Monday, 13 April 2020

Tips Motivasi Untuk Menjadi Lebih Kreatif

Tips Motivasi Untuk Menjadi Lebih Kreatif Dalam Kehidupan


Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips menjadi lebih kreatif dalam kehidupan seharian kita bukan sahaja untuk pelajar malah untuk pekerja juga.

1) Bawa note book di mana anda berada.
Salah satu menjadi anda lebih kreatif dalam kehidupan ialah dengan membawa note book anda di mana-mana sahaja. Ini kerana apabila anda mendapat ilmu baru atau mendapat idea baru makan anda akan terus tulis di note book supaya anda akan ingat sampai bila-bila. Lagi canggih apabila anda menulis di galaxy Note.

2) Berani Ambil Risiko
Untuk mencapai kejayaan terutamanya dalam bidang perniagaan  mesti berani ambil risiko. Kejayaan tidak akan datang jika anda tidak berani untuk mengambil risiko. Try, error and try again

3) Lakukan perkara yang membuatkan anda gembira
Jangan lakukan perkara yang kawan anda suka tapi lakukan perkara yang anda suka seperti contoh anda suka melukis gambar alam semula jadi maka lakukannya sehingga anda benar-benar berpuas hati tanpa paksaan sesiapa pun. Jika anda suka menyanyi dalam bilik air maka lakukan sahaja dengan penuh keyakinan.

4) Berhenti menjadi orang lain.
Jadilah diri anda sendiri tanpa mengikut orang lain. Kebanyakan hari ini mereka yang terikut-ikut dengan orang lain adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Kerana rakan sebaya yang paling hampir dengan kita. Jika anda jenis yang suka belajar di waktu malam maka lakukanlah dan jangan mengubah niat semata-mata untuk kepuasan hati rakan dengan melepak di waktu malam dan sebagainya yang tidak berfaedah.

Jika mahu merubah buruk kepada yang lebih baik maka lakukanlah perubahan sedikit demi sedikit agar keberhasilan untuk menjadi baik terlaksana. Jangan terlalu gopoh. Saya ambil contoh, anda seorang merempit kemudian anda insaf dan mahu berubah kepada yang lebih serta tidak mahu terjebak dalam arena merempit maka lakukan secara perlahan-lahan dengan mengurangkan aktiviti merempit yang lama-kelamaan minat dalam merempit itu akan hilang. Di samping itu, anda juga berpeluang untuk menasihati kepada mereka yang melakukan perkara yang kurang berfaedah.

Dalam surat Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

5) Jangan Mudah Mengalah
Adat hidup banyak cabarannya tapi jangan pula kita mudah mengalah dengan kehidupan yang kita lalui. Semakin banyak cabaran yang mendatang, semakin matang dan kreatif fikiran kita dalam membina kehidupan yang lebih harmoni. Bak kata orang cina chaiyok!

Cuba tampal perkataan yang memberi inspirasi dalam kehidupan anda dengan menampal di bahagian dinding rumah anda atau di mana sahaja yang anda boleh anda lihat perkataan tersebut.

6) Praktis, Praktis dan Praktis
Selalu cikgu akan pesan banyakkan praktis kerja sekolah di rumah. Jika kita tidak melakukan praktis mana mungkin kita akan mendapat jawapan sebenar. Jangan terlalu mengharap kepada orang lain jika anda sendiri tidak melakukan praktis dan lakukan praktis dengan penuh tekun, jangan asal boleh sahaja.

7) Rehat dan Lihat Alam Sekitar
Kalau terlalu kuat berkerja pun tidak boleh juga nanti otak jadi tepu, badan pun lemah tidak bermaya. Maka dengan itu take a time to rest dengan secukupnya dan lihat pemandangan di sekeliling anda. Seeloknya pemandangan alam semula jadi kerana alam semula jadi yang kehijauan akan membuatkan mata anda terus segar serta mengurangkan peratusan rabun dalam mata anda.

Berehat bukan bermakna anda boleh tidur siang malam sepanjang hari dalam seminggu.

8) Tonton Filem Luar Negara dan Dengar Lagu Baru
Orang kata, nak dapatkan idea pergilah tonton filem luar negara seperti filem hollywood tak pun filem korea yang semakin kehadapan. Dari situ mungkin akan tercetusnya satu idea yang kreatif dalam pekerjaan anda. Mungkin juga boleh tonton video kreatif yang banyak terdapat di youtube.

Saya antara seorang yang suka dengar lagu dan ternyata kebanyakan lagu memberi inspirasi serta idea dalam membuat suatu kerja dan kadang-kadang mampu menghilangkan stress. Antara lagu yang saya dengar adalah dari Album terapi Zikir Hafiz Hamidun dan yang terbaru iaitu Jodoh Berdua.

Tips Motivasi Untuk Menjadi Lebih Kreatif Dalam Kehidupan
sekadar gambar hiasan

29 Comments

jap-jap lagi den terjah blog DR tuh...

Hehe..kadang2 kita terikut2 dengan perwatakan orang lain....

Terima kasih atas review drInspirasi.. Jangan lupa sedaya upaya laksanakan. :-)

yea...memang tu BH...kreatif ni perlukan lebih usaha untuk berfikir..tak boleh statik...

buat apa pun dengan hati yang penuh gembira
kejayaan pasti akan tiba

Kena selalu dalam persekitaran positif ......

macam tulis blog jugak.
mesti ada gaya penulisan..identiti tak perlu tiru orang.
baru jadi kreatif kan :)

saya streess denga laptop takat ni sebab banyak kerja terganggu uh..

masalah nya apabila cuba tidak menjadi diri sendiri

la ni kena pemikiran kritis, baru digabung keduanya jadi lebih baik :)

bukan senang nak dpt hidup yg kreatif..dan bukan mustahil gk nak buat sumer tips2 ni supaya hidup lebih kreatif dan bahagia..hehehe

terima kasih kerana promote blog tu..dah nak ke sana pulak!

this is one good tips..sy cuma nak tambah sikit yang mitos mengenai kreatif itu sebenarnya bakat..anda tak perlu berbakat untuk menjadi kreatif..anda kena ubah cara sahaja mengikut tips2 mcm diatas..tak gitu??hehehe..menabung nuffy sini..

Regards,
-Strider-

ya. betul, kita kena berani ambil risiko selalu.

hidup dan risiko mana boleh lari, bermacam-macam yang timbul.. entri yang sangat bagus untuk dikongsikan..

Terima kasih, semoga kita dapat mempraktikkan bersama-sama.

Terima kasih atas perkongsia yang menarik. betul juga apa yang saudara cakap. Ada bakat makan terhasillah kreatif.

Assalam
Benar En Bahrain. Filem - filem 'bijak' banyak bertapak di Hollywood dan Eropah. Menontonnya separa motivasi. Baru - baru ini saya ada menonton True Grit , sebuah cowboy yang saya bercita mahu melayarnya sekian lama. Akhirnya tercapai di NtV7.

Terima kasih En Bahrain kerana kongsikan panduan yang sangat di perlukan ini. Bersemangat sesudah membacanya.

Kini sedang joinkannya ke dalam perlaksanaan.

Thank's a lot.. yeahh :)

memang stiap hari perlu motivasi, terutama masa tengah2 down, masa ada masalah, motivasi boleh bg kita semangat dan kuasa.

Thanks bro utk tips2 ni..

Bekal motivasi penting utk kekalkan momentum..kalau tak, cepat down... =)

motivasi penting untuk kita terus mempertingkatkan kehidupan yang lebih kreatif.

bagus tips ni..bila kita fikir sesuatu atau nk sesuatu mesti ada perkara yang kita kene usaha kuat jng sesekali putus asa..

hidup kena lebih kreafif. HOho..

berani ambil resiko itu kuncinya mas, karena segala sesuatu ntah itu memulai atau sudah berjalan, pasti ada resikonya dan juga haruslah siap

Rehat dan lihat alam sekitar.

yang tu paling senang buat. kadang-kadang tengok dahan pokok ditiup angin pun dah rasa nyaman

Betul tu. Tenang sikit minda dan mungkin dapat idea baru yang kreatif :)

jangan terlalu porsir otakmu dengan pekerjaan,sekali-kali liburan bersama keluarga