali yang kena nanti.
[caption id="attachment_1343" align="aligncenter" width="532"] Sumber gambar dari http://desktop.freewallpaper4.me[/caption]
Paling bengang kalau jenis driver yang suka mencucuk. Rasa macam nak cucuk je muka dia.
Kemudian pengalaman ketika menaiki kenderaan bersama keluarga dan saudara dalam perjalanan menuju ke LCCT. Di lebuh raya tetiba kami di potong dengan laju-selajunya oleh kereta jenama Toyota Vios, masa itu kami sekeluarga guna kereta toyota estima terkejut dengan kelajuan tersebut siap boleh cilok sehingga hilang dari pemandangan kami.
Kemudian jalan lebuh raya jammed, sekali kami lihat kereta yang bawa laju tadi kemalangan teruk dengan tayar yang sudah lari dari tempat asal dan remuk teruk. Boleh dikatakan kereta tu totally lost. Pemandunya adalah perempuan. Kelihatan bersama pemandu perempuan mungkin maknya yang kelihatan mengigil dan mungkin trauma dengan kejadian itu.
Perempuan pun tak terkecuali bawa kenderaan dengan laju. Nasib perempuan tu masih hidup kalau tidak memang nyawa dah melayang begitu sahaja. Adakah dia samseng Jalanan?
Mesti korang ada pengalaman yang sama mcam aku. Kadang-kadang traffic light dah hijau pun tak boleh jalan terus, dah kena perhatikan bahagian kiri dan kanan. Takut-takut ada kenderaan pecut laju.
Bukan setakat itu sahaja, driver bas atau lori yang bawak kenderaan berat itu pun lebih kurang sama perangainya. Bukan main lajunya, sedangkan diorang tak boleh bawa lebih daripada 90 km/j kalau di jalan persekutuan. Tapi kelajuannya mengalahkan kereta yang bawa 110 km/j.
Jangan Jadi Samseng Jalanan
Jadi apa yang nak aku nasihatkan di sini korang kena sentiasa berhati-hati di jalan raya sebab aku tak mahu tengok yang muda-muda macam aku ni jadi mangsa jalanan (mangsa jalan raya) oleh samseng jalanan.
Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!
Lagipun zaman sekarang ini, terlalu banyak berita kemalangan yang dipaparkan. Nyawa senang-senang je nak melayang kalau tak jaga betul-betul, Sedih pun ada tapi nak buat macam mana. kalau orang dah tak dengar kata,
umpama bercakap dengan kera
Macam itu juga kepada yang suka merempit, tak ada faedah dengan tabiat itu yang merugikan. Jangan menyesal di kemudian hari sudah la!
Get notifications from this blog
Dunia memang sudah tidak mengindahkan etika, anak muda lebih suka menghabiskan waktu dengan suka suka dijalanan
ReplyDeleteKadang-kadang orang mudah memang suka bawak laju. Time tu tak fikir lagi tentang masa depan sebab belum kahwin...
ReplyDeleteTapi ada jer orang dah kahwin siap beranak pinak tapi tetap nak laju. Apa nak jadi la dengan orang itu macam...
Yang langgar lampu merah pun satu hal...tunggu masa je nak eksiden.
ReplyDeletediorang ni memang takde kerja dah sebenarnya..
ReplyDeleteMmg ada kebanyakkan org kita yg seumpama masuk hantu bila memegang stering... tak taulah budaya mana yg meresap ke jiwa...
ReplyDeleteslalu yg suka cucuk-cucuk tu, teksi, lori, bas... huhu ...
ReplyDeletebagi jer pelesit-pelesit nie tgk iklan terbaru dari new zealand nie, baru dorang ada akal kot.
ReplyDeletehttp://teknoderas.com/2014/01/iklan-jalan-raya-ini-mampu-membuat-anda-meremang-bulu-roma/
Banyak kalai terkena himpitan lori besar masuk jalan orang. Main ikut suka potong masuk mentang-mentang dia besar.
ReplyDeleteMemang banyak sikap orang macam ni. Kena buat tak tahu je. Kalau dilayan makin menjadi nanti.
ReplyDeletejalanan bukan tempat pribadi,hormatilah orang lain
ReplyDeleteselalu jumpa orang macam ni terutamanya kat lebuhraya. boleh jadi penyebab kemalangan walaupun diaorang tak terlibat sekali sebab dah didepan...orang belakang mengelak dan brek emergency.
ReplyDeletePalng menyampah jugak bila memoting di TOL time tgh jem panjang :3
ReplyDeleteIklan terbaru tu memang terbaik. Semua kena tengok, Kesilapan yang berlaku tidak boleh di undur.
ReplyDeleteItu lagi memang menyampah.
ReplyDeleteSaya sokong kenyataan saudara.
ReplyDeleteBetul juga, nak tak nak kena mengalah juga daripada terkena bencana yang tak diingini berlaku.
ReplyDeleteBila dah eksiden nak menyesal pun tak guna.
ReplyDeletemende ni still akan terjadi klu xde kesedaran dalam diri masing2
ReplyDeleteDia ingat jalan raya tu mak ayah dia yang buat kot.
ReplyDeletesebab tu suka hati je bawak laju2.
kalo setakat susahkan diri sendiri takpa la.
orang lain pun jadi bahaya jugak.
Satu orang tak hati2 dalam berkendara di jalan raya maka bisa berdampak buruk buat dirinya dan pengendara lain. Mereka2 yang sering melanggar dan seenaknya sendiri harus mendapat bimbingan dan pengarahan langsung dari aparat agar lekas tersadarkan
ReplyDeleteLori2 jugak adalah samseng jalanan...
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteBanyak di lihat sikap marah - marah seperti yang di tulis dalam entri ini sering berlaku di atas jalan raya. Ia sangat mengecewakan.
Betul tu !!! kita pun cukup geram dengan samseng jalanan ni..kalau dia sorang aje yang kena tak apa, tapi selalunya ada yang berdosa terlibat sama..tu yang geram..
ReplyDeleteya setuju..tapi bkan semuabdak2 muda yg bawa moto samseng jalanan..
ReplyDeletejust sgelintir yg bwa x ikut praturan..
memng sangat myusahkan org lain!!!
takde pengalaman jadi rempit nih... ruginya
ReplyDeleteSamseng ada dimana-mana.
ReplyDeletePercayalah!
suatu keunikan rakyat malaysia..... karektor bertukar habis bila di jalan raya....
ReplyDeletememang geram dengan samseng jalanan ni, diorang berlagak macam hero atas jalan. Kalau diorang je yang eksiden takpe..ni melibatkan nyawa orang lain pula
ReplyDeletebiaslah tu. kekadang bila bawa laju..memang tak ingat bini kat sebelah.
ReplyDeletepemandu lain pun bahayakan kita jugak kadang2 nih. hmmm
ReplyDeleteEmm bawak laju, tak tahan dengan abang polis..bawa slow pulak tak tahan dengan samseng jalanan malaysia..serba serbi tak kenanya..kan bro..haha..
ReplyDeleteHonestly, masa muda-muda dulu, kawe pun bawa dengan laju and at times reckless. Jiwa muda kan :D Adakala kena dapat pengajaran dulu sedar. Tak semestinya accident lah, Kena saman and then cekup dengan polis pun boleh jadi pengajaran. Bagus juga masa polis tahan tu, kasi warning kaw kaw, rasa ingat sama tua tu. Kesannya better dari bapa berleter kat anak-anak. My 5 cents ler...
ReplyDeleteBawa laju kereta tu yang bahaya. kadang2 seriau tengok orang drive macam org gila..
ReplyDeletekita yang naik takutkan berbanding diorang.
ReplyDeletetak gerun ke kalau kemalanga teruk pastu ke hadap seumur hidup
ReplyDelete