Buang Go.Speedbit.com Search
Sejak kebelakangan ini, saya banyak download software seperti video convert Mp3 dan sebagainya. Dalam tidak sedar, ada benda yang tidak disengajakan telah memberi kesan pada browser seperti speedbit.com, buerno search dan banyak lagi.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Search ini diklafikasi sebagai Browser hijacker. Bahaya ke tidak, saya pun tidak berapa tahu yang pasti serabut apabila membuka google Chrome kerana secara automatik google dan speedbit.com search akan keluar secara serentak.
Kebiasaannya benda ini berlaku apabila kita mendownload software percuma yang telah merubah homepage browser kepada default serch engine dengan go.speedbit.com serta tersiap sedia speedbit.com toolbar atau apa jua search yang lain.
Bagaimana Mahu Membuang Go.Speedbit.com Search?
Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Berikut adalah cara-cara bagaimana mahu membuang Go.speedbit.com search atau apa jua engine serch yang tidak pernah dengar sebelum ini.
Cara Pertama
Uninstall apa jua yang berkaitan dengan seperti speedbit.com search termasuk toolbar sekali di Control Panel pada komputer anda. Kemudian pergi browser anda, kalau macam saya guna Google Chrome browser.
- Klik setting pada google Chrome
- Kemudian cari bahagian manage serch engines dan buang speedbit.com dan make a default pada google.com
- Selepas itu, cari bahagian reset browser setting di bawah sekali.
- Pada bahagian extension Google Chrome, klik remove speedbit.com search (kalau tiada speedbit.com search pada bahagian extension abaikan)
- Done.
Cara Kedua
Sekiranya Go.speedbit.com tetap muncul juga di Browser anda. Saya menyarankan anda untuk download software anti-malware iaitu adwcleaner atau Junkware Removal Tool.
Cara penggunaan Adwcleaner senang sahaja. Keluar sahaja paparan adwcleaner seperti dibawah. Klik scan, apabila selesai sesi scan maka klik pula bahagian clean. Apabila selesai, Komputer secara automatik akan restart dan akan memberi anda report berkenaan file-file komputer yang telah dipadam/delete.
Cara pengguna Junkware Removal Tool pula agak berlainan sedikit. Paparan akan keluar seperti di bawah. Biarkan untuk seketika, apabila menerima pesanan Press any key to continue, anda tekan mana-mana keyboard dan tunggu sehingga beberapa minit.
Kemudian akan muncul report berkenaan dengan komputer anda seperti di bawah.
Untuk keterangan lanjut dengan membuang Go.Speedbit.com Search atau engine search lain bolehlah melayari laman malwaretips.com
Kesimpulan
Sebelum anda donwload mana-mana software pastikan anda teliti pesanan yang diberikan. Kebanyakan software percuma memberi tawaran yang tidak memberi faedah pada komputer atau browser seperti Antivirus trial, toolbar dan sebagainya. Pastikan anda unclick tawaran yang diberikan.
Get notifications from this blog
memang bengang kalau ada benda camni..
ReplyDeleteinfo yg bagus bagi yg terkena
owh terima kasih atas perkongsian bro...boleh cuba nih...
ReplyDeleteBelum pernah nampak lagi benda ni. Bagi yg dah terkena, pasti menyusahkan. Semoga info ini dapat membantu mereka yang memerlukan. Harap2 tak terkena lah...
ReplyDeletekalau dah terkena, memang tensen juga. berguna info ni dan terima kasih perkongsiannya.
ReplyDeletepernah gak terjadi macam nie..tapi dulu aku selalu terkena dengan toolbars and end up aku disable jer..hehehe...anyway, its a good tips..lain kali tau laa aku nak wat cammana..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
bagus info ni,walaupun belum pernah kena atleast bole digunakan untuk ilmu dimasa depan.mana tau satu hari nanti diperlukan.thanks ya..
ReplyDeleteMemang kena teliti betul2 bila install apa2 software.. Benda2 macam ni risau jugak takut dia curi data2 sensitif..
ReplyDeletememang demikianlah buat malas mendownload terlalu banyak software yang ditawarkan bila kurang teliti mestilah sistem kita penuh dengan program-program yang tak perlu
ReplyDeletedulu pernah la kena 2,3 kali,mintak tolong anak buangkan..tu pun puas merayu,anak pun dah bising2 sbb saya suka sangat download suka2 hati..jadi akhirnya belajar sendiri cara uninstall....akhirnya berjaya juga... x de la dgr anak2 bising2 lagi..maklum dulu2 zaman akak sekolah,mana ada belajar komputer...budak2 bijak pandai je yang dibenarkan masuk kelas komputer...huhu
ReplyDeleteohh..macam itu rupanya...baru tahuu nih..
ReplyDeleteInfo yg bagus ni.. mmg letihlah klu kena perkara2 mcm ni.. t kasih atas perkongsian Bahrain..
ReplyDeletetq kerana mengingati aku yg kdg2 pelupa.
ReplyDeleteSoftware free mmg slalu camnie. mana yg familiar dgn pc mmg xder masalah.
ReplyDeleteSalam...lama tak berjumpa dengan tutorial/tip sebegini di blog. Bro berjaya memberi info demi pengguna serta rakan2 semua. Usaha yang murni. Hari tu pun Mozilla Firefox saya pun lebih kurang begini juga, tapi tak ingal website mana. Saya gunakan cara yang pertama, memang menjadi. Nampaknya kena guna yang kedua pula.
ReplyDeleteBaca 4 kali baru faham macam mana cara nyer.. :D
ReplyDeletepape pun thanks kongsi info ni :D
terimakasih atas info yang amat berguna ini :)
ReplyDeletewah tu malas nak sedut pelik dalam maya ini salah satu sebabnya :(
ReplyDeleteperkara baru buat den nih...
ReplyDeletekalau download yang bukan-bukan ginilah jadinya. Thanks for info bro.
ReplyDeletebetul sebab tu kena berhati-hati.
ReplyDeletemmg sakit hati kalau tersalah install.. kadang tue die naik sebagai ads... :(
ReplyDeleteads tu yang membuatkan aku menyampah sebenarnya. Bukan senang nak hilangkan benda tu.
ReplyDelete