Monday, 24 February 2014

Kembara Kemboja Bersama Cambodia Muslim Holiday Travel

Cambodia Muslim Holiday & Travel


Combodia Muslim Holiday & Travel merupakan syarikat yang mengendalikan perkhidmatan perlancongan dan pengangkutan yang diuruskan sendiri oleh Ustaz Yahya Al-Hafiz di Kemboja dan Vietnam.

Yahya Bin Amin Al-Hafiz telah hafaz Al-Quran Sejak Umur 12 Tahun Di Negara Cambodia, mengambil masa hampir setahun untuk mengkhatamkan Al-Quran. Banyak menghabiskan umurnya menuntut di Pondok Kelantan. Kemudian menyambung pengajian di Al-Madinah University Shah Alam, Selangor dalam bidang Ulumul Quran ( berkaitan Al-Quran termasuk Tafsir ) pada tahun 2011.


Syarikat ini adalah 100% hak milik orang islam di negara Kemboja. Jaminan makan minum dan lain-lain juga ditanggung halal 100% oleh pihak pengurusan syarikat sendiri.

Perkhidmatan pelancongan dari Cambodia Muslim Holiday & Travel dibuka khusus untuk mereka yang berbangsa Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Ini berikutan pihak pengurusan perkhidmatan lebih fasih dan selesa dalam bahasa melayu berbanding bahasa - bahasa lain.

Tujuan Syarikat Ditubuhkan


Tujuan perkhidmatan ini ditubuhkan adalah bagi memudahkan perjalanan anda di kemboja. Bagi anda yang mempunyai perancangan mahu melancong ke negara Kemboja, Cambodia Muslim Holiday & Travel adalah pilihan terbaik untuk memudahkan serta melancarkan perjalanan anda untuk melancong ke negara Kemboja.

Pakej Menarik Kembara Kemboja


Tempat yang menarik di Kemboja antaranya ialah Phonm Penh, Kampong Cham, Siem Reap dan Sihanouk. Untuk pergi ke sana, anda boleh memilih pakej-pakej yang ditawarkan dari Cambodia Muslim Holiday & Travel antaranya ialah pakej percutian Phnom Penh - Kg Cham, Kemboja selama 4 hari 3 malam.

Antara aktiviti yang dilakukan dalam pakej tersebut ialah anda berpeluang melawat kampong Cham (muslim village), sekolah, dan bantuan amal yang mana penduduknya hidup tanpa kemudahan elektrik. Kemudian, anda berpeluang membeli- belah di pasar yang cukup popular di Phnom Penh seperti Central Market dan Russian Market.

Selepas itu, anda juga bakal merasai menaiki bot sepanjang sungai Mekong. Untuk pengetahuan anda, Sungai Mekong adalah sungai ke-12 yang terpanjang di dunia. Panjangnya adalah 4,880 km yang mengalir dari Dataran Tibet di utara melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.  Terujakan? Apa lagi jom kembara Kemboja.

Selain pakej tersebut, anda boleh pilih mana-mana pakej yang menarik mengikut kemampuan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh lawati website cambodiamuslimholiday.

Uniknya Kemboja Pada Seni, Budaya Dan Sejarah


Selain Sungai Mekong yang menjadi perhatian dunia pada masa kini, Kemboja juga mempunyai nilai-nilai seni, budaya dan sejarah yang tersendiri. Tambahan lagi, sebahagian tempat seperti Angkor Wat telah diiktiraf oleh UNSESCO ( United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) sebagai tempat bersejarah antara 7 keajaiban Dunia.

Berikut adalah tempat-tempat menarik yang ada di Kemboja:

  1. Genocide Museum - Muzium kekejaman Pol Pot
  2. Angkor Thom
  3. Angkor Wat
  4. Royal Palace - kompleks bangunan yang berfungsi sebagai tempat tinggal kerajaan raja Kemboja
  5. Central Market Phnom Penh
  6. Pasar Malam Siem Reap
  7. National Museum
  8. National Mosque of Cambodia.
Itulah keunikan yang ada pada negara Kemboja yang mungkin selama ini anda tidak pernah tahu tentang kewujudannya sebelum ini.

Di bawah ada sedikit selingan berkenaan dengan persoalan mengapa anda perlu melancong. Persoalan ini diharap dapat memberi anda semangat untuk melancong.


Kenapa Perlu Melancong?


Melancong bukan bermakna anda menghabiskan duit dengan bersuka-ria semata-mata atau berbangga dengan duit yang banyak. Dan melancong pula bukan bermakna perlu melancong ke luar negara sahaja malah dalam Malaysia juga anda boleh melakukan aktiviti melancong. Berikut adalah beberapa senarai mengapa anda perlu melancong:

1. Mengeratkan Ukhuwah.Inilah masanya yang sesuai ketika melancong dengan mengeratkan ukhuwah sesama keluarga dan juga rakan. Tambahan lagi, apabila anda melancong ke sesuatu tempat, pasti anda akan bergaul dengan orang yang baru anda kenal seperti pemandu pelancong dan orang asing di mana tempat anda melancong.

Dari situ anda akan mula kenal serta dapat mengeratkan Ukhuwah dari awal sehinggalah anda habis melancong. Dan Ukhuwah ini akan berterusan melalui laman sosial dengan bertanyakan khabar dan sebagainya.

2. Merasai Pengalaman Yang HebatDengan aktiviti melancong anda dapat merasai pengalaman dan kenikmatan apabila melancong ke luar negara. Ianya sesuatu yang hebat jika anda dapat melakukan aktiviti melancong bersama rakan atau pun keluarga dengan menaiki kapal terbang, feri dan kereta api.

3. Menghilangkan Tekanan Yang negatifAktiviti melancong sebenarnya anda dapat menghilangkan segala tekanan apa jua masalah ketika belajar mahupun di tempat kerja buat sementara waktu. Sebab itu, ramai yang mengambil peluang bercuti dengan aktiviti melancong.

4. Alami Fenomena BaruFenomena baru yang dimaksudkan di sini ialah  suatu tempat yang anda tidak pernah lihat sebelumnya yang mungkin tidak ada pada tempat anda. Seperti contoh KLCC, Angkor Wat, Candi borobudur dan sebagainya.

Begitu juga dengan fenomena baru tentang seni, budaya dan sejarah yang berbeza dalam suatu tempat dengan tempat yang lain. Di samping itu, dapat merasa makanan yang cukup berbeza dengan tempat anda.

5. Dapat Ilmu PengetahuanApabila anda melancong ke sesuatu tempat seperti Angkor Wat, anda akan dapat suatu ilmu pengetahuan atau informasi yang baru berkenaan dengan sejarah pembinaan Angkor Wat yang sebenar. Jauh berjalan luas pengetahuan.


Sesiapa tidak dapat merasai sebarang minat terhadap sesuatu pemandangan atau keadaan sehingga terbuka minda dan merasai kehebatan ciptaan Allah, itulah tanda hatinya sudah mati dan minda menjadi tertutup.

6. Menghargai Nikmat ALLAH S.WTSebagaimana yang saya tulis sebelum ini, melancong bukan bermakna anda menghabiskan duit semata-mata akan tetapi sebenarnya adalah bagi menghargai serta mensyukuri dengan nikmat ALLAH S.WT di atas muka bumi dengan alam semula jadi yang sungguh luar biasa.

Apa lagi, Mari terokai negara Kemboja bersama Cambodia Muslim Holiday & Travel. Dijamin LEBIH MUDAH, LEBIH MURAH dan LEBIH ISLAMIC.


Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.

40 Comments

Terima kasih di atas perkongsian info.. Ada contest baru rupanya... Kalau ada masa boleh join ni.. hehehe... ;)

terima kasih bro atas penyertaan dalam contest ini ya :D

jom lah join cepat bro, dateline dah dekat sgt ni ^^

penerangan yang lengkap dan padat nih

semoga berjaya! :) entri yg menarik dan bermanfaat.

Cantik betul Kemboja di waktu malam. Teringin nak kesana.

Semoga berjaya dalam contest ni :)

Terima kasih, semoga menjadi rujukan pengunjung. :)

Wah pengisiannya mantap...good luck bro

This is good..Good luck to you..kita pun nak joinlah...

Menarik info ni... t kasih diatas perkongsian Bahrain.. :)

sama-sama. semoga bermanfaat. :)

Good info..sekali baca terus jatuh cinta nak g kemboja..hihi

well explained. kau buat aku terasa nak melancong sekarang...tp tgk poket $$$ T_T

good luck ye, moga ada rezeki ke sana nanti

Baguskan ada agen islam ni..bab makan dah tak jadi masalah sangat dahhh..

peluang baik untuk siapa yang suka jalan2 makan angin

Peluang yang baik jangan dilepaskan. ;)

INSYA ALLAH, ada rezeki dapatlah melancong, mulakan dengan melancong dengan bajet sederhana sahaja.

ada rezeki mahu juga pergikan semua tempat ada lokasi menarik sejarah harus di kenanag

Wahh..menarik nie...nak kena kumpul duit..baru leh g melancong huhu

Waahhh... macam best je. kalau cepat settle pendaftaran semester baru saya nie, in shaa Allah saya join..

INSYA ALLAH, ada rezeki dapat juga ke sana.

ya, kena kumpul duit dulu baru boleh melancong. Sekarang buat perancangan terlebih dahulu.

Semoga dipermudahkan urusan untuk sesi pendaftaran sem baru.

Kalau sebelum ni tahu dari belajar sejarah dan geografi je hingga dapat kesana rupanya banyak lagi sejarah tak tahu rupanya. Sambil jalan-jalan dapat juga ziarah saudara kita disana.
Semoga sukses bro untuk kontes ni.

semoga berjaya bro..entry yg menarik dan bpenuh dengan info...

teringin juga nak ke sana ni kalau ada masa..

Syarikat travel muslim...amat bagus sekali, pasti memudahkan banyak kewajipan dan kehendak masyarakat Islam dalam kembara dibumi minoriti Islam ini.
Maklumat yg lengkap dan menarik sekali. Semoga terpilih sebagai pemenang.

mantap nich postingnya...
lanjutkan ya sob

sepertinya bakalan berjaya lagi ini mas kontesnya, setelah berjaya pada kontes sebelumnya, mantab abis tulisannya mas

Banyak sejarah yang boleh dipelajari di sana. Terima kasih ya :)

Senang jika kita memilih agent yang mementingkan aspek keislaman. Makan minum semua dapat dijamin halal. Terima kasih ya :)

kita memang harus melancong, jika ingin cepat dewasa, baik dalam berpikir maupun mengambil keputusan.
salam sukses bro..