√ Punca Ramai Mati Dalam Feri Sewol Adalah Terlalu Taat? - Adarain

Punca Ramai Mati Dalam Feri Sewol Adalah Terlalu Taat?

Adakah anda teringat tentang kejadian feri Costa Rica yang terkandas di Itali gara-gara terlanggar terumbu karang berhampiran Pulau Isla del Giglio. Kejadian tersebut telah mengorbankan 7 nyawa pada tahun 2012. Kapal yang besar dan mewah pun tidak lari dari kemalangan di kawasan laut yang luas.

Feri Sewol Karam Cetus Pelbagai Soalan


Berlainan pula dengan kisah Feri Sewol milik Korea Selatan yang karam dan punca masih tidak diketahui. Dikhabarkan feri tersebut membawa muatan yang melebihi had manakala khabar lain mengatakan feri tersebut membawa kelajuan yang luar biasa dari sebelumnya.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Kemalangan Feri Sewol telah mengorbankan banyak nyawa iaitu kira-kira lebih dari 300 penumpang. Sebahagian penumpang telah dijumpai mati manakalah sebahagian masih dilabelkan sebagai hilang dan pencarian masih diteruskan. Kebanyakan penumpang adalah pelajar.

Kemalangan tersebut telah menimbulkan kemarahan rakyat Korea Selatan. Rakyat Korea selatan menyalahkan kejadian tersebut terhadap pihak kerajaan. Lebih mengejutkan, perdana menteri Korea Selatan telah ditampar oleh keluarga mangsa berikutan kejadian yang tidak patut berlaku.

Insiden tersebut telah menyebabkan Perdana Menteri mengambil keputusan dengan meletak jawatan sebagai perdana menteri dengan alasan bertanggungjawab dengan kemalangan feri Sewol.

Penumpang Feri Yang Terlalu Taat


Saya tertarik dengan artikel dari angelwearsgucci yang menerangkan mengapa banyak kematian yang berlaku dalam kemalangan feri Sewol.

Inche gabbana menyatakan dalam artikelnya bahawa penumpang feri terlalu taat ketika kemalangan berlaku dimana Kapten dan anak-anak kapal mengeluarkan arahan agar para penumpang tenang dan tidak perlu berbuat apa-apa! Sedangkan mereka pula iaitu Kapten serta anak-anak kapal menyelamatkan diri. Ini adalah satu kegilaan.

Ketaatan yang akhirnya membawa padah

Arahan itulah yang mungkin telah banyak membunuh nyawa penumpang ketika itu. Dilaporkan, ada beberapa ada penumpang yang tidak mengikut arahan segera keluar dari feri tersebut sebelum karam.

Para penganalisis mengaitkan situasi ini dengan budaya dan tradisi rakyat Korea yang sudah dididik sejak kecil untuk sentiasa patuh dan tidak mempersoalkan apatah lagi melawan orang yang lebih dewasa atau orang yang punya kedudukan yang lebih tinggi.

Ketahui lebih lanjut berkenaan dengan elemen ketaatan dengan lebih mendalam yang merupakan suatu perkara yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Terjah angelwearsgucci

Get notifications from this blog

31 comments

  1. angka kematian melebihi penumpang MH370, mungkin ramai lagi dapat diselamatkan jika arahan yang betul masa kejadiaan ni.

    ReplyDelete
  2. Ramainya mangsa yang terkorban. Ingatkan sikit je.

    ReplyDelete
  3. tulah beza rakyat malaysia ngn korea..dengar kata dan disiplin...kalau kat malaysia kapten feri kata duk tennag aku rasa berapa org jer yg dgr ckp..tp kalau fikir balik bijak gak yg x dgr ckp tu...

    ReplyDelete
  4. mmg sally ada jugak dengar pasal arahan tu...sbb tu la kapten dan anak kapal kena tahan rasanya...sbb mmg dorang yg bertanggungjawab...silap bagi arahan....

    ReplyDelete
  5. Ramai yg terkorban walhal mereka masih ada peluang utk selamat.. baru saya tahu info sebenar. Thanks sharing Bahrain..

    ReplyDelete
  6. Mungkin juga..Dia orang pun tak expect nak jadi macam tukan..sekarang ni kapten tu didakwa membunuh..tak taulah apa niat dia sebenar..Hmm..pity them anyway..

    ReplyDelete
  7. Kalau kita berada disituasi tersebut pun, mungkin kita hanya akan mengikut arahan. Kita tidak pernah ada pengalaman yg dapat dijadikan panduan begitulah juga mangsa2 tersebut. Kapten pun tidak menjangka ianya akan karam dgn begitu pantas...Kalau kita jadi kapten, sanggupkah terkorban sama sedangkan ada peluang utki selamat?
    Kita hanya dapat tahu jika kita berada dalam situasi tersebut... Yg sebenarnya, ianya sudah ditakdirkan Allah utk berlaku agar dijadikan ikhtibar dan panduan kita dimasa akan datang...

    ReplyDelete
  8. memang kesian pada keluarga.. ramai pula tu budak sekolah

    ReplyDelete
  9. ketaatan itu mungkin hanya sebagai asbab nyawa mereka melayang, tapi percaya la, semuanya adalah ketentuan Allah juga. Allah yg menggerakkan hati mereka yg mati itu utk patuh pada arahan dan juga gerakkan hati org yg terselamat itu utk tidak patuh.

    ReplyDelete
  10. adehhh... kapten kapal kena tanggung jawab nih

    ReplyDelete
  11. Salam.
    yg berada di dalam kapal itu manusia juga, kenapa tidak sahaja bantu sesama sendiri. Kesian pada yang terkorban. Yg paling sedih sempat buat panggilan untuk memberitahu kapal bakal karam

    ReplyDelete
  12. Kalau sya tak silap..feri tu ambil masa hmpir 2 jam utk karam. 2 jam yg sgt pnjg utk bertindak jika diberi arahan yg tepat.

    Maaf jika salah. Mohon diperbetulkan.

    ReplyDelete
  13. Betul dah tu. Sama2lah kite sentiasa berdoa smga Allah tunjukkan jln yg terbaik utk kite semua

    ReplyDelete
  14. Kehilangan yg memeritkan..

    Tak terbayang jika kita yg adr dlm tu...Allahuakbar

    ReplyDelete
  15. takziah kepada semua yang telah mati... menteri pun letak jawatan.. betul2 dia rasa bersalah dan bertanggungjawab keatas apa yang telah terjadi ini..

    ReplyDelete
  16. banyak plak kes macam ni sekarang ye..

    ReplyDelete
  17. Nak pergi Koreaaaa! Harap lepasni takde lagi berlaku insiden insiden cemini :)

    ReplyDelete
  18. Kapten kapal selamatkan diri...biarkan penumpang yang lain tunggu tanpa buat apa2...mana la rakyat Korea Selatan tak marah bila dapat tahu hal sebenar...

    ReplyDelete
  19. perkongsian yg menarik.. taat sangat pun, susah juga.. kadang2, biar jadi jebat durhaka...

    ReplyDelete
  20. TAATLAH PADA ALLAH.. DENGAN SESAMA MANUSIA, KENA LIHAT JUGA APA JENIS KETAATAN..

    ReplyDelete
  21. Tahu dari twitter kejadian ni. Nyawa bukan mainan... Kesian mereka...

    ReplyDelete
  22. Kesian pada mereka yang masih belajar dan yang paling merana pasti ibu bapanya.

    ReplyDelete
  23. itulah kecurangan awak kapal,selamat sendiri

    ReplyDelete
  24. wahhh...macam tu punya taat rupanya orang korea...kalau betul kejadian ini berlaku maka captain dan anak kapal harus bertanggungjawab kerana membuat satu tindakkan yang tidak sepatutnya....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  25. Semoga ia menjadi satu pengajaran kepada semua

    ReplyDelete
  26. orang yang bagi arahan tersebut yang paling bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  27. Sememangnya harus bertanggungjawa lagi-lagi ianya melibatkan nyawa orang awam.

    ReplyDelete
  28. oh!.. sangat menyayat hati... sedihnya,.....

    ReplyDelete
  29. kesian pula kt mangsa2 yang terkorban tu. sebab patuh dgn arahan smpai sanggup berkorban nyawa. jauh beza dgn rakyat malaysia

    ReplyDelete