Thursday, 9 January 2014

Samseng Jalanan Di Malaysia

Jaga Pertuturan Ketika Memandu


Bukan nak mengutuk atau bukan nak mengeji, tapi kalau korang perhatikan sesetengah orang yang memandu pasti ada barannya. Tak kiralah tua mahupun muda. Bawak bagai orang gila, mulut pula laser. Setiap kali kalau bertemu dengan pakar driver atau kononnya yang berpengalaman ni, mesti ada cacian dan makian pada orang yang kononnya tak reti bawak kereta atau kenderaan lain. Macam dia sahajalah yang terror.

Lupa diri macam dunia ini diri seorang yang punya.

Sebenarnya dah lama aku perhatikan sebab ada kalanya rakan sendiri pun tak terlepas kata-kata yang kurang enak. Maklum sahajalah, darah orang muda.

Walaupun masih baru atau dah lama, pasti semua nak tunjuk belang dan kononnya dialah raja di jalanan.

Bawa Laju Tak ingat Dunia


Bercakap tentang pengalaman menaiki kenderaan rakan, waktu itu aku bersama rakan-rakan yang lain baru pulang dari kompleks membeli-belah. Sedang rakan aku memandu, tiba-tiba kereta rakan aku dipotong oleh sebuah kereta besar berwarna hitam sedangkan di depan tu ada lori besar. Pergh!, mentang-mentanglah kereta rakan yang aku bawa tu kecil, dia sesuka hati je nak cilok sana-sini. Tapi kalau tak lepas, dia pula buat emergency brek, tak ke dengan rakan-rakan aku sekali yang kena nanti.

[caption id="attachment_1343" align="aligncenter" width="532"]Samseng Jalanan Di Malaysia Sumber gambar dari http://desktop.freewallpaper4.me[/caption]

Paling bengang kalau jenis driver yang suka mencucuk. Rasa macam nak cucuk je muka dia.

Kemudian pengalaman ketika menaiki kenderaan bersama keluarga dan saudara dalam perjalanan menuju ke LCCT. Di lebuh raya tetiba kami di potong dengan laju-selajunya oleh kereta jenama Toyota Vios, masa itu kami sekeluarga guna kereta toyota estima terkejut dengan kelajuan tersebut siap boleh cilok sehingga hilang dari pemandangan kami

Kemudian jalan lebuh raya jammed, sekali kami lihat kereta yang bawa laju tadi kemalangan teruk dengan tayar yang sudah lari dari tempat asal dan remuk teruk.  Boleh dikatakan kereta tu totally lost. Pemandunya adalah perempuan. Kelihatan bersama pemandu perempuan mungkin maknya yang kelihatan mengigil dan mungkin trauma dengan kejadian itu.

Perempuan pun tak terkecuali bawa kenderaan dengan laju. Nasib perempuan tu masih hidup kalau tidak memang nyawa dah melayang begitu sahaja. Adakah dia samseng Jalanan?

Mesti korang ada pengalaman yang sama mcam aku. Kadang-kadang traffic light dah hijau pun tak boleh jalan terus, dah kena perhatikan bahagian kiri dan kanan. Takut-takut ada kenderaan pecut laju.

Bukan setakat itu sahaja, driver bas atau lori yang bawak kenderaan berat itu pun lebih kurang sama perangainya. Bukan main lajunya, sedangkan diorang tak boleh bawa lebih daripada 90 km/j kalau di jalan persekutuan. Tapi kelajuannya mengalahkan kereta yang bawa 110 km/j.

Jangan Jadi Samseng Jalanan


Jadi apa yang nak aku nasihatkan di sini korang kena sentiasa berhati-hati di jalan raya sebab aku tak mahu tengok yang muda-muda macam aku ni jadi mangsa jalanan (mangsa jalan raya) oleh samseng jalanan.

 Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!


Lagipun zaman sekarang ini, terlalu banyak berita kemalangan yang dipaparkan. Nyawa senang-senang je nak melayang kalau tak jaga betul-betul, Sedih pun ada tapi nak buat macam mana. kalau orang dah tak dengar kata,
umpama bercakap dengan kera

Macam itu juga kepada yang suka merempit, tak ada faedah dengan tabiat itu yang merugikan. Jangan menyesal di kemudian hari sudah la!

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

35 comments:

  1. Dunia memang sudah tidak mengindahkan etika, anak muda lebih suka menghabiskan waktu dengan suka suka dijalanan

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang orang mudah memang suka bawak laju. Time tu tak fikir lagi tentang masa depan sebab belum kahwin...

    Tapi ada jer orang dah kahwin siap beranak pinak tapi tetap nak laju. Apa nak jadi la dengan orang itu macam...

    ReplyDelete
  3. Yang langgar lampu merah pun satu hal...tunggu masa je nak eksiden.

    ReplyDelete
  4. diorang ni memang takde kerja dah sebenarnya..

    ReplyDelete
  5. Mmg ada kebanyakkan org kita yg seumpama masuk hantu bila memegang stering... tak taulah budaya mana yg meresap ke jiwa...

    ReplyDelete
  6. slalu yg suka cucuk-cucuk tu, teksi, lori, bas... huhu ...

    ReplyDelete
  7. bagi jer pelesit-pelesit nie tgk iklan terbaru dari new zealand nie, baru dorang ada akal kot.
    http://teknoderas.com/2014/01/iklan-jalan-raya-ini-mampu-membuat-anda-meremang-bulu-roma/

    ReplyDelete
  8. Banyak kalai terkena himpitan lori besar masuk jalan orang. Main ikut suka potong masuk mentang-mentang dia besar.

    ReplyDelete
  9. Memang banyak sikap orang macam ni. Kena buat tak tahu je. Kalau dilayan makin menjadi nanti.

    ReplyDelete
  10. obat pelangsing aman,ampuh,gel10 January 2014 at 07:01

    jalanan bukan tempat pribadi,hormatilah orang lain

    ReplyDelete
  11. selalu jumpa orang macam ni terutamanya kat lebuhraya. boleh jadi penyebab kemalangan walaupun diaorang tak terlibat sekali sebab dah didepan...orang belakang mengelak dan brek emergency.

    ReplyDelete
  12. Palng menyampah jugak bila memoting di TOL time tgh jem panjang :3

    ReplyDelete
  13. Iklan terbaru tu memang terbaik. Semua kena tengok, Kesilapan yang berlaku tidak boleh di undur.

    ReplyDelete
  14. Saya sokong kenyataan saudara.

    ReplyDelete
  15. Betul juga, nak tak nak kena mengalah juga daripada terkena bencana yang tak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  16. Bila dah eksiden nak menyesal pun tak guna.

    ReplyDelete
  17. mende ni still akan terjadi klu xde kesedaran dalam diri masing2

    ReplyDelete
  18. Dia ingat jalan raya tu mak ayah dia yang buat kot.
    sebab tu suka hati je bawak laju2.
    kalo setakat susahkan diri sendiri takpa la.
    orang lain pun jadi bahaya jugak.

    ReplyDelete
  19. Satu orang tak hati2 dalam berkendara di jalan raya maka bisa berdampak buruk buat dirinya dan pengendara lain. Mereka2 yang sering melanggar dan seenaknya sendiri harus mendapat bimbingan dan pengarahan langsung dari aparat agar lekas tersadarkan

    ReplyDelete
  20. Lori2 jugak adalah samseng jalanan...

    ReplyDelete
  21. Assalam
    Banyak di lihat sikap marah - marah seperti yang di tulis dalam entri ini sering berlaku di atas jalan raya. Ia sangat mengecewakan.

    ReplyDelete
  22. Betul tu !!! kita pun cukup geram dengan samseng jalanan ni..kalau dia sorang aje yang kena tak apa, tapi selalunya ada yang berdosa terlibat sama..tu yang geram..

    ReplyDelete
  23. ya setuju..tapi bkan semuabdak2 muda yg bawa moto samseng jalanan..
    just sgelintir yg bwa x ikut praturan..
    memng sangat myusahkan org lain!!!

    ReplyDelete
  24. takde pengalaman jadi rempit nih... ruginya

    ReplyDelete
  25. Samseng ada dimana-mana.

    Percayalah!

    ReplyDelete
  26. suatu keunikan rakyat malaysia..... karektor bertukar habis bila di jalan raya....

    ReplyDelete
  27. memang geram dengan samseng jalanan ni, diorang berlagak macam hero atas jalan. Kalau diorang je yang eksiden takpe..ni melibatkan nyawa orang lain pula

    ReplyDelete
  28. biaslah tu. kekadang bila bawa laju..memang tak ingat bini kat sebelah.

    ReplyDelete
  29. pemandu lain pun bahayakan kita jugak kadang2 nih. hmmm

    ReplyDelete
  30. Emm bawak laju, tak tahan dengan abang polis..bawa slow pulak tak tahan dengan samseng jalanan malaysia..serba serbi tak kenanya..kan bro..haha..

    ReplyDelete
  31. Honestly, masa muda-muda dulu, kawe pun bawa dengan laju and at times reckless. Jiwa muda kan :D Adakala kena dapat pengajaran dulu sedar. Tak semestinya accident lah, Kena saman and then cekup dengan polis pun boleh jadi pengajaran. Bagus juga masa polis tahan tu, kasi warning kaw kaw, rasa ingat sama tua tu. Kesannya better dari bapa berleter kat anak-anak. My 5 cents ler...

    ReplyDelete
  32. Bawa laju kereta tu yang bahaya. kadang2 seriau tengok orang drive macam org gila..

    ReplyDelete
  33. kita yang naik takutkan berbanding diorang.

    ReplyDelete
  34. tak gerun ke kalau kemalanga teruk pastu ke hadap seumur hidup

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon